Tuesday, April 3, 2012

Lari & berlari...!

Remaja lari dari rumah merupakan isu delinkuen yang perlu diperhalusi dengan bijak oleh institusi keluarga dan Negara.

Remaja yang terlibat dengan perkara ini bertindak lari dari rumah kerana institusi kekekuargaan tidak lagi dirasakan sebagai medium yg memahami & memberikan keperluan fisiologi kpd mereka.

Mereka akan keluar mencari sumber yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pada masa sama mengambil kesempatan atas kesempitan mereka.

Antara penyebab fenomena lari dari rumah ini kian terjadi kerana remaja merasakan kehadiran mereka dalam keluarga adalah tidak penting dan kerana tiada kepentingan yang diberikan kepada mereka untuk menjalankan fungsi sebagai ahli keluarga yang sempurna.

Pihak terdekat perlu berperanan bijak dan pantas untuk mengesan sebarang perubahan tingkahlaku dan sikap ahli keluarga remaja mereka. Kita percaya bahawa keputusan yang diambil untuk lari dari rumah adalah bukan keputusan yang diambil secara singkat, malahan mungkin telah dirancang sejak sekian lama lagi. Keputusan akan lebih diyakini apabila ada pihak luar yang meyakinkan mereka bahawa remaja ini akan dilindungi dan memperoleh apa yang dihasratkan serta bebas dari kongkongan ibu bapa.

Sebagai ahli masyarakat, lihat dan berpendapatlah secara empati dan bukan simpati semata-mata agar kita tidak dipersalahkan oleh golongan ini kerana sering etnosentrik terhadap setiap isu yang membabitkan golongan mereka.

Penyelesaiannya mudah! Ia menuntut supaya remaja difahamkan akan kepentingan hidup berkeluarga kerana tidak ada ada seorang manusia pun di dunia ini boleh mnereuskan kelangsungan hidup dengan bahagia tanpa keluarga!

Adik-adik, ingatlah bahawa kita (temasuk dgn kanda yg menulis ini) masih kontang dengan ilmu untuk hidup bersendirian tanpa keluarga yang sedari azali ditentukan untuk kita. Marilah kita menghargai keluarga melebihi segalanya di dunia ini. Wallahualam.

*Artikel saya ini telah diterbitkan dalam akhbar Sinar Harian edisi Pahang (2/4/2012)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget