Friday, July 20, 2012

5 Bahasa Tubuh Yang Menjadikan Seseorang Menarik!


1. TAMPILKAN keyakinan walaupun perasaan takut didalam-
 Sesiapa yang berkeyakinan pasti akan menarik minat pada sesiapa yang melihatnya. Seseorang yang berkeyakinan selalunya berdiri tegak, bahu yang sedikit terangkat dan dada yang terbuka. Mereka juga akan berjalan lebih laju sedikit daripada orang kebiasaan. Selain daripada itu orang yang berkeyakinan akan kurang mengerdip mata mereka. Pada kebiasaannya seseorang akan mengerdip mata anta 8 hingga 16 kali setiap minit. Ada pendapat pakar menyatakan sekiranya mengerdip mata sebanyak kurang daripada 6 kali, ia menunjukkan mereka seorang yang tenang.

2. Kenali isyarat yang menunjukkan seseorang tertarik pada anda- Walaupun tidak diluahkan dengan kata-kata, tetapi anda pasti dapat mengagak pada seseorang yang tertarik pada anda melalui tingkahlaku mereka. Beberapa contoh yang menunjukkan seseorang berminat adalah seperti mengambil berat, cuba dapatkan perhatian dari seseorang, dan sebagainya. Tanda-tanda ini mungkin kelihatan jelas, mereka mungkin ingin menyampaikan sesuatu objektif secara tersirat. Ianya amat penting khususnya lelaki dan akan membuatkan mereka lebih menarik.

3. Elakkan membuat isyarat yang membuatkan orang lain tdak selesa-
Sebagai contoh adalah ketika seseorang sedang bercerita atau meluahkan sesuatu perasaan, jangan membuat kerja lain yang akan membuatkan mereka tidak selesa. Mereka mungkin akan merasakan kehadiran mereka mengganggu anda. Sekiranya anda betul-betul tidak ingin diganggu berterus terang sahaja daripada melakukan isyarat yang menyinggung perasaan. Ini kerana dengan menunjukkan isyarat akan memberi kesan lebih mendalam daripada anda berterus terang.

4, Jangan tunjukkan anda seorang yang gelojoh atau terdesak-
Seseorang yang gelojoh atau terdesak untuk mendapatkan sesuatu pasti dapat dikesan. Ini kerana kebiasaannya mereka akan cuba dengan cara memaksa tanpa mereka sendiri sedari. Ia juga menunjukkan gambaran awal pada orang lain bahawa mereka adalah golongan yang kurang mendapat perhatian dan kasih sayang. Walaupun anda terlalu minat terhadap sesuatu jangan sesekali tunjukkan gelojoh atau terdesak kerana dikhuatiri anda pula akan dimanipulasi oleh orang lain yang mengmbil kesempatan terhadap keterdesakan anda.

5. Senyum-
Ini merupakan cara paling mudah untuk seseorang kelihatan menarik. Dengan hanya memberi senyuman sudah cukup untuk membuatkan orang lain tertarik pada anda. Ini kerana dengan senyuman dapat memberi seribu satu tanggapan positif terhadap orang lain. Ia bukannya hanya untuk diri sendiri kelihatan menarik, malah mampu juga untuk memberikan keyakinan kepada orang lain.


-Sumber

Thursday, July 5, 2012

Koleksi Petua Islam Untuk Awet Muda



1: Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.

2: Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

3: Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

4: Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

5: Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

6: Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

7: Lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

8: Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat.

9: Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

10: Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

11: Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

12: Amalkan solat tahajud.

13: Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

14: Maafkan semua orang sebelum tidur.

Amalan Harian Yang Perlu Dijaga Secara Istiqamah

Asssalamualaikum wht & salam 1 Malaysia :-)

Dah lama rasanya kanda tak update blog. Sempena dengan 'kelamaan' menyepi ini, kanda hadiahkan sahabat2 semua dengan amalan yang perlu kita jaga secara istiqamah.
Amalan2 ini kanda petik dari artikel2 motivasi & blog2 pilihan khas untuk semua.

Selamat membaca & beramal! ^_^

1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh- Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang terdahulu. Jangan ditinggalkan.

2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir shj mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman.

3. Kemudian bacalah surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.

4. Kemudian selepas 26 min naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat- Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.

5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selapas Isyraq (di antara jam 8-12 tghari). Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yg lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.

6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman- Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.

7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}

8. Kemudian baca Surah An-Naba’ – Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”

9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin-Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.

10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah-Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.

11. Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk-Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.

12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis. Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan

13. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.

14. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kpd Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.

15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah(muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.

16. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalh perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.

17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh- Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’

18. Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.

19. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, mintalah keizinan daripada suami-suami kamu.

20. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’. Sabda Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.

21. Tatkala Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.

22. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget