Sunday, July 12, 2009


wajah-wajah ceria Majlis Pelaksana Pelajar MSM0910...

Perasan atau tidak? kita sebenarnya sama...


Perasan @ tidak dalam pada kita menyebut tingkah laku tidak elok orang2 yang berada atas pada kita... sebenarnya kita juga berada dalam kalangan yang sama..
Kenyataan ini bolehlah dilandaskan kepada pengalaman dan pemerhatian sendiri sebagai seorang ahli sosiologi yang sedang dalam pentauliahan..

Sedar atau tidak sudah menjadi trend kita semua untuk menjadi pengkritik yang hebat setelah meninggalkan sesuatu organisasi..
Perkara ini jelas dapat dilihat pada apa jua jenis pimpinan, kecil mahupun besar..
Persoalannya, mengapa pada ketika kita sudah hampir dilupakan oleh organisasi, baru itulah kita lantang menyuarakan itu dan ini berkenaan sesuatu isu?
itu, ini, sana, sini yang dibawakan pimpinan baru segalanya tidak betul!
Mengapa tidak ketika kita masih bergelar sebahagian daripada warga organisasi berkenaan?
Mungkin ini salah satu daripada strategi POPULARIS agar diri yang semakin gersang tidak terus dilupakan...

Seterusnya, perasan atau tidak ramai dalam kalangan kita pada hari ini berlumba2 untuk menjadi tokoh agama dalam membicarakan soal agama dan masalah umat..
Tetapi yang disandarkan hanyalah tidak ubah seperti cicak man yang dengan sekelip mata menyarungkan topeng masing2...
Secara prinsipnya, kita sendiri pun keliru dan boleh dikatakan dalam situasi
’bengong’ dengan situasi ini kerana sudah ramai yang mengikut trend ini sebagai pegangan hidup..
keliru pada siapa yang patut kita hormat & ikut..
jadikan contoh tauladan..
jadikan panduan..

Itulah jadi apabila terlalu megah bercakap tentang ideologi
beretorik sana sini seolah diri pejuang & pemimpin sejati
tapi realiti tak seindah imaginasi
tak dinamakan ketua sejati
kalau tanggungjawab masih tak tahu nak dierti
ke sana ke mari cari publisiti
berhujah umpama ulama sejati
tapi realiti?
yang tinggal juga susah hati!

ada benarnya ayat2 cinta ini...
kita boleh jadi hang jebat, hang lekir, hang lekiu, hang nadim...
dan segala hang yang lain apabila berbicara.. tapi perlaksanaannya?
Hanya yang benar2 memerhati akan tahu..

tak lupa juga soal kepentingan diri..
perasan @ tidak... dalam kalangan ’kita’ pada hari ini membuat keputusan atas dasar kepentingan diri sendiri..
apa yang baik untuk diri dan kroni.. itulah yang diagung-agungkan..
kanda tak hairan ’orang atas’ kita
tapi nilailah diri kita pada hari ini dalam berorganisasi
kesannya? Akan dapat dilihat setelah pendirian, keadaan dan situasi serta rutin hidup kita berubah..
segalanya akan turut berubah dan tak dizahirkan sebagaimana yang dilaungkan sebelum ini..
Tujuan membawa isu2 seperti ini bukanlah bertujuan memberi keaiban kepada mana-mana pihak, cuma mungkin sedikit sebanyak dapat membuka minda dan hati kita semua dalam menilai siapa yang patut dikagumi dan dihormati..
marilah kita sama2 buka mata hati agar tidak terus diperdaya ilusi yang indah sekadar dalam imaginasi...

Saturday, July 4, 2009

63 Petua Bahagia..

TANPA sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan..
Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.
Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.
Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan bercinta atau mereka yang melayari rumah tangga

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49.. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

Renungan kita bersama...

"kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget