Wednesday, August 6, 2014

12-langkah-bijak-meningkatkan-nilai-dan-motivasi-diri

  1. Berhenti membandingkan diri dengan orang lain
  2. Berhenti merasakan diri paling ketinggalan dari semua segi
  3. Jalan membalas pujian dengan ucapan “oh ia takde apa-apa”. Malah terima lah semua pujian dengan ucapan “Terima kasih”. Anda berhak merasakan diri bahawa anda layak untuk pujian tersebut asalkan jangan meninggi diri dan bongkak.
  4. Selalu berkata kepada diri, “Saya amat berharga dan bernilai, saya dicintai oleh semua orang dan saya layak untuk mendapat yang terbaik dalam kehidupan”.
  5. Selalu mendengar dan membaca kata-kata motivasi dari orang yang telah berjaya.
  6. Selalu bergaul dengan orang-orang yang berfikiran positif dan supportif.
  7. Buat senarai kejayaan yang telah anda capai pada masa lalu dan lihat senarai tersebut setiap hari.
  8. Buat senarai sifat-sifat positif dan bandingkan diri anda. Adakah anda mempunyai sifat-sifat tersebut. Jika belum, UBAH.
  9. Lebihkan memberi. Didik sikap memberi berbanding menerima. Tidak semestinya ia berbentuk wang semata-mata. Apa sahaja terutama penglibatan anda dalam masyarakat (usaha, tenaga, masa dll.)
  10. Libatkan diri dalam aktiviti yang anda betul-betul minati. Motivasi diri akan meningkat mendadak apabila melakukan perkara-perkara dengan ikhlas kerana minat dan anda akan merasakan diri anda bernilai dan berharga.
  11. Menjadi diri anda sendiri. Hidup sebagai diri anda – hidup anda bukan ditentukan oleh orang lain. Anda tidak akan berasa berharga dan tidak hormat pada diri sendiri jika bukan anda yang menentukan jalan hidup yang anda mahukan.
  12. Ambil TINDAKAN! Jangan rasa takut dengan kegagalan. Jika anda bertindak dan melakukan dengan terbaik, walau apa sahaja perkara yang berlaku, anda tidak akan berasa menyesal kerana anda sudahpun bertindak dan membuat yang terbaik. Jika berjaya, ia pastinya akan melonjakkan motivasi dan nilai diri anda.
SUMBER

10 Kata

                                                        
10 Kata-Kata Semangat Melawan Kegagalan.

Dalam dunia ni siapa yang tak pernah gagal? Kita semua pernah gagal dalam hidup ini. Namun apa maknanya? Perbezaan utama antara orang yang benar-benar berjaya dan gagal adalah sikap mereka menghadapi kegagalannya dan bagaimana dia membangkitkan semangat nya. Bagaimana sebenarnya sikap kita menghadapi kegagalan?

1. “Hanya mereka yang berani gagal dapat meraih kejayaan.” (John F. Kennedy)

2. “Kejayaan tidak diukur dengan apa yang anda raih, namun kegagalan yang telah anda hadapi, dan keberanian yang membuat anda tetap berjuang melawan rintangan yang datang bertubi-tubi.” (Orison Swett Marden)

3. “Kebanggaan kita yang terbesar adalah bukan tidak pernah gagal, tetapi bangkit kembali ketika kita jatuh.” (Confucius)

4. “Banyak kegagalan dalam hidup ini dikeranakan orang-orang tidak menyedari betapa dekatnya mereka dengan kejayaan semasa mereka menyerah.” (Thomas Alva Edison)

5. “Kegagalan dapat dibahagi kepada dua perkara. Iaitu, orang yang berfikir tapi tidak pernah bertindak, dan orang yang bertindak tapi tidak pernah berfikir.” (W.A. Nance)

6. “Kejayaan adalah kemampuan untuk melepasi dan mengatasi dari satu kegagalan ke kegagalan berikutnya tanpa kehilangan semangat.” (Winston Churchill)


7. “Tidak ada rahsia untuk mencapai kejayaan. Kejayaan itu terjadi kerana persiapan, kerja keras dan ingin belajar dari kegagalan.” (General Colin Powell)

8. “Orang-orang yang gagal dibahagi menjadi dua, iaitu mereka yang berfikir gagal padahal tidak pernah melakukannya dan mereka yang melakukan kegagalan dan tidak pernah memikirkannya.” (John Charles Salak)

9. “Kegagalan adalah sesuatu yang boleh kita hindari dengan; tidak mengatakan apa-apa, tidak melakukan apa-apa dan tidak menjadi apa-apa.” (Denis Waitley)

10. “Kegagalan adalah satu-satunya kesempatan untuk memulakan semula dengan lebih cerdik.” (Henry Ford)



Ternyatalah bahawa tidak ada orang yang gagal namun yang ada adalah orang yang berfikir dirinya gagal. Gagal bukanlah satu kesalahan, kegagalan hanyalah sebuah proses menuju kejayaan yang lebih besar.


Semoga sukses untuk kita semua!


____________________________________________________
Ketika AKAL berbisik : MENYERAHLAH!
PENGHARAPAN berkata : CUBALAH LAGI!
Ketika DUNIA berkata : TIDAK MUNGKIN!
TUHAN berkata : ENGKAU PASTI BOLEH!
____________________________________________________




18 Kata-kata Ringkas Yang Mendalam Maksudnya 

Sewaktu kita kecil, ramai antara kita gemar berkata, “Kata-kata kamu tidak akan mengapakan aku” atau “Eleh, setakat ejekan atau kata-kata begitu pada aku, tidak langsung buat aku rasa apa-apa, lainlah kalau aku dibaling kayu atau batu”, atau “Mereka katalah apapun, aku tetap biasa saja”.

Jelasnya, ianya tidak memakan masa yang lama untuk kita menyedari bahawa kata-kata itu memberi kesan yang mendalam lebih dari yang kita sangkakan. Ianya mempengaruhi pemikiran, perasaan, tindakan dan keadaan minda kita. Malah kata-kata yang ringkas pun sering membawa maksud yang besar.

Cuba fikirkannya. Sama ada anda mahukan kerja idaman anda, memperbaiki persahabatan anda, menyelamatkan perkahwinan anda atau mengikat pekerja-pekerja anda, kata-kata yang anda pilih untuk dikatakan boleh memberi seribu perbezaan. Kata-kata ringkas, yang sering kita ambil ringan, mempunyai kuasa untuk melukakan atau menyembuh, untuk memberi inspirasi atau melemahkan, untuk membantu atau menyekat.

Di bawah adalah 18 contoh kata-kata kecil yang membawa maksud yang besar dalam cara yang amat positif.

1. Terima kasih.

Oleh kerana setiap dari kita ini mahu berasa diri dihargai, kata-kata penghargaan akan membuatkan hati rasa hidup dan dihargai. Perkataan seperti - Terima kasih, saya menghargai diri awak, saya rasa berterima kasih pada awak – kata-kata ini adalah makanan kepada jiwa.

2. Saya maafkan awak.
Kita semua melakukan kesilapan dalam hidup. Tanpa disedari atau tanpa niat, kita mungkin melukakan hati kawan-kawan, anak-anak, rakan sekerja dan orang lain. Kata-kata kemaafan menyembuhkan luka di hati dengan membuang beban rasa bersalah yang melumpuhkan diri.

3. Saya sayangkan awak.
Barangkali mungkin pernyataan yang terbesar dalam kalangan yang lain, tiada bandingan untuk: “Saya sayangkan awak”. Kata-kata ini membongkar pemberian Ilahi yang paling fitrah, paling murni, paling suci terhadap manusia: kasih sayang. Hanya satu perkara sahaja yang boleh mengatasi kata-kata “Saya sayangkan awak”, iaitu dengan menunjukkan kasih sayang melalui perbuatan.

4. Saya sudah salah.
Beberapa kata-kata mempunyai kuasa untuk menyalakan sinar kemaafan, seperti pengakuan berani dan tidak mementingkan diri sendiri terhadap kesalahan diri. Apabila kita terluka, kita tahu bahawasa perkara yang telah lepas tidak boleh lagi diubah; namun pengakuan diri terhadap segala keperitan yang telah terjadi kerananya menjadi titik tolak ke arah masa depan yang lebih baik.



5. Awak cantik.
Apabila kita terasa diri tidak cantik, hodoh luaran atau dalaman, ianya amat bermakna apabila kita mendengar masih ada orang yang menganggap kita cantik.

6. Tak apa.
Apabila kita risau, terluka, runsing atau takut, kata-kata sokongan ini membantu membawa ketenangan kepada fikiran. Jika anda pernah menangis dalam dakapan rakan atau kawan anda, anda pasti tahu betapa rasanya untuk ada seseorang yang menyatakan pada anda bahawa segalanya pasti akan jadi baik.

7. Saya faham.
Sudah menjadi fitrah manusia untuk cuba memahami, maka tiadalah yang lebih mengecewakan daripada rasa diri disalah faham. Dalam masa kita terasa keseorangan, disalah fahami atau terasing dalam pendapat diri; seorang sahabat yang memahami adalah sangat-sangat dihargai. Kita tidak semestinya memerlukan orang lain untuk bersetuju dengan pandangan kita, tetapi kita perlu seseorang yang boleh mengatakan, “Saya faham. Saya mula nampak apa yang awak katakan. Saya faham maksud awak.”

8. Awak selamat.
Apabila kita terasa lemah dan takut, kata-kata ini mempunyai kuasa untuk mengembalikan rasa selamat dan perlindungan yang kita perlukan. Ketakutan boleh jadi penyakit pada minda, tetapi kata-kata selamat ini adalah sebahagian daripada penawarnya.


9. Saya mengagumi awak.
Adanya orang yang memandang tinggi pada anda, berfikir tingginya anda, atau terispirasi untuk menurut jejak langkah anda adalah sesuatu yang sangat memberi motivasi. Kata-kata kekaguman adalah memberi semangat, kerana ianya memberi rasa diri kita penting dengan mengingatkan kita bahawa kita memberi kesan kepada yang lain.

10. Saya sokong awak.
Apabila membuat keputusan yang sukar, yang mungkin atau mungkin tidak yang terbaik, ianya sangat bermakna untuk tahu bahawa ada orang bersama anda walau apa pun. Kenyataan seperti, “Saya bersama awak” dan “Saya sokong awak” memberi kita perangsang untuk bergerak ke depan dengan lebih berani.

11. Awak boleh lakukannya.
Apabila anda terfikir untuk berputus asa atau sedang melawan rasa sangsi pada diri, kata-kata perangsang boleh memberi makna yang cukup bererti pada anda. Macam ada sesuatu berkenaan mengetahui bahawa ada orang lain yang percaya pada anda yang menyuburkan semula kepercayaan pada diri anda yang sepatutnya anda ada.

12. Awaklah orangnya.
Kata-kata ini mengatakan saya pilih awak, awaklah orangnya untuk saya, awak istimewa. Tidak banyak perkara yang mengatasi perasaan yang terbit apabila mengetahui bahawa anda berada dalam kedudukan yang istimewa pada seseorang.

13. Ini semuanya untuk awak.
Kebanyakan hari-hari dalam hidup bukan semuanya kita lakukan untuk diri kita, tetapi kita tidak akan lupa hari-hari yang sememangnya untuk kita. Masa-masa seperti harijadi, perkahwinan dan hari graduasi; kita sangat-sangat merasakan bahawa ianya adalah hari-hari teristimewa buat kita. Ianya sangat mengembirakan untuk mempunyai rakan-rakan yang tidak mementingkan diri yang membenarkan hari-hari istimewa anda untuk menjadi 100% semuanya tentang diri anda.

14. Saya ada di sini untuk awak.
Jika perlu teman untuk menangis, anda tahu betapa berkuasanya kata-kata ini. Ianya mengingatkan kita bahawa kita tidak sendirian, bahawa ada orang untuk membantu kita mengharungi kesakitan, kehilangan, kelukaan dan segala kesukaran hidup. Orang yang nampak seperti hidup mereka berjaya pun memerlukan seseorang yang boleh dipercayai di samping mereka.

15. Kerja yang hebat.
Tahniah. Kerja yang hebat. Kerja yang sempurna. Sama ada kita akui atau tidak, kebanyakan kita seronok dengan pengikirafan dari mereka yang lain terhadap usaha-usaha kita. Kata-kata pengiktirafan dan puju-pujian menggerakkan kita untuk berbuat lebih lagi, berkerja lebih kuat dan memberi rasa harga diri.

16. Saya rindu awak.
Kita tidak mampu untuk sentiasa berada bersama dengan orang-orang yang kita sayangi dan cintai, namun ianya sangat bermakna untuk mengetahui diri kita dirindui semasa ketiadaan kita. Ini adalah satu cara untuk menyatakan, saya sayangkan kehadiran diri awak dan saya tidak mampu lagi menanti saat untuk kita bersama lagi.


17. Awak penting.
Kita semua mahu rasa diri kita penting buat seseorang atau sesuatu selain dari diri kita. Mendengar yang diri kita dihargai oleh orang lain, terutama pada masa anda terasa diri tidak berguna atau tidak penting, adalah sangat istimewa.

18. Maafkan saya.
Apabila hati sakit, permintaan maaf yang ikhlas membuka ruang untuk kemaafan dan berbaik semula. Saya minta maaf, tolonglah maafkan saya, saya mohon kemaafan – semua kata-kata ini menunjukkan pengakuan terhadap kerosakan yang dilakukan dan kemahuan untuk mengurangkan sakitnya.

Semoga kata-kata ringkas dengan makna yang besar ini bermanfaat untuk anda. Sepanjang anda meneruskan hari anda, bercakaplah dengan baik dan gunakanlah kata-kata ini, yang mana anda sendiri pun suka untuk mendengarnya.

Akhir kata, ingatlah; orang tidak tahu bagaimana perasaan kita sehinggalah kita menyatakannya; jangan anggap mereka tahu. Selamat menjalani hari anda! J



Friday, March 21, 2014

Surah Pilihan

Terdapat beberapa ayat dan surah yang anda boleh amalkan. Jadikannya sebagai amalan harian dan istiqamah dengan apa yang dibaca :

1.Surah al-Fatihah – Ummul Kitab. Juga dikenali sebagai penawar seribu guna. Anda boleh melazimkan diri untuk membaca al-Fatihah sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu. Tetapkan juga niat agar Allah S.W.T membantu anda melindungi diri dari gangguan jin dan syaitan.
2.Al-Mu’awwizat – tiga surah yang sering dipanggil ramai sebagai surah 3Qul. Ia terdiri daripada Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Nas. Ia adalah amalan Rasulullah sebelum baginda tidur pada setiap malam. Kelebihan surah-surah ini adalah sebagai ayat-ayat pendinding dari gangguan jin dan syaitan sehingga anda bangun dari tidur.
3.Ayat Kursi – amalkan membaca Ayat Kursi dari Surah al-Baqarah ayat 255 ini sebagai pendinding diri dan juga perlindungan kediaman dan harta benda. Lebih afdal jika anda mengamalkannya selepas solat Subuh dan Solat Asar.

13 kata “JANGAN MENUNGGU” yg perlu dihindari:


1. Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia.
2. Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya.
3. Jangan menunggu termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.
4. Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang lain! Maka kamu akan dipedulikan ….
5. Jangan menunggu orang memahami kamu. baru kamu memahami dia, tâpi fahamilah orang itu, maka orang itu akan faham dengan kamu.
6. Jangan menunggu terinspirasi baru menulis.tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.
7. Jangan menunggu projek, baru bekerja, tapi bekerjalah, maka projek akan menunggumu.
8. Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai.
9. Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah bukan sekadar wang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.
10. Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti, tapi bergeraklah ke arah kebaikan, maka kamu akan menjadi contoh yang akan diikuti.
11. Jangan menunggu berjaya baru bersyukur tapi bersyukurlah, maka insha Allah kita akan berjaya.
12. Jangan menunggu boleh, baru melakukan, tapi lakukanlah! Maka kamu pasti boleh!
13. Jangan menunggu waktu luang tuk membaca Al-qur'an,
Tapi luangkan waktu tuk membaca Al-qur'an..
Petikan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...