Friday, August 20, 2010

Tanda2 Kematian....

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami
getaran tau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula
mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat
Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi Kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak... may ALLAH SWT bless you.

Saling berpesan2lah sesama kita.....

Jenis dan Hikmah di dalam Marah

MARAH salah satu daripada sifat mazmumah (tercela) yang dibenci ALLAH SWT dan Rasul. Marah akan menimbulkan sifat keji lain, seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh. Ja’far bin Muhammad berkata: “Marah itu kunci segala kesalahan (kekejian).”

Marah juga adalah sifat semulajadi insani. Boleh jadi kemarahan yang ditunjukkan membawa kebaikan atau kecelakaan. Pada permulaan marah, ia bagaikan isyarat awal untuk membetulkan keadaan. Namun, apabila kemarahan didahulukan jauh daripada mengingati ALLAH, maka ia bertukar menjadi kebinasaan.

Berbeza sifatnya apabila marah dalam hal dan keadaan sesama akidah. Namun dibezakan disebabkan ketiadaan persefahaman dalam perkara-perkara khilafiah. Paling malang, apabila ada pihak yang berlebih-lebihan berprasangka sesama mukmin disebabkan suaranya tidak didengar atas urusan agama. Marah boleh menjatuhkan seseorang kepada keadaan kufur. Marah boleh jadi mengakibatkan kemusnahan “akidah”, apabila masalah khilafiah terus dibahas dalam keadaan “marah” dan tidak tahu usul agama.

Psikologi Manusia

Manakala di dalam kaedah psikologi manusia, terdapat beberapa jenis kemarahan yang berlaku di kalangan manusia. Keributan yang berlaku adalah tanpa sebarang amaran itulah yang dinamai sebagai:

a) Sudden Anger (Marah Mengejut)
-Individu yang mengalaminya mudah hilang sabar, sentiasa melahirkan “marah”, hatta dalam sekecil-kecil perkara. Namun, individu ini didapati cepat reda dan berasa menyesal. Walaubagaimnapun, alangkah indahnya apabila nafsu yang mengajak kepada kecelaan “marah” dapat dimulai dengan bacaan “Basmallah”.


b) Shame-based Anger
- Seorang yang sangat sensitif dengan suasana semasa.
- Tidak dapat tahan marah bila dikritik, diperleceh atau diketepikan. Beliau lebih gemar merasa betul atas segala tindakan tanpa penafian orang lain.

c) Deliberate Anger
- Percaya bahawa dengan menunjukkan kemarahan segala kemahuan
dan kehendak akan dipenuhi. Jenis begini tidak peduli untuk melanggar etika, undang-undang yang sedia ada asal matlamat digapai, haram katanya tidak mengapa.
- Suka memanipulasi, membuli & menguasai orang lain.
- Berpuas hati & megah sekiranya orang yang dimarahi berasa
tersinggung & sedih.

d) Addictive Anger (Ketagihan Marah)
- Menjadi ketagih untuk marah apabila berada dalam ketagihan & tidak
dapat menahan kemarahan.
- Ada kaitan dengan ketagihan arak & dadah.

Kemarahan yang meluap-luap dilupai akan memburukkan wajah pemarah, menyempitkan salur darah, disebabkan berlumba-lumbanya syaitan di dalam salur darah untuk menyucuk butir-butir kata dan tindakan penuh mazmumah. Maka lahirlah kemarahan yang disorak-sorai oleh syaitan laknatullah.

Renungilah dan hayatilah firman ALLAH SWT:

“Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya.”

[Surah al-Syura ayat 37]

Monday, August 16, 2010

Coretan ku....

Alhamdulillah, lafaz syukur tidak terhingga di ungkapkan kepada Yang Maha Esa kerana masih lagi berkesempatan menghembuskan nikmat nafas yg tiada galang gantinya. Bersempena dgn 'penghijrahan' yg berlaku pd diri ini juga, telah menghijrahkan 'Salam Bawah Bayu' diberi transformasi & penjenamaan baru yakni 'Salam Darul Makmur'...
Ya, negeri tanah tumpahnya darahku.. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri...

Namun begitu, tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain, pada bulan yg mulia ini telah membawa ku ke suatu daerah kenangan lampau yg sukar untuk dilupakan. manakan mungkin memadamkan segala nostalgia yang telah tersimpul rapi & amat kukuh terpahat di sanubari sepanjang 3 tahun berada di negeri bawah bayu yang disayangi...

Sabah, sebuah negeri yg mendapat ilham namanya dari sejenis pisang 'saba', memungkinkan berbagai andaian berlegar dlm pemikiran semua terutama bg yg masih belum brkesempatan menjejak kaki ke negeri indah itu. tak perlulah disebutkan apakah andaiannya (tepuk dada, tanya hati)..

Namun bg diri ini yg telah menjadi sebahagian daripada warga angkat tanah bawah bayu ini genap 3 tahun yg lalu, telah mewujudkan suatu perasaan kasih dan sayang terhadap indahnya ciptaan tuhan di situ..

Kegagahan Gunung Kinabalu yg terpasak megah, lambaiannya seolah-olah tersenyum kelihatan jelas dari Canselori UMS.
Alunan ombak Laut Cina Selatan dan desiran pasir pantai di UMS bak hamparan permaidani biru yang sedang menanti menapaknya anak2 kecil yg dahagakan pengalaman sepertiku...
Ia mengingatkan tentang Kursus pertama yg pernah dilalui dalam dunia berprogram di UMS... rentetan peristiwa brgelar mahasiswa UMS berlanjutan hinggalah apabila diri ini diberi peluang sebesar-besarnya oleh rakan2 mahasiswa dlm dunia kepimpinan pelajar iaitu sebagai ahli majlis perwakilan pelajar sesi 2008/2009. T,kasih kpd Allah krn telah mengantarakan para hambanya dlm menyokong diri ini...


Banyak sebenarnya pkara yg nk dikongsikan dlm ruangan yg terhad ini. Setiap idea berlumba & terus berlumba utk menjuarai tinta yg tidak seadanya.. Diri ini cuba mendahului mana yg perlu didahulukan...

Insyaallah akan ketemu lagi dalam tinta bicara yg akan dtg..

sekian, salam ramadhan.
Alhamdulillah.. sedar x sedar dah banyak hari kita menunaikan ibadah puasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas semua umat yang bernama islam yang lain. Hampir 3 bulan juga sy bertugas sebagai pendidik sementara di salah sebuah sekolah di Kuantan.
Syukur pd Ilahi kerana sentiasa mewujudkan peluang2 yg baru untuk diri ini dalam membina dan memperkukuh potensi diri. Cuma mungkin diri ini yang tidak mampu untuk mengungkapkan sepenuh rasa syukur kepadaNya..
Pastinya dengan apa yng ditempuh ini akan mempertingkatkan kematangan diri samada dari segi usia mahupun pemikiran. Biarlah ianya seiring berdua dengan sama-sekali tidak mengenepikan aspek keimanan kpdNya.

Sempena bulan Ramadhan yang teramat mulia ini, ingin ku ungkapkan lafaz syukur yg tidak terhingga kpd Mu Ya Allah....

Alhamdulillah.
Salam Ramadhan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...