- Berhenti membandingkan diri dengan orang lain
- Berhenti merasakan diri paling ketinggalan dari semua segi
- Jalan membalas pujian dengan ucapan “oh ia takde apa-apa”. Malah terima lah semua pujian dengan ucapan “Terima kasih”. Anda berhak merasakan diri bahawa anda layak untuk pujian tersebut asalkan jangan meninggi diri dan bongkak.
- Selalu berkata kepada diri, “Saya amat berharga dan bernilai, saya dicintai oleh semua orang dan saya layak untuk mendapat yang terbaik dalam kehidupan”.
- Selalu mendengar dan membaca kata-kata motivasi dari orang yang telah berjaya.
- Selalu bergaul dengan orang-orang yang berfikiran positif dan supportif.
- Buat senarai kejayaan yang telah anda capai pada masa lalu dan lihat senarai tersebut setiap hari.
- Buat senarai sifat-sifat positif dan bandingkan diri anda. Adakah anda mempunyai sifat-sifat tersebut. Jika belum, UBAH.
- Lebihkan memberi. Didik sikap memberi berbanding menerima. Tidak semestinya ia berbentuk wang semata-mata. Apa sahaja terutama penglibatan anda dalam masyarakat (usaha, tenaga, masa dll.)
- Libatkan diri dalam aktiviti yang anda betul-betul minati. Motivasi diri akan meningkat mendadak apabila melakukan perkara-perkara dengan ikhlas kerana minat dan anda akan merasakan diri anda bernilai dan berharga.
- Menjadi diri anda sendiri. Hidup sebagai diri anda – hidup anda bukan ditentukan oleh orang lain. Anda tidak akan berasa berharga dan tidak hormat pada diri sendiri jika bukan anda yang menentukan jalan hidup yang anda mahukan.
- Ambil TINDAKAN! Jangan rasa takut dengan kegagalan. Jika anda bertindak dan melakukan dengan terbaik, walau apa sahaja perkara yang berlaku, anda tidak akan berasa menyesal kerana anda sudahpun bertindak dan membuat yang terbaik. Jika berjaya, ia pastinya akan melonjakkan motivasi dan nilai diri anda.
kandahasra.blogspot.com
Sesungguhnya kejadian Allah itu sungguh misteri dan berhikmah!
Wednesday, August 6, 2014
12-langkah-bijak-meningkatkan-nilai-dan-motivasi-diri
10 Kata
10
Kata-Kata Semangat Melawan Kegagalan.
Dalam
dunia ni siapa yang tak pernah gagal? Kita semua pernah gagal dalam hidup ini.
Namun apa maknanya? Perbezaan utama antara orang yang benar-benar berjaya dan
gagal adalah sikap mereka menghadapi kegagalannya dan bagaimana dia
membangkitkan semangat nya. Bagaimana sebenarnya sikap kita menghadapi
kegagalan?
1. “Hanya mereka
yang berani gagal dapat meraih kejayaan.” (John F. Kennedy)
2. “Kejayaan tidak
diukur dengan apa yang anda raih, namun kegagalan yang telah anda hadapi, dan
keberanian yang membuat anda tetap berjuang melawan rintangan yang datang
bertubi-tubi.” (Orison Swett Marden)
3. “Kebanggaan kita
yang terbesar adalah bukan tidak pernah gagal, tetapi bangkit kembali ketika
kita jatuh.” (Confucius)
4. “Banyak
kegagalan dalam hidup ini dikeranakan orang-orang tidak menyedari betapa
dekatnya mereka dengan kejayaan semasa mereka menyerah.” (Thomas Alva Edison)
5. “Kegagalan dapat
dibahagi kepada dua perkara. Iaitu, orang yang berfikir tapi tidak pernah
bertindak, dan orang yang bertindak tapi tidak pernah berfikir.” (W.A. Nance)
6. “Kejayaan adalah
kemampuan untuk melepasi dan mengatasi dari satu kegagalan ke kegagalan
berikutnya tanpa kehilangan semangat.” (Winston Churchill)
7. “Tidak ada
rahsia untuk mencapai kejayaan. Kejayaan itu terjadi kerana persiapan, kerja
keras dan ingin belajar dari kegagalan.” (General Colin Powell)
8. “Orang-orang
yang gagal dibahagi menjadi dua, iaitu mereka yang berfikir gagal padahal tidak
pernah melakukannya dan mereka yang melakukan kegagalan dan tidak pernah
memikirkannya.” (John Charles Salak)
9. “Kegagalan
adalah sesuatu yang boleh kita hindari dengan; tidak mengatakan apa-apa, tidak
melakukan apa-apa dan tidak menjadi apa-apa.” (Denis Waitley)
10. “Kegagalan
adalah satu-satunya kesempatan untuk memulakan semula dengan lebih cerdik.”
(Henry Ford)
Ternyatalah bahawa
tidak ada orang yang gagal namun yang ada adalah orang yang berfikir dirinya
gagal. Gagal bukanlah satu kesalahan, kegagalan hanyalah sebuah proses menuju
kejayaan yang lebih besar.
Semoga
sukses untuk kita semua!
____________________________________________________
Ketika
AKAL berbisik : MENYERAHLAH!
PENGHARAPAN
berkata : CUBALAH LAGI!
Ketika
DUNIA berkata : TIDAK MUNGKIN!
TUHAN
berkata : ENGKAU PASTI BOLEH!
____________________________________________________
18 Kata-kata Ringkas Yang Mendalam Maksudnya
Sewaktu kita kecil, ramai antara kita gemar berkata,
“Kata-kata kamu tidak akan mengapakan aku” atau “Eleh, setakat ejekan atau
kata-kata begitu pada aku, tidak langsung buat aku rasa apa-apa, lainlah kalau
aku dibaling kayu atau batu”, atau “Mereka katalah apapun, aku tetap biasa
saja”.
Jelasnya, ianya tidak memakan masa yang lama untuk kita menyedari bahawa kata-kata itu memberi kesan yang mendalam lebih dari yang kita sangkakan. Ianya mempengaruhi pemikiran, perasaan, tindakan dan keadaan minda kita. Malah kata-kata yang ringkas pun sering membawa maksud yang besar.
Cuba fikirkannya. Sama ada anda mahukan kerja idaman anda, memperbaiki persahabatan anda, menyelamatkan perkahwinan anda atau mengikat pekerja-pekerja anda, kata-kata yang anda pilih untuk dikatakan boleh memberi seribu perbezaan. Kata-kata ringkas, yang sering kita ambil ringan, mempunyai kuasa untuk melukakan atau menyembuh, untuk memberi inspirasi atau melemahkan, untuk membantu atau menyekat.
Di bawah adalah 18 contoh kata-kata kecil yang membawa maksud yang besar dalam cara yang amat positif.
1. Terima kasih.
Jelasnya, ianya tidak memakan masa yang lama untuk kita menyedari bahawa kata-kata itu memberi kesan yang mendalam lebih dari yang kita sangkakan. Ianya mempengaruhi pemikiran, perasaan, tindakan dan keadaan minda kita. Malah kata-kata yang ringkas pun sering membawa maksud yang besar.
Cuba fikirkannya. Sama ada anda mahukan kerja idaman anda, memperbaiki persahabatan anda, menyelamatkan perkahwinan anda atau mengikat pekerja-pekerja anda, kata-kata yang anda pilih untuk dikatakan boleh memberi seribu perbezaan. Kata-kata ringkas, yang sering kita ambil ringan, mempunyai kuasa untuk melukakan atau menyembuh, untuk memberi inspirasi atau melemahkan, untuk membantu atau menyekat.
Di bawah adalah 18 contoh kata-kata kecil yang membawa maksud yang besar dalam cara yang amat positif.
1. Terima kasih.
Oleh kerana setiap dari kita ini mahu berasa diri dihargai, kata-kata penghargaan akan membuatkan hati rasa hidup dan dihargai. Perkataan seperti - Terima kasih, saya menghargai diri awak, saya rasa berterima kasih pada awak – kata-kata ini adalah makanan kepada jiwa.
2. Saya maafkan awak.
Kita semua melakukan kesilapan dalam hidup. Tanpa disedari atau tanpa niat, kita mungkin melukakan hati kawan-kawan, anak-anak, rakan sekerja dan orang lain. Kata-kata kemaafan menyembuhkan luka di hati dengan membuang beban rasa bersalah yang melumpuhkan diri.
3. Saya sayangkan awak.
Barangkali mungkin pernyataan yang terbesar dalam kalangan yang lain, tiada bandingan untuk: “Saya sayangkan awak”. Kata-kata ini membongkar pemberian Ilahi yang paling fitrah, paling murni, paling suci terhadap manusia: kasih sayang. Hanya satu perkara sahaja yang boleh mengatasi kata-kata “Saya sayangkan awak”, iaitu dengan menunjukkan kasih sayang melalui perbuatan.
4. Saya sudah salah.
Beberapa kata-kata mempunyai kuasa untuk menyalakan sinar kemaafan, seperti pengakuan berani dan tidak mementingkan diri sendiri terhadap kesalahan diri. Apabila kita terluka, kita tahu bahawasa perkara yang telah lepas tidak boleh lagi diubah; namun pengakuan diri terhadap segala keperitan yang telah terjadi kerananya menjadi titik tolak ke arah masa depan yang lebih baik.
5. Awak cantik.
Apabila kita terasa diri tidak cantik, hodoh luaran atau dalaman, ianya amat bermakna apabila kita mendengar masih ada orang yang menganggap kita cantik.
6. Tak apa.
Apabila kita risau, terluka, runsing atau takut, kata-kata sokongan ini membantu membawa ketenangan kepada fikiran. Jika anda pernah menangis dalam dakapan rakan atau kawan anda, anda pasti tahu betapa rasanya untuk ada seseorang yang menyatakan pada anda bahawa segalanya pasti akan jadi baik.
7. Saya faham.
Sudah menjadi fitrah manusia untuk cuba memahami, maka tiadalah yang lebih mengecewakan daripada rasa diri disalah faham. Dalam masa kita terasa keseorangan, disalah fahami atau terasing dalam pendapat diri; seorang sahabat yang memahami adalah sangat-sangat dihargai. Kita tidak semestinya memerlukan orang lain untuk bersetuju dengan pandangan kita, tetapi kita perlu seseorang yang boleh mengatakan, “Saya faham. Saya mula nampak apa yang awak katakan. Saya faham maksud awak.”
8. Awak selamat.
Apabila kita terasa lemah dan takut, kata-kata ini mempunyai kuasa untuk mengembalikan rasa selamat dan perlindungan yang kita perlukan. Ketakutan boleh jadi penyakit pada minda, tetapi kata-kata selamat ini adalah sebahagian daripada penawarnya.
9. Saya mengagumi awak.
Adanya orang yang memandang tinggi pada anda, berfikir tingginya anda, atau terispirasi untuk menurut jejak langkah anda adalah sesuatu yang sangat memberi motivasi. Kata-kata kekaguman adalah memberi semangat, kerana ianya memberi rasa diri kita penting dengan mengingatkan kita bahawa kita memberi kesan kepada yang lain.
10. Saya sokong awak.
Apabila membuat keputusan yang sukar, yang mungkin atau mungkin tidak yang terbaik, ianya sangat bermakna untuk tahu bahawa ada orang bersama anda walau apa pun. Kenyataan seperti, “Saya bersama awak” dan “Saya sokong awak” memberi kita perangsang untuk bergerak ke depan dengan lebih berani.
11. Awak boleh lakukannya.
Apabila anda terfikir untuk berputus asa atau sedang melawan rasa sangsi pada diri, kata-kata perangsang boleh memberi makna yang cukup bererti pada anda. Macam ada sesuatu berkenaan mengetahui bahawa ada orang lain yang percaya pada anda yang menyuburkan semula kepercayaan pada diri anda yang sepatutnya anda ada.
12. Awaklah orangnya.
Kata-kata ini mengatakan saya pilih awak, awaklah orangnya untuk saya, awak istimewa. Tidak banyak perkara yang mengatasi perasaan yang terbit apabila mengetahui bahawa anda berada dalam kedudukan yang istimewa pada seseorang.
13. Ini semuanya untuk awak.
Kebanyakan hari-hari dalam hidup bukan semuanya kita lakukan untuk diri kita, tetapi kita tidak akan lupa hari-hari yang sememangnya untuk kita. Masa-masa seperti harijadi, perkahwinan dan hari graduasi; kita sangat-sangat merasakan bahawa ianya adalah hari-hari teristimewa buat kita. Ianya sangat mengembirakan untuk mempunyai rakan-rakan yang tidak mementingkan diri yang membenarkan hari-hari istimewa anda untuk menjadi 100% semuanya tentang diri anda.
14. Saya ada di sini untuk awak.
Jika perlu teman untuk menangis, anda tahu betapa berkuasanya kata-kata ini. Ianya mengingatkan kita bahawa kita tidak sendirian, bahawa ada orang untuk membantu kita mengharungi kesakitan, kehilangan, kelukaan dan segala kesukaran hidup. Orang yang nampak seperti hidup mereka berjaya pun memerlukan seseorang yang boleh dipercayai di samping mereka.
15. Kerja yang hebat.
Tahniah. Kerja yang hebat. Kerja yang sempurna. Sama ada kita akui atau tidak, kebanyakan kita seronok dengan pengikirafan dari mereka yang lain terhadap usaha-usaha kita. Kata-kata pengiktirafan dan puju-pujian menggerakkan kita untuk berbuat lebih lagi, berkerja lebih kuat dan memberi rasa harga diri.
16. Saya rindu awak.
Kita tidak mampu untuk sentiasa berada bersama dengan orang-orang yang kita sayangi dan cintai, namun ianya sangat bermakna untuk mengetahui diri kita dirindui semasa ketiadaan kita. Ini adalah satu cara untuk menyatakan, saya sayangkan kehadiran diri awak dan saya tidak mampu lagi menanti saat untuk kita bersama lagi.
17. Awak penting.
Kita semua mahu rasa diri kita penting buat seseorang atau sesuatu selain dari diri kita. Mendengar yang diri kita dihargai oleh orang lain, terutama pada masa anda terasa diri tidak berguna atau tidak penting, adalah sangat istimewa.
18. Maafkan saya.
Apabila hati sakit, permintaan maaf yang ikhlas membuka ruang untuk kemaafan dan berbaik semula. Saya minta maaf, tolonglah maafkan saya, saya mohon kemaafan – semua kata-kata ini menunjukkan pengakuan terhadap kerosakan yang dilakukan dan kemahuan untuk mengurangkan sakitnya.
Semoga kata-kata ringkas dengan makna yang besar ini bermanfaat untuk anda. Sepanjang anda meneruskan hari anda, bercakaplah dengan baik dan gunakanlah kata-kata ini, yang mana anda sendiri pun suka untuk mendengarnya.
Akhir kata,
ingatlah; orang tidak tahu bagaimana perasaan kita sehinggalah kita
menyatakannya; jangan anggap mereka tahu. Selamat menjalani hari anda! J
Friday, March 21, 2014
Surah Pilihan
Terdapat beberapa ayat dan surah yang anda boleh amalkan. Jadikannya sebagai amalan harian dan istiqamah dengan apa yang dibaca :
1.Surah al-Fatihah – Ummul Kitab. Juga dikenali sebagai penawar seribu guna. Anda boleh melazimkan diri untuk membaca al-Fatihah sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu. Tetapkan juga niat agar Allah S.W.T membantu anda melindungi diri dari gangguan jin dan syaitan.
2.Al-Mu’awwizat – tiga surah yang sering dipanggil ramai sebagai surah 3Qul. Ia terdiri daripada Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Nas. Ia adalah amalan Rasulullah sebelum baginda tidur pada setiap malam. Kelebihan surah-surah ini adalah sebagai ayat-ayat pendinding dari gangguan jin dan syaitan sehingga anda bangun dari tidur.
3.Ayat Kursi – amalkan membaca Ayat Kursi dari Surah al-Baqarah ayat 255 ini sebagai pendinding diri dan juga perlindungan kediaman dan harta benda. Lebih afdal jika anda mengamalkannya selepas solat Subuh dan Solat Asar.
13 kata “JANGAN MENUNGGU” yg perlu dihindari:
1. Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia.
2. Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya.
3. Jangan menunggu termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.
4. Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang lain! Maka kamu akan dipedulikan ….
5. Jangan menunggu orang memahami kamu. baru kamu memahami dia, tâpi fahamilah orang itu, maka orang itu akan faham dengan kamu.
6. Jangan menunggu terinspirasi baru menulis.tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.
7. Jangan menunggu projek, baru bekerja, tapi bekerjalah, maka projek akan menunggumu.
8. Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai.
9. Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah bukan sekadar wang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.
10. Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti, tapi bergeraklah ke arah kebaikan, maka kamu akan menjadi contoh yang akan diikuti.
11. Jangan menunggu berjaya baru bersyukur tapi bersyukurlah, maka insha Allah kita akan berjaya.
12. Jangan menunggu boleh, baru melakukan, tapi lakukanlah! Maka kamu pasti boleh!
13. Jangan menunggu waktu luang tuk membaca Al-qur'an,
Tapi luangkan waktu tuk membaca Al-qur'an..
Tapi luangkan waktu tuk membaca Al-qur'an..
Petikan
Friday, December 27, 2013
Cara Untuk Mengelakkan Daripada Gangguan Jin
Kaedah untuk mengelakkan diri daripada gangguan jin adalah seperti berikut:
- Membaca Bismillah Sebelum Masuk Rumah Dan Sebelum Makan.
- Membaca Bismillah Sebelum Menutup Pintu Rumah dan Menutup Bekas Minuman
- Membaca Ayat Kursi Sebelum Tidur
- Membaca Tiga (3) Qul Selepas Solat
- Merapatkan Saf Solah Berjemaah
- Membaca Surah Baqarah Di dalam Rumah
- Melaungkan Azan
- Mengucapkan La Haula Wala Quwwata Illa Billah Apabila Terlupa Sesuatu
- Membaca Dua (2) Qul Sebelum Tidur
1. Membaca Bismillah Sebelum Masuk Rumah Dan Sebelum Makan
Jabir Radhiallallahu Anhu berkata: Saya telah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Apabila seorang masuk ke dalam rumahnya dengan menyebut ‘Bismillah’ ketika masuk (ke dalam rumah) dan ketika makan, maka syaitan berkata kepada temannya: Tiada tempat tinggal dan tiada bahagian makanan bagi kamu di sini.
“ Dan bila masuk tiada menyebut nama Allah, syaitan berkata: “Kamu dapat bermalam di rumah ini, kemudian jika waktu makan tidak menyebut nama Allah, syaitan berkata: Kamu dapat bermalam dan makan di sini”.(Hadis riwayat Muslim)
2. Membaca Bismillah Sebelum Menutup Pintu Rumah dan Menutup Bekas Minuman
Rumah yang dibaca Bismillah sebelum ditutup pintu tidak dimasuki syaitan, (walaupun syaitan boleh masuk melalui lubang, ia tidak akan masuk). Begitu juga minuman yang ditutup dan dibaca Bismillah.
Kuncilah pintu dan sebut nama Allah, kerana syaitan tidak dapat membuka pintu yang berkunci. Tutup tempayanmu dengan menyebut nama Allah.(Hadis Riwayat Muslim)
3. Membaca Ayat Kursi Sebelum Tidur
Dalam kisah Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu dengan syaitan yang mencuri harta zakat, disebutkan bahawa syaitan tersebut berkata,“Biarkan aku mengajarimu beberapa kalimah yang Allah memberimu manfaat dengannya. Bila engkau masuk ke tempat tidur, bacalah ayat kursi. Dengan demikian, akan selalu ada penjaga daripada Allah untukmu, dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi.” Ketika Abu Hurairah menceritakannya kepada Rasulullah shallallahu ‘alahi wa sallam, beliau berkata, “Sungguh dia telah berkata benar, walaupun dia sebenarnya banyak berdusta.” (HR. al-Bukhari no. 2187)
4. Membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas selepas solat untuk menolak sihir.
Daripada ‘Uqbah bin Amir,dia berkata: “Rasulullah s.a.w. telah memerintahkanku supaya aku membaca ‘Al-Muawidzat’ (1.Qulhuwallahu Ahad. 2. Qul a’udzu bi rabbil falaq 3. Qul a’udzu bi rabbinnaas.) di belakang setiap solat(fardu/wajib).”
5. Merapatkan Saf Solah Berjemaah.
Saf yang rapat tidak akan dimasukki syaitan, (walaupun syaitan itu jisim halus dan boleh memasukkinya melalui celah betis). Di dalam sebuah hadith, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya(kekuasaannya), aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud, An-Nasa’i dan Ahmad.
6. Membaca Surah Al-Baqarah Di dalam Rumah
“Jangan kamu semua menjadikan rumah-rumah kamu seperti tanah perkuburan, maka sesungguhnya Syaitan lari bertempiaran daripada rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah.” (HR Muslim dan al-Tirmizi daripada hadith Abu Hurairah)
7. Melaungkan Azan
Selain itu syaitan juga lari bila azan yang mengandungi lafaz takbir itu dilaungkan.
Sesungguhnya syaitan apabila dikumandangkan azan, ia akan berpaling dan berlari dengan pantas.(Muslim).
Daripada Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya: ”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.” (al-Bukhari)
8. Mengucapkan La Haula Wala Quwwata Illa Billah Apabila Terlupa Sesuatu
Berzikirlah untuk mengingati Allah, ucaplah kalimah La Haula Wala Quwwata Illa Billah agar Allah melindungi kita daripada gangguan syaitan yang menyebabkan kita lupa.
Mujadilah [19] Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan merekalupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah;
9. Membaca Dua (2) Qul Sebelum Tidur
Apabila Rasulullah s.a.w. jatuh sakit kerana disihir, Malaikat Jibril telah menjampi Baginda dengan membaca 2 Qul iaitu Surah An-Nas (Qul a’uzubirabbinnas) dan Al-Falaq (Qul a’uzubirabbil falaq) dan ditiup pada seluruh tubuhnya
Menurut riwayat al-Imam al-Bukhari dari ‘Aisyah r.a. katanya adalah Rasulullah SAW apabila beliau berada di tempat tidurnya setiap malam beliau menemukan dua tangannya kemudian menghembuskan pada kedua-duanya dan membaca (Qul a’uzubirabbinnas) dan (Qul a’uzubirabbil falaq) kemudian beliau sapukan dengan kedua-dua tapak tangannya semua bahagian tubuhnya yang dapat disapukan olehnya, beliau mulakan di atas kepala dan mukanya dan bahagian hadapan badannya.
Semoga sama-sama kita mengamalkannya. InsyaAllah.
SUMBER
Thursday, March 28, 2013
10 Kata-Kata Semangat Melawan Kegagalan
Dalam dunia ni
siapa yang tak pernah gagal? Kita semua pernah gagal dalam hidup ini. Namun apa
maknanya? Perbezaan utama antara orang yang benar-benar berjaya dan gagal
adalah sikap mereka menghadapi kegagalannya dan bagaimana dia membangkitkan
semangat nya. Bagaimana sebenarnya sikap kita menghadapi kegagalan?
Di bawah adalah 10 kata bijak dari tokoh-tokoh dunia tentang
bagaimana sepatutnya kita menghadapi kegagalan dan bagaimana untuk menaikkan
semgat kita melawan kegagalan :
1. “Hanya mereka yang berani gagal dapat meraih kejayaan.”
(John F. Kennedy)
2. “Kejayaan tidak diukur dengan apa yang anda raih, namun
kegagalan yang telah anda hadapi, dan keberanian yang membuat anda tetap
berjuang melawan rintangan yang datang bertubi-tubi.”
(Orison Swett Marden)
3. “Kebanggaan kita yang terbesar adalah bukan tidak pernah
gagal, tetapi bangkit kembali ketika kita jatuh.” (Confucius)
4. “Banyak kegagalan dalam hidup ini dikeranakan orang-orang
tidak menyedari betapa dekatnya mereka dengan kejayaan semasa mereka menyerah.”
(Thomas Alva Edison)
5. “Kegagalan dapat dibahagi kepada dua perkara. Iaitu,
orang yang berfikir tapi tidak pernah bertindak, dan orang yang bertindak tapi
tidak pernah berfikir.” (W.A. Nance)
6. “Kejayaan adalah kemampuan untuk melepasi dan mengatasi
dari satu kegagalan ke kegagalan berikutnya tanpa kehilangan semangat.”
(Winston Churchill)
7. “Tidak ada rahsia untuk mencapai kejayaan. Kejayaan itu
terjadi kerana persiapan, kerja keras dan ingin belajar dari kegagalan.”
(General Colin Powell)
8. “Orang-orang yang gagal dibahagi menjadi dua, iaitu
mereka yang berfikir gagal padahal tidak pernah melakukannya dan mereka yang
melakukan kegagalan dan tidak pernah memikirkannya.”
(John Charles Salak)
9. “Kegagalan adalah sesuatu yang boleh kita hindari dengan;
tidak mengatakan apa-apa, tidak melakukan apa-apa dan tidak menjadi apa-apa.”
(Denis Waitley)
10. “Kegagalan adalah satu-satunya kesempatan untuk
memulakan semula dengan lebih cerdik.”
(Henry Ford)
Ternyatalah bahawa tidak ada orang yang gagal namun yang ada
adalah orang yang berfikir dirinya gagal. Gagal bukanlah satu kesalahan,
kegagalan hanyalah sebuah proses menuju kejayaan yang lebih besar.
Monday, March 18, 2013
Mukjizat di sebalik BISMILLAH
BISMILLAH adalah sebutan/nama sin gkat dari lafaz � BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM � yang bermaksud � Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. �
KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH
1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
2. �BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. � (Hadith Qudsi)
3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sa kit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas � ud berkata: � Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. �
7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, � Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. �
8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.
Wallahualam
KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH
1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
2. �BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. � (Hadith Qudsi)
3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sa kit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas � ud berkata: � Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. �
7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, � Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. �
8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.
Wallahualam
10 SAHABAT YANG DIJANJIKAN SYURGA
Siapakah dia sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang telah pun dijamin syurga oleh ALLAH SWT sejak mereka masih di dunia lagi? Sama-samalah kita mengenali diri mereka yang amat bertuah ini. Sahabat Rasulullah SAW yang dijamin masuk syurga berdasarkan hadith berikut: Tercatat dalam 'ARRIYADH ANNADHIRAH FI MANAQIBIL ASYARAH' dari sahabat Abu Dzar r.a bahawa Rasulullah SAW masuk ke rumah Aisyah r.a dan bersabda: "Wahai Aisyah, inginkah engkau mendengar khabar gembira?" Aisyah menjawab : "Tentu, ya Rasulullah." Lalu Nabi SAW bersabda, "Ada sepuluh orang yang mendapat khabar gembira masuk syurga, iaitu : Ayahmu masuk syurga dan kawannya adalah Ibrahim, Umar masuk syurga dan kawannya Nuh, Utsman masuk syurga dan kawannya adalah Aku, Ali masuk syurga dan kawannya adalah Yahya bin Zakaria, Talhah masuk syurga dan kawannya adalah Daud, Azzubair masuk syurga dan kawannya adalah Ismail, Sa'ad masuk syurga dan kawannya adalah Sulaiman, Said bin Zaid masuk syurga dan kawannya adalah Musa bin Imran, Abdul Rahman bin Auf masuk syurga dan kawannya adalah Isa bin Maryam, Abu Ubaidah ibnu Jarrah masuk syurga dan kawannya adalah Idris a.s."
Kisah singkat 10 Sahabat Radhiallahu Ta'ala Anhum :-
- Abu Bakar bin Abi Qohafah (As-siddiq) r.a, adalah seorang Quraisy dari kabilah yang sama dengan Rasulullah SAW, hanya berbeza keluarga. Bila Abu Bakar r.a berasal dari keluarga Tamimi, maka Rasulullah SAW berasal dari keluarga Hasyimi. Keutamaannya, Abu Bakar r.a adalah seorang pedagang yang selalu menjaga kehormatan diri. Ia seorang yang kaya, pengaruhnya besar serta memiliki akhlak yang mulia. Sebelum datangnya Islam, beliau adalah sahabat Rasulullah SAW yang memiliki karakter yang mirip dengan Rasulullah SAW. Belum pernah ada orang yang menyaksikan Abu Bakar r.a minum arak atau pun menyembah berhala. Dia tidak pernah berdusta. Begitu banyak kemiripan antara beliau dengan Rasulullah SAW sehingga tak hairan kemudian beliau menjadi khalifah pertama setelah Rasulullah SAW wafat. Rasulullah SAW selalu mengutamakan Abu Bakar r.a berbanding para sahabatnya yang lain sehingga nampak menonjol di tengah -tengah orang lain.
Rasulullah SAW bersabda : "Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan seluruh umat nescaya akan lebih berat keimanan Abu Bakar." (HR. Baihaqi)
Al Quran pun banyak mengisyaratkan sikap dan tindakannya seperti yang dikatakan dalam firman-Nya, surah Al Lail ayat 5-7, 17-21. Surah Fushilat ayat 30. At Taubah ayat 40. Dalam masa yang singkat sebagai Khalifah, Abu Bakar r.a telah banyak memperbaharui kehidupan kaum muslimin, memerangi nabi palsu, dan kaum muslimin yang enggan membayar zakat. Pada masa pemerintahannyalah penulisan Al Quran dalam lembaran-lembaran dimulai.
- Umar Ibnu Khattab r.a, ia berasal dari kabilah yang sama dengan Rasulullah SAW. Umar r.a masuk Islam setelah bertemu dengan adiknya Fatimah r.a dan suami adiknya Said bin Zaid r.a pada tahun keenam kenabian. Dan sebelum Umar r.a memeluk Islam, telah ada 39 orang lelaki dan 26 wanita yang memeluk Islam. Di sisi kaumnya Umar r.a dikenali sebagai seorang yang pandai berbincang, berdialog, memecahkan permasalahan serta berwatak kasar. Setelah Umar r.a masuk Islam, dakwah kemudian dilakukan secara terang-terangan. Begitupun di saat hijrah, Umar r.a adalah segelintir orang yang berhijrah dengan terang-terangan. Ia sengaja berangkat pada siang hari dan melewati rombongan Quraisy. Ketika melewati mereka, Umar r.a berkata, "Aku akan meninggalkan Mekah dan menuju Madinah. Siapa yang ingin menjadikan ibunya kehilangan puteranya atau ingin anaknya menjadi yatim, silakan menghalang aku di belakang lembah ini!" Mendengar perkataan Umar r.a tak seorang pun yang berani mencegah Umar r.a. Banyak pendapat Umar r.a yang dibenarkan oleh ALLAH SWT dengan menurunkan firman-Nya seperti saat peristiwa kematian Abdullah bin Ubay, ataupun saat penentuan perlakuan terhadap tawanan perang Badar, pendapat Umar dibenarkan ALLAH dengan turunnya ayat 67 surat Al Anfal.
Sebagai khalifah Islam yang kedua, Umar adalah seorang yang sangat menitikberatkan kesejahteraan rakyatnya, sampai setiap malam ia berkeliling kerana khuatir masih ada yang belum dipenuhi keperluannya.
- Utsman bin Affan r.a. Terdapat sebuah Hadith yang menggambarkan keperibadian Utsman r.a: "Orang yang paling berkasih sayang di antara ummatku adalah Abu Bakar, dan paling teguh dalam menjaga ajaran ALLAH adalah Umar, dan yang paling bersifat pemalu adalah Utsman." (HR Ahmad, Ibnu Majah, Al Hakim, At Tirmidzi).
Utsman r.a adalah seorang yang sangat dermawan. Dalam sebuah persiapan pasukan, pernah Utsman r.a yang membiayainya seorang diri. Setelah kaum muslimin berhijrah. Di saat menhadapi kesulitan air, Utsman telah yang membeli sumur dari seorang Yahudi untuk kepentingan kaum muslimin. Pada masa kepemimpinannya Utsman r.a merintis penulisan Al Quran dalam bentuk mushaf. Dari lembaran-lembaran yang mulai ditulis pada masa pemerintahan Khalifah Abu Bakar r.a.
- Ali bin Abi Talib r.a, merupakan sepupu Rasulullah SAW dan kanak-kanak pertama yang masuk Islam. Beliau yang menggantikan posisi Rasulullah SAW di tempat tidurnya saat Baginda berhijrah. Semasa berlakunya perang Badar, Ali r.a menumpaskan seorang jaguh Quraisy iaitu Walid ibni Utba. Beliau mengahwini Fatimah r.a, anak Rasulullah SAW. Ketika itu beliau berumur 25 tahun dan Fatimah berumur 18 tahun. Kerana kemiskinannya Ali r.a menjual baju besi perangnya untuk dijadikan mahar. Walaupun begitu para sahabat lain seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Utsman dan Saidina Abdurrahman bin Auf berbesar hati mengeluarkan perbelanjaan majlis perkahwinan kedua pengantin itu demi memuliakan Rasulullah SAW, kekasih yang amat mereka cintai.
- Talhah bin Ubaidillah r.a yang pada perang Uhud terkena lebih dari tujuh puluh tikaman atau panah serta jari tangannya putus. Namun Talhah r.a yang sangat berani dan kuat inilah yang menjadi perisai melindungi Rasulullah S.A.W di saat-saat genting, beliau memapah Rasulullah S.A.W yang tubuhnya telah berdarah menaiki bukit Uhud yang berada di hujung medan pertempuran saat kaum musyrikin pergi meninggalkan medan peperangan kerana menganggap bahawa Rasulullah SAW telah wafat. Saat itu Talhah r.a berkata kepada Rasulullah SAW, "Aku tebus engkau ya Rasulullah dengan ayah dan ibuku." Nabi SAW tersenyum seraya berkata, "Engkau adalah Talhah kebajikan." Sejak itu beliau mendapat julukan Burung Helang hari Uhud. Rasulullah SAW pernah berkata kepada para sahabatnya, "Orang ini termasuk yang gugur dan barang siapa yang senang melihat seorang yang syahid berjalan di muka bumi maka lihatlah Talhah."
- Azzubair bin Awwam r.a adalah sahabat karib Talhah r.a. Beliau memeluk Islam pada usia 15 tahun dan berhijrah pada usia 18 tahun. Dengan seksaan yang dia terima dari pakciknya sendiri. Kepahlawanan Azzubair ibnu Awwam r.a terlihat dalam perang Badar saat ia berhadapan dengan Ubaidah bin Said Ibnul Ash. Azzubair ibnu Awwam r.a berhasil menombak kedua matanya sehingga akhirnya ia tersungkur tak bergerak lagi, hal ini membuat pasukan Quraisy ketakutan.
Rasulullah sangat mencintai Azzubair ibnu Awwam r.a. Beliau pernah bersabda, "Setiap nabi memiliki pengikut pendamping yang setia (hawari), dan hawariku adalah Azzubair ibnu Awwam."
Azzubair ibnu Awwam r.a adalah suami Asma binti Abu Bakar r.a yang menghantarkan makanan pada Rasulullah SAW saat Baginda berhijrah bersama ayahnya. Pada masa pemerintahan Umar r.a, saat panglima perang menghadapi tentera Romawi di Mesir. Amr bin Ash r.a meminta bala bantuan pada Amirul Mukminin. Umar r.a mengirimkan 4000 tentera yang dipimpin oleh 4 orang panglima, dan ia menulis surat yang isinya, "Aku mengirim empat ribu tentera bantuan yang dipimpin oleh 4 orang sahabat terkemuka dan masing-masing bernilai 1000 orang. Tahukah anda siapa empat orang panglima itu? Mereka adalah Ubadah ibnu Assamit, Almiqdaad ibnu Aswad, Maslamah bin Mukhalid, dan Azzubair bin Awwam." Demikianlah dengan izin Allah, pasukan kaum muslimin berhasil meraih kemenangan.
- Abdurrahman bin Auf r.a, adalah seorang pedagang yang berjaya. Namun saat berhijrah dia meninggalkan semua harta yang telah dia usahakan sekian lama. Namun selepas berhijrah ke Madinah, beliau kembali menjadi seorang yang kaya raya. Dan saat beliau meninggal, wasiat beliau adalah agar setiap peserta perang Badar yang masih hidup mendapat 400 dinar. Sedangkan yang masih hidup saat itu hanya sekitar 100 orang, termasuk Ali r.a dan Utsman. r.a. Beliau pun berwasiat agar sebahagian hartanya diberikan kepada Ummahatul muslimin, sehingga Aisyah r.a berdoa: "Semoga Allah memberi minum kepadanya air dari mata air Salsabil di syurga."
- Saad bin Abi Waqqash r.a. Beliau adalah orang yang mula-mula melepaskan anak panah pertama dalam membela agama ALLAH dan juga orang yang mula-mula terkena anak panah. Seorang yang keislamannya sangat dikecam oleh ibunya, namun tetap tabah, dan kukuh pada keIslamannya. Saad bin Abi Waqqash r.a memeluk Islam sewaktu berusia l7 tahun, dan keislamannya termasuk yang terdahulu di antara para sahabat. Hal ini pernah diceritakannya sendiri, katanya:
"Pada suatu saat saya beroleh kesempatan termasuk 3 orang pertama yang masuk Islam."
Maksudnya bahawa beliau adalah salah seorang di antara tiga orang yang paling awal masuk Islam. Sesungguhnya Saad bin Abi Waqqash r.a adalah pakcik Nabi SAW juga. Kerana dia adalah dari Bani Zuhrah sedangkan Bani Zuhrah adalah keluarga Aminah binti Wahab, ibunda Rasulullah SAW.
- Said bin Zaid r.a, beliau adalah adik ipar Umar r.a. Adalah orang yang dididik oleh seorang ayah yang beroleh hidayah Islam tanpa melalui kitab atau nabi mereka seperti halnya Salman Al Farisi r.a, dan Abu Dzar Al Ghifari r.a. Banyak orang yang lemah berkumpul di rumah mereka untuk memperoleh ketenteraman dan keamanan, serta penghilang rasa lapar, kerana Said bin Zaid r.a adalah seorang sahabat yang sangat dermawan dan murah hati.
- Abu Ubaidah Ibnu Jarrah r.a, yang akhirnya terpaksa membunuh ayahnya saat perang Badar sehingga ALLAH menurunkan ayat Quran surah Al Mujadilah ayat 22. Begitupun dalam perang Uhud, Abu Ubaidahlah yang mencabut besi tajam yang terlekat pada kedua rahang Rasulullah SAW, dan dengan berbuat begitu beliau rela kehilangan giginya. Abu Ubaidah r.a mendapat gelaran dari Rasulullah SAW sebagai pemegang amanah umat, seperti dalam sabda Baginda: "Tiap-tiap umat ada orang pemegang amanah, dan pemegang amanah umat ini adalah Abu Ubaidah Ibnu Jarrah."
Begitulah serba sedikit kisah dan keperibadian 10 sahabat yang telah dijamin masuk syurga oleh ALLAH SWT dan Rasul-Nya SAW di atas sumbangan dan pengorbanan besar mereka terhadap Islam. Mudah-mudahan kita semua mendapat iktibar dan pedoman untuk mengikuti jejak langkah mereka semua. InsyaAllah. Aamin...
-Pensil Buruk
Sunday, March 17, 2013
50 Tanda-tanda Orang Munafiq Menurut Al-Qur’an & Sunnah
1.Malas Beribadah Kepada Allah s.w.t2.Lupa Kepada Allah s.w.t
3.Melalaikan Solat Fardhu
4.Mempercepatkan Mengerjakan Solat
5.Gemar Meninggalkan Solat Berjemaah
6.Meninggalkan Solat Jumaat
7.Melakukan Dosa Dan Kemungkaran Secara Sembunyi
8.Menyuruh Yang Mungkar Dan Melarang Yang Makruf
9.Menyembunyikan Ilmu Pengetahuan
10.Mengamalkan Riak
11.Hasad Dengki
12.Dusta
13.Mungkir Janji
14.Bakhil
15.Fitnah
16.Mencaci Maki
17.Mengumpat
18.Mengungkit Kembali Pemberian Kepada Seseorang dan Menyakiti Hatinya
19.Mengingkari Takdir Allah s.w.t
20.Mempersenda Kesucian Agama
21.Enggan Berjihad Di Jalan Allah s.w.t
22.Menghina Sahabat Rasulullah s.a.w
23.Menyembunyikan Persaksian Pada Jalan Yang Benar
24.Menangguh Pembayaran Hutang
25.Menipu Dalam JualBeli
26.Ghasab(Mengambil Tanah Orang Lain Tanpa Hak)
27.Bergaul Dengan Orang Yang Memperolok Al-Qur’an
28.Memakan Harta Anak Yatim
29.Membuka Rahsia Orang Lain
30.Berasa Aman Daripada Murka Allah s.w.t Apabila Melakukan Dosa
31Memanggil Orang Dengan Gelaran Buruk Yang Tidak Disukai
32.Menghalang Orang Daripada Mengamalkan Ajaran Islam
33.Suka Kepada Kesesatan Dan Menyesatkan Orang
34.Bermuka Dua
35.Menyanjung Dan Memuji Orang Tanpa Diketahui Keadaan Sebenarnya
36.Sombong Di Antara Sesama Manusia
37.Suka Membantah Dan Bertengkar Sesama Muslim
38.Melampaui Batas Yang Digariskan Oleh Allah s.w.t
39.Berputus Asa Dalam Menghadapi Cabaran Hidup
40.Membazir Dalam Memanfaatkan Nikmat Allah s.w.t
41.Keluh Kesah Apabila Ditimpa Musibah
42.Mengkhianati Sesuatu Amanah
43.Memutuskan Silaturrahim
44.Memecahbelahkan Perpaduan Kaum Muslimin
45.Menghalalkan Perkara Yang Haram
46.Membuat Kerosakan DiMuka Bumi
47.Menuduh Orang Beriman Bodoh
48.Mengubah Dan Menyalahgunakan Ayat-ayat Allah s.w.t
49.Bersumpah Dengan Selain Nama Allah s.w.t
50.Berasa Gembira Apabila Musibah Menimpa Orang Beriman
Jom Siksa Iblis!
Suatu ketika Rasulullah SAW bertemu dengan iblis. Kemudian Baginda mengajukan
beberapa pertanyaan tentang perkara-perkara apa saja yang dapat membuat makhluk
yang dilaknat itu tersiksa. Berikut di bawah amalan-amalan yang dapat membuat
iblis tersiksa tersebut :
1. Iblis Panas Dingin dan Gementar Semasa Seorang Hamba Melakukan Solat
Nabi Muhammad SAW bertanya, “Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang daripada umatku yang hendak solat?”
Iblis menjawab, “ Panas Dingin dan Gementar”. Kemudian Baginda Rasulullah menanyakan mengapa.
Iblis pun menjawab, “kerana setiap seorang hamba Bersujud Sekali kepada Allah, maka Allah Mengangkatnya Satu Darjat.”
2. Tubuh Iblis Terikat Tubuhnya Saat Seorang Hamba Melakukan Puasa
Baginda Rasulullah bertanya lagi, “Jika seorang umatku berpuasa?”
Iblis pun menjawab, “Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka.”
3. Iblis Seperti Orang Gila Saat Seorang Hamba Menunaikan Ibadah Haji
Kemudian Rasulullah bertanya lagi, “Jika seorang umatku menunaikan haji?”
Iblis menjawab, “Aku seperti orang gila.”
4. Iblis Merasa Meleleh Saat Seorang Hamba Membaca Al-Qur’an
Rasulullah bertanya lagi, “Bagaimana jika ia membaca Al-Qur’an?”
Iblis pun menjawab, “Aku merasa meleleh bagai timah di atas api.”
5. Tubuh Iblis Terbelah Saat Seorang Hamba Bersedekah
Rasulullah bertanya kepada iblis, “Jika ia bersedekah?”
Iblis jawab, “Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji.”. Lalu kemudian Rasulullah bertanya mengapa.
Iblis jawab, “kerana di dalam sedekah terdapat 4 keuntungan baginya. Yaitu keberkatan dalam hartanya, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka, segala macam musibah akan terhalau dari dirinya, dan hidupnya disukai”
6. Pinggang Iblis Patah Semasa Seorang Hamba Berperang di Jalan Allah
Rasulullah bertanya, “Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?”
Iblis menjawab, “Suara kuda perang di jalan Allah”
7. Hati Iblis Terbakar Ketika Seorang Hamba Beristighfar
Rasulullah bertanya, “Apa yang dapat membakar hatimu?”
Iblis menjawab, “Istighfar di waktu siang dan malam.”
8. Wajah Iblis Tercoreng Saat Seorang Hamba Bersedekah Diam-Diam
Rasulullah bertanya, “Apa yang dapat mencoreng wajahmu?”
Iblis menjawab, “Sedekah yang diam – diam.”
9. Mata Iblis Tertusuk Saat Hamba Melakukan Solat Fajar
Rasulullah bertanya, “Apa yang dapat menusuk matamu?”
Iblis menjawab, “Solat fajar.”
10. Kepala Iblis Terpukul Semasa Kaum Muslim Solat Berjemaah
Rasulullah bertanya, “Apa yang dapat memukul kepalamu?”
Iblis menjawab, “Solat berjemaah.”
11. Iblis Terganggu dengan Adanya Ulama
Rasulullah bertanya, “Apa yang paling mengganggumu?”
Iblis menjawab, “Majlis para ulama.”
Demikian lah amalan-amalan yang dapat menyiksa iblis. Apalagi, Jom belasah dia! Iblis akan katakan tak payah share! Tapi kalau mahu lawannya, tak susah kan?
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh
بِســـمِ اللهِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِÙŠْـــــم
APA YANG TERJADI PADA TUBUH KITA SETELAH DIKUBURKAN ??
بِســـمِ اللهِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِÙŠْـــــم
APA YANG TERJADI PADA TUBUH KITA SETELAH DIKUBURKAN ??
Sesungguhnya mayat di dalam kubur akan melalui beberapa fasa perubahan. Berikut
ini adalah fasa tersebut secara ringkas sejak malam pertama di alam kubur
sehingga 25 tahun berikutnya.
Malam Pertama
Setelah dikuburkan, pembusukan bermula pada daerah perut dan kemaluan. Subhanallah, perut dan kemaluan adalah dua hal terpenting yang anak cucu Adam saling bergulat dan menjaganya di dunia. Setelah itu, jasad akan mula berubah menjadi hijau kehitaman. Setelah berbagai solekan dan alat-alat kecantikan semasa hayat di dunia, setelah meninggal dunia manusia hanya akan memiliki satu warna sahaja.
Malam Kedua
Anggota-anggota tubuh yang lain seperti limpa, hati, paru-paru dan lambung akan mula membusuk.
Hari Ketiga
Anggota-anggota tubuh mula mengeluarkan bau yang busuk.
Setelah Seminggu
Wajah dan mata mula membengkak.
Setelah 10 hari
Tetap terjadi pembusukan pada pada anggota-anggota tubuh.
Setelah 2 Minggu
Rambut mulai gugur. Lalat hijau mulai mencium bau busuk dari jarak 5 km dan ulat-ulat pun mula menutupi seluruh tubuh.
Setelah 6 Bulan
Semua anggota telah tiada yang tinggal cuma tulang rangka sahaja.
Setelah 25 Tahun
Rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji, dan di dalam biji tersebut, anda akan menemukan satu tulang yang sangat kecil disebut ‘Ajbudz Dzanab’ (tulang ekor), dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh ALLAH SWT pada hari kiamat.
Sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH, inilah tubuh yang selama ini kita jaga.
Inilah tubuh yang kita berbuat maksiat kepada ALLAH dengannya.
Oleh kerana itu, janganlah biarkan umur dan jasad kita dalam keadaan sia-sia janji ALLAH adalah benar.
Ya ALLAH, Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agama-
MU. Ya ALLAH, jadikanlah kuburan kami sebagai satu taman dari taman-taman syurga dan jangan jadikan ianya sebagai satu lubang dari lubang-lubang api neraka.
Aaamiiin Ya Robbal Alamiiin.
Semoga bermanfaat bagi kita semua.
Oleh : Dr. Zuhair Rabih (Anggota Haiah I’jazul Ilmi, Makkah al-Mukarromah)
Sumber : Majalah Qiblati Edisi 06, Tahun V, 03-1431H/03-2010M, Hal. 46-47
Malam Pertama
Setelah dikuburkan, pembusukan bermula pada daerah perut dan kemaluan. Subhanallah, perut dan kemaluan adalah dua hal terpenting yang anak cucu Adam saling bergulat dan menjaganya di dunia. Setelah itu, jasad akan mula berubah menjadi hijau kehitaman. Setelah berbagai solekan dan alat-alat kecantikan semasa hayat di dunia, setelah meninggal dunia manusia hanya akan memiliki satu warna sahaja.
Malam Kedua
Anggota-anggota tubuh yang lain seperti limpa, hati, paru-paru dan lambung akan mula membusuk.
Hari Ketiga
Anggota-anggota tubuh mula mengeluarkan bau yang busuk.
Setelah Seminggu
Wajah dan mata mula membengkak.
Setelah 10 hari
Tetap terjadi pembusukan pada pada anggota-anggota tubuh.
Setelah 2 Minggu
Rambut mulai gugur. Lalat hijau mulai mencium bau busuk dari jarak 5 km dan ulat-ulat pun mula menutupi seluruh tubuh.
Setelah 6 Bulan
Semua anggota telah tiada yang tinggal cuma tulang rangka sahaja.
Setelah 25 Tahun
Rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji, dan di dalam biji tersebut, anda akan menemukan satu tulang yang sangat kecil disebut ‘Ajbudz Dzanab’ (tulang ekor), dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh ALLAH SWT pada hari kiamat.
Sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH, inilah tubuh yang selama ini kita jaga.
Inilah tubuh yang kita berbuat maksiat kepada ALLAH dengannya.
Oleh kerana itu, janganlah biarkan umur dan jasad kita dalam keadaan sia-sia janji ALLAH adalah benar.
Ya ALLAH, Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agama-
MU. Ya ALLAH, jadikanlah kuburan kami sebagai satu taman dari taman-taman syurga dan jangan jadikan ianya sebagai satu lubang dari lubang-lubang api neraka.
Aaamiiin Ya Robbal Alamiiin.
Semoga bermanfaat bagi kita semua.
Oleh : Dr. Zuhair Rabih (Anggota Haiah I’jazul Ilmi, Makkah al-Mukarromah)
Sumber : Majalah Qiblati Edisi 06, Tahun V, 03-1431H/03-2010M, Hal. 46-47
Sunday, January 6, 2013
PENTINGNYA SOLAT MALAM UTK MENJADI IBU BAPA YANG LEBIH SIHAT..
Petua Rasulullah s.a.w buat yang menghidap penyakit kronik..
Sekiranya sahabat mempunyai kenalan yang menghidap penyakit kronik (kanser, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dll) pujuklah dia/mereka untuk mengamalkan solat pada waktu malam (walaupun sekadar 1 rakat witir) kerana dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah saaw;
"Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan."
Menurut guru kami, Al Fadhil Ustaz Wan Nasir Wan Abdul Wahab, pembasmi segala penyakit dalam badan bukan sahaja merujuk kepada menyembuh penyakit tetapi turut bermaksud MENGHALAU penyakit tersebut dari menghinggapi badan si sakit semula.
Mesti cuba tau! Moga Allah menganugerahkan sifat istiqamah kepada kita semua.
~ Dipetik dari Ustaz Zahazan Mohamed
4 JENIS LELAKI YANG DITARIK OLEH PEREMPUAN KE NERAKA!!
Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak dan saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul…
1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat…tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
2. Suaminya
Apabila si suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiamkan diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya…..jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM …tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.
4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.
Firman Allah SWT:-
4 jenis lelaki ditarik perempuan ke neraka
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At Tahrim : 6)
Harga seorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslimin yakni yang mengucap kalimah tauhid dijamin masuk syurga dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita…wallahua’lam – Harakahdaily
SPRM: Melayari 'Facebook' Pada Waktu Pejabat Satu Bentuk Rasuah
Penjawat awam dan kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang
melayari media sosial atau melibatkan diri dalam hal-hal peribadi semasa
waktu bekerja boleh dikategorikan sebagai mempunyai rasuah komited,
berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Sebagai
contoh, jika seseorang menghabiskan tiga jam semasa beliau ditetapkan
waktu bekerja untuk tugas-tugas peribadi, ia boleh disifatkan satu
bentuk rasuah sebagai Kerajaan terpaksa membayar pekerja untuk
menggunakan sepenuhnya tempoh bekerja untuk menyelesaikan tugas-tugas
yang berkaitan dengan bidang tugas masing-masing, " kata SPRM Timbalan
Ketua Pesuruhjaya Datuk Sutinah Sutan.
Ini juga digunakan kepada mereka yang melayari Facebook atau lain-lain
bentuk media sosial, kerana tindakan sedemikian boleh dianggap sebagai
terpesong daripada spesifikasi kerja mereka, katanya selepas menyaksikan
majlis menandatangani ikrar integriti korporat oleh Kumpulan Melaka
Berhad (KMB) di sebuah hotel di sini semalam.
KMB adalah agensi
kerajaan negeri yang pertama untuk menandatangani ikrar yang bertujuan
mewujudkan persekitaran perniagaan yang bebas daripada rasuah dan
menegakkan prinsip anti-rasuah.
Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam adalah tetamu kehormat pada majlis itu.
Sutinah berkata perbuatan terlibat dalam tugas-tugas peribadi semasa
waktu bekerja boleh dianggap sebagai melanggar kontrak pekerjaan dan
pesalah boleh menghadapi tindakan disiplin oleh lembaga tatatertib.
Beliau berkata bahawa walaupun kesalahan itu tidak dilindungi di bawah
Akta SPRM, suruhanjaya itu boleh menasihati lembaga tatatertib pada
jenis tindakan dikenakan terhadap kakitangan ingkar.
Sementara
itu, Sutinah mengesahkan bahawa suruhanjaya itu telah mula menyaring
calon-calon pilihan raya umum berikutan permintaan dari kedua-dua
Barisan Nasional dan Pembangkang.
Sementara itu, Presiden
Cuepacs Datuk Omar Osman menggesa kakitangan awam memberi keutamaan
kepada tugas mereka semasa waktu bekerja.
"Walaupun media
sosial adalah cara yang baik untuk menggalakkan orang ramai untuk
menjadi lebih celik teknologi mengenai hal ehwal semasa, penjawat awam
perlu mendedikasikan waktu kerja kepada jabatan dan kementerian
masing-masing, atau agensi," katanya.
Beliau juga mencadangkan
memberi satu mekanisme yang sesuai untuk menentukan apa jenis laman web
yang tidak boleh dilayari oleh penjawat awam semasa waktu bekerja, yang
dianggap terpesong daripada spesifikasi kerja mereka.
"Perlu
ada garis panduan yang jelas, bukan hanya untuk pekerja untuk memahami
apakah tindakan yang boleh dikenakan, tetapi juga untuk jawatankuasa
tatatertib untuk menentukan apa yang ada dalam skop kerja dan apa yang
tidak," katanya.
Sumber: http://mstar.com.my/
Friday, November 2, 2012
HANYA SECEBIS DUGAAN DARI ALLAH
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).(2:214)
Kehidupan tidak pernah lekang dengan perkataan “dugaan”.Apabila datang dugaan dalam kehidupan,manusia sering kali mengeluh,tertekan dan sehingga sampai satu tahap hilang kawalan diri. Ketahuilah kalian bahawa seandainya dugaan itu kita terima dengan hati yang redha terlalu banyak hikmah dan manfaatnya disebalik dugaan yang menimpa diri. Seringkali diri ini juga lupa akan hakikat dan hikmah dugaaan itu sendiri.
Firman ALLAH SWT dalam kitab hikmahNya:
“ Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.”(2:286)
Jadi, sangat jelaslah disini bahawa ALLAH SWT tidak pernah menimpakan suatu ujian,dugaan mahupun cabaran diluar batas kemampuan hamba ciptaanNYA. Siapa kita utk mengatakan ujian,dugaan dan cabaran itu diluar kemampuan kita kerana sesungguhnya yang menciptakan kita itu bukannya diri kita sendiri akan tetapi Tuhan sekalian alam iaitu ALLAH SWT. Sungguh DIA lebih mengenali diri kita daripada diri kita sendiri.
Jadi, tanamkanlah dalam diri mulai saat ini bahawa ujian ALLAH itu tanda kasih dan sayang dari ALLAH kerana itu bermakna ALLAH ambil tahu dan peduli dengan diri kita. ALLAH menguji kita sebenarnya adalah utk mengukur sejauh mana tahap iman kita sebenarnya. Hadapilah ujian dan dugaan dari ALLAH dengan keimanan,ketakwaan dan kesabaran. Moga-moga kita sentiasa berada dibawah payung rahmat,redha dan kasih sayangNYA.
“ Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.”(2:286)
Jadi, sangat jelaslah disini bahawa ALLAH SWT tidak pernah menimpakan suatu ujian,dugaan mahupun cabaran diluar batas kemampuan hamba ciptaanNYA. Siapa kita utk mengatakan ujian,dugaan dan cabaran itu diluar kemampuan kita kerana sesungguhnya yang menciptakan kita itu bukannya diri kita sendiri akan tetapi Tuhan sekalian alam iaitu ALLAH SWT. Sungguh DIA lebih mengenali diri kita daripada diri kita sendiri.
Jadi, tanamkanlah dalam diri mulai saat ini bahawa ujian ALLAH itu tanda kasih dan sayang dari ALLAH kerana itu bermakna ALLAH ambil tahu dan peduli dengan diri kita. ALLAH menguji kita sebenarnya adalah utk mengukur sejauh mana tahap iman kita sebenarnya. Hadapilah ujian dan dugaan dari ALLAH dengan keimanan,ketakwaan dan kesabaran. Moga-moga kita sentiasa berada dibawah payung rahmat,redha dan kasih sayangNYA.
(DDr.MH)
Wednesday, October 24, 2012
KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS
"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim... bismilla hirrahmannirrahim"
Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad.
Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan
ahad.) sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.
Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah
berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.
Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w:
"Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya
ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak
Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.
Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.
Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.
Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
Subscribe to:
Posts (Atom)