Sunday, July 17, 2011

Memaafkan untuk SYURGA...

Hati yang memaafkan akan sentiasa mekar...

Setiap hari di bumi Allah, kita berhubungan dengan makhluk lain ciptaan Allah terutamanya sesama manusia.

Jika kita seorang ibu yang bekerjaya, selalunya kita akan berhadapan dengan suami, anak-anak, rakan sekerja dan ramai lagi.

Pastinya dalam hubungan itu, kadangkala hati kita disakiti atau muncul perasaan benci kerana berlaku salah faham.

Kadangkala amat sukar untuk kita memaafkan. Apatah lagi melupakan sesuatu yang menyakitkan hati dan perasaan.

Kita selalu memberi alasan bahawa iman kita bukanlah sehebat iman seorang Nabi.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW duduk bersama sahabat di dalam masjid lalu baginda bersabda dengan ertinya: “Sekarang ini seorang lelaki penghuni syurga akan muncul dari sebelah pintu itu.”

Maka muncullah seorang lelaki yang baru sahaja selesai mengambil wuduk.

Janggutnya masih basah dan menitiskan air sisa wuduk. Kemudian dia solat sunat dua rakaat dan setelah itu dia duduk.

Pada hari kedua Rasulullah SAW berkata lagi dengan ucapan yang serupa dan begitulah juga pada hari ketiga.

Ibnu Umar RA mengekori lelaki tersebut dan memohon agar dapat tidur di rumahnya. Dia amat hairan kerana lelaki tersebut biasa-biasa sahaja. Seperti orang lain juga yang mendirikan solat, berpuasa, berzikir dan lain-lain.

Tautan ukhuwah hingga syurga.. InsyaAllah

Lalu Ibnu Umar RA bertanya kepadanya, “Wahai saudara! Demi Allah sebenarnya aku ingin mengetahui cara amalanmu kerana aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda sebanyak tiga kali bahawa kamu termasuk salah seorang penghuni syurga. Amalan apakah yang kamu lakukan sehingga kamu boleh meraih penghargaan yang hebat daripada Rasulullah SAW? Setiap malam aku memerhatikan amalanmu, tetapi solat sunatmu tidaklah terlalu banyak, dan begitu juga dengan amalan lain yang tiada beza dengan kebanyakan orang.”

Lelaki itu menjawab, “Demi Allah, tiada tuhan selain Dia! Sebenarnya amalanku biasa-biasa sahaja. Tiada perkara yang perlu dilebihkan dari kebanyakan orang. Namun apa yang terpenting, iaitu ketika aku ingin tidur pada waktu malam, aku tidak pernah menyimpan rasa dendam, tipu daya, hasad dengki dan iri hati kepada mana-mana orang Muslim. Hanya itulah yang aku lakukan sepanjang hidupku.”

Maha Suci Allah, sungguh hebat darjat seorang Muslim yang suci hatinya dari perasaan dendam, hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia.

Mereka tenang di dunia dan juga bahagia di akhirat.

-Hasil rumusan pembacaan artikel & buku motivasi.., ikhlas berkongsi

Wednesday, July 13, 2011

Al-Quran



“Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu iaitu al kitab Quran) dan dirikanlah solat.”
- surah Al-Ankabut, 45.

‘Sesungguhnya Quran ini memberi petunjuk kepada jalan yang lebih lurus (aqwam) dan member khabar gembira kepada orang-orang mukmin yang mengerjakan amal salih bahawa bagi mereka ada pahala yag besar.”
-Surah al-Israk, 9

Quran adalah peta

“Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambanya al-kitab (Quran) dan Dia tidak mengadakan sesuatu yang bengkok di dalamnya.”
-Surah an-Nisak, 82

Fisiologi Quran

“(Quran) merupakan penawar (syifa) dan rahmat bagi mereka yang beriman.” -Surah al-Israk, 82.

Abdullah bi Masud berkata, “sesiapa yang mengkehendaki ilmu pengetahuan maka hendaklah dia membaca Quran. Di dalamnya terdapat ilmu orang-orang terdahulu dan yang kemudian.

Sahabat Abu Hurairah pula berkata,
“Sesungguhnya akan lapanglah penghuni rumah yang dibaca di dalamnya Quran, dan akan banyaklah kebajikan di dalam rumah itu dan akan datanglah para malaikat ke rumah itu dan akan keluarlah syaitan daripadanya. Sebaliknya, rumah yang tidak dibaca di dalamnya Quran akan mendatangkan kesempitan kepada penghuni-penghuninya, di samping itu, kebajikan akan berkurangan, para malaikat akan keluar dan syaitan akan memasuki rumah itu.”



Sunday, July 10, 2011

Kebersihan @ Kekotoran

Salam bicara kanda buat sahabat2 sekalian..
Itu tak betul! Ini tak betul...!”
”Sepatutnya macamni.. bukan macam tu!”
Pergilah kemana-mana sahaja kedai kopi..
Itulah antara ayat2 azimat yg akan kita dengar..
Bak kata Sang Puteri Buluh Betong dlm cerita Arwah Tan Sri P.Ramlee..
”Jika buat baik, jadinya baik... jika buruk, maka jadinya buruk..”

Di olah dalam fenomena kedai kopi hari ini begitulah...
Jika ke kedai kopi biru, perbualannya biru..
Jika ke kedai kopi hijau, perbualannya juga hijau!

Perasan @ tidak dalam pada kita menyebut tingkah laku tidak elok orang2 yang berada di sekeliling kita...sebenarnya kita juga berada dalam kalangan yang sama..
Kenyataan ini bolehlah dilandaskan kepada pengalaman dan pemerhatian sendiri sebagai seorang ahli sosiologi yang telah hampir setahun ditauliahkan...

Sedar atau tidak sudah menjadi trend kita semua untuk menjadi pengkritik yang hebat setelah meninggalkan sesuatu organisasi..
Perkara ini jelas dapat dilihat pada pimpinan negara, negeri, daerah, kampung dan mungkin juga rumah tangga..
Persoalannya, mengapa pada ketika kita sudah hampir dilupakan oleh organisasi, baru itulah kita lantang menyuarakan itu dan ini berkenaan sesuatu isu?
Mengapa tidak ketika kita masih bergelar sebahagian daripada warga organisasi berkenaan?
Mungkin ini salah satu daripada strategi POPULARIS agar diri yang semakin gersang tidak terus dilupakan...

Seterusnya, perasan atau tidak ramai dalam kalangan kita pada hari ini berlumba2 untuk menjadi ulama, mufti mahupun ustaz ustazah dalam membicarakan soal agama dan masalah umat..
Tetapi yang disandarkan hanyalah tidak ubah seperti cicak man yang dengan sekelip mata menyarungkan topeng masing2...
Secara prinsipnya, kanda sendiri pun keliru dan boleh dikatakan dalam situasi
’bengong’ dengan situasi ini kerana sudah ramai yang mengikut trend ini sebagai pegangan hidup..
keliru pada siapa yang patut kita hormat & ikut..
jadikan contoh tauladan..
jadikan panduan..

Itulah jadi apabila terlalu megah bercakap tentang ideologi
beretorik sana sini seolah diri pejuang & pemimpin sejati
tapi realiti tak seindah imaginasi
tak dinamakan ketua sejati
kalau tanggungjawab masih tak tahu nak dierti
ke sana ke mari cari publisiti
berhujah umpama ulama sejati
tapi Realiti?
yang tinggal juga susah hati!

Ada benarnya ayat2 cinta ini... kita boleh jadi hang jebat, hang lekir, hang lekiu, hang nadim...dan segala hang yang lain apabila berbicara.. tapi perlaksanaannya? Hanya yang benar2 memerhati akan tahu..

tujuan kanda membawa isu2 seperti ini bukanlah bertujuan memberi keaiban kepada mana-mana pihak, cuma mungkin sedikit sebanyak dapat membuka minda dan hati kita semua dalam menilai siapa yang patut dikagumi dan dihormati..

tak lupa juga soal kepentingan diri..
perasan @ tidak... dalam kalangan ’kita’ pada hari ini membuat keputusan atas dasar kepentingan diri sendiri..
apa yang baik untuk diri dan kroni.. itulah yang diagung-agungkan..
kanda tak hairan ’orang atas’ kita
tapi nilailah diri kita pada hari ini dalam berorganisasi
kesannya? Akan dapat dilihat setelah pendirian, keadaan dan situasi serta rutin hidup kita berubah..
segalanya akan turut berubah dan tak dizahirkan sebagaimana yang dilaungkan sebelum ini..


PenegasaN!

MENYOKONG PENUH SEKIRANYA PERHIMPUNAN halal/haram DIADAKAN ATAS DASAR PERJUANGAN UNTUK AGAMA, BANGSA & NEGARA.. tapi, PERSOALANNYA, MUNGKIN jika dibuat penyelidikan kepada ahli yang berhimpun, lebih ramai yang hanya tahu menjerit dan ’melalak’ dengan perkataan yang mereka sendiri pn tidak tahu maksudnya!

Wednesday, July 6, 2011

Emansipasi sanubari..


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wht..

Alhamdulillah, kita mampu bertemu kembali menerusi taipan karya yg tidak seadanya di kandahasra.blogspot.com.

Kali ini, terdetik dalam hati utk melantunkan jari jemari pd susunan keyboard lattop setelah tersenyum sendiri mengunjungi beberapa blog & fb teman2 seangkatan lg seperjuangan..
ditambah dengan monolog yg tidak berpenghujung..


Akhirnya, muncul kembali idea terpendam sekian lamanya & lebih selesa diluah menerusi taipan alam maya yg lebih memahami berbanding tafsiran dunia realiti...

Perhubungan.. sesama insan!

Kepada yg masih mencari definisi, perkongsian ini ikhlas dari hati sanubari..
bersama jiwa yg sentiasa halus lg berseni..

Suka kanda analogikan.

Sesebuah perhubungan..,
Umpama sekawanan sang semut.. interaksinya tanpa bicara sang suara,
sedang hatinya meronta2.. jiwanya saling bergelora..
menjerit untuk didengar nuraninya.
Namun apakan daya.. hanya itu takdir yg telah ditetapkan utknya..
lambang keagungan Maha Pencipta.

Kita tidak perlukan suatu tempoh 'matang' untuk mendalami seseorang..

Adakalanya, cukup sekadar dengan kata2 ringkas dan beberapa potong ayat yg dapat menyentuh hati..
Yg pasti membuatkannya terleka dalam kelantangan bermadah..

Namun, tak semua drp kita yg mampu utk 'melihat hati' apatah lagi menyentuhnya..
Kadang2, insan yg telah kita kenali bertahun lamanya pun, masih belum mampu memberikan jawapan & makna kpd sebuah perhubungan..

Untuk mengenali & mendapatkan sentuhan hati,
kita tidak perlu untuk 'mengulit'..
sehingga kekadang terlupa bahawa kita akan 'terluka' dlm keasyikan tangan yg membelai..
Cukuplah sekadar kita memerhati 'nya' dari jauh..
menilai seadilnya..
& memutuskan suatu keputusan yg amat tepat!

& juga mungkin, ada 'seseorang' yg baru kita kenali semalam,
telah membuatkan hati kita tersentuh & dengan sewajarnya kita mengatakan bahawa..

Ya! Itulah 'SESEORANG' yg kita cari selama ini!

Wednesday, June 29, 2011

7 Cara Memotivasikan Diri Di Pagi Hari

Perkara terbaik yang kita patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup cas bateri saja! ^_^
Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan (mcm selalu dipesan!)
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan.

~Perkongsian ini dipetik drpd beberapa buah buku motivasi & ceramah motivator2 Malaysia~

Friday, June 24, 2011

Dengan mengingati ALLAH, hati akan menjadi tenang...


Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang.
Ada orang berkata, “ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?”

Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan “membaca” kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli). Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan.

Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli. Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af’al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.

  • Dimensi kata, rasa dan tindak

Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi “hadiah” kepadanya.

Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai…”

-At Tahrim 8


Firman Allah lagi:
“… Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri”

-al baqarah 222

Sifat ini berbeza sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan – forgive yes, forget not! Hendak memberi hadiah kepada orang yang bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kina? Ah, jauh panggang daripada api! Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan sukar memaafkan.

Tidak seperti Allah yang begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qalbi namanya.

Tidak cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga. Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan Allah. Ertinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Yang halal, wajib, harus dan sunat dibuat. Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi. Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah – zikir fikli!

Sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dapat dilakukan, maka kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara:

  • Rasa kehambaan.
  • Rasa bertuhan.
  • Memahami maksud takdir.
  • Mendapat hikmah di sebalik ujian.

Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti. Untuk menjaga kebersihan hati maka kita juga perlu untuk menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

  • Rasa kehambaan.

Rasa kehambaan ialah rasa yang perlu ada di dalam hati seorang hamba Allah terhadap Tuhan-Nya. Antara rasa itu ialah rasa miskin, jahil, lemah, bersalah, hina dan lain-lain lagi. Bila diuji dengan kesakitan, kemiskinan, cercaan misalnya, seorang yang memiliki rasa kehambaan nampak segala-galanya itu datang daripada Allah.

Firman Allah:
“Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman.” At Taubah: 51

Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Bukankah dia seorang hamba? Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku yang diuji? Kenapa aku, bukan orang lain? Ini samalah dengan mempersoalkan Allah yang mendatangkan ujian itu. Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Jika kita “memberontak” hati akan bertambah kacau.

Imam Ghazali rhm pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah “memberontak” kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya.

Misalnya, dia tidak lalu mahu makan-minum secara teratur, tidak mandi, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan misai dan janggut dan lain-lain yang menjadi selalunya menjadi rutin hidupnya. Ungkapan mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang adalah satu “demonstrasi” seorang yang sudah tercabut rasa kehambaannya apabila diuji.

Bila ditimpa ujian kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja’ –

"innalillah wa inna ilaihi rajiun"

Firman Allah:
“…Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali.” Al baqarah 156

Mengapa kita diperintahkan mengucapkan istirja’? Kalimah ini sebenarnya mengingatkan kita agar kembali merasakan rasa kehambaan. Bahawa kita adalah hamba milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini.

  • Rasa bertuhan.

Rasa kehambaan yang serba lemah, miskin, kurang dan jahil itu mesti diimbangi oleh rasa bertuhan. Bila kita rasa lemah timbul pergantungan kepada yang Maha kuat. Bila kita rasa kurang timbul pengharapan kepada yang Maha sempurna. Bila miskin, timbul rasa hendak meminta kepada yang Maha kaya. Rasa pengharapan, pengaduan dan permintaan hasil menghayati sifat-sifat Allah yang Maha sempurna itulah yang dikatakan rasa bertuhan.

Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina, lemah sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan rasa berani, mulia dan kuat. Seorang hamba yang paling kuat di kalangan manusia ialah dia yang merasa lemah di sisi Allah. Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya. Inilah rasa yang dialami oleh Rasulullah SAW yang menenteramkan kebimbangan Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di gua Thaur dengan katanya, “la tahzan innallaha maana – jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita!”

Rasa bertuhan inilah yang menyebabkan para nabi dan Rasul, mujaddid dan mujtahid, para mujahid dan murabbi sanggup berdepan kekuatan majoriti masyarakat yang menentang mereka mahupun kezaliman pemerintah yang mempunyai kuasa. Tidak ada istilah kecewa dan putus asa dalam kamus hidup mereka. Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah.

Firman Allah:
“Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat.” Al Baqarah.

Dalam apa jua keadaan, positif mahupun negatif, miskin ataupun kaya, berkuasa ataupun rakyat biasa, tidak dikenali ataupun popular, hati mereka tetap tenang.

Firman Allah:
“Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.” -Al Fathu 4.

Bila hati tenang berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:
Maksudnya: Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan.” – Al Hadis.

  • Memahami maksud takdir Allah.

Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu.

Ungkapan yang terkenal: We can’t direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.

Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita hati. Hati yang bersifat bolak-balik (terutamanya bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah – yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik.

Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baik kepada Allah berdasarkan firman-Nya:
“Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya”
Surah Al Baqarah : 216


Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya, “barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang.”

Siapa tidak inginkan kekayaan, malah kita dituntut mencari harta. Namun jika setelah berusaha sedaya upaya, masih miskin juga, bersangka baiklah dengan Tuhan… mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala sabar. Begitu juga kalau kita ditakdirkan kita tidak berilmu, maka berusahalah untuk belajar, kerana itulah maksud Allah mentakdirkan begitu.

Kalau kita berkuasa, Allah inginkan kita melaksanakan keadilan. Sebaliknya, kalau kita diperintah (oleh pemimpin yang baik), itulah jalan untuk kita memberi ketaatan. Rupanya cantik kita gunakan ke arah kebaikan. Hodoh? kita terselamat daripada fitnah dan godaan. Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu.

Jadi, kita tidak akan merungut, stres dan tertekan dengan ujian hidup.

Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini:
“Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.”

Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih “kerja Tuhan” yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari semasa ke semasa.

Kata bijak pandai: “It’s not what happens to you, but it’s what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!”

  • Mendapat hikmah bila diuji.

Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh “mehnah” – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya.

Rasulullah s.a.w. bersabda, “perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!”
Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian. Ringkas¬nya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji.


Firman Allah: Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan kegoncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?”
(Surah al-Baqarah: 214)


Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan ber¬dosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu peng¬ampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.


Justeru, telah sering para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang hikmah ujian dengan berkata: “Allah melapangkan bagi mu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.
Apabila keempat-empat perkara ini dapat kita miliki maka hati akan sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.

moga setiap slot & program yg kanda & fasilitator team kendalikan, mampu mengajak rakan2 ke arah mengingati Allah swt.. insyaAllah.

Kesimpulannya...

Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak zikrullah. Itulah satu-satunya jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air.

TANPA ZIKIR, hati akan mati. Tidak salah memburu kekayaan, ilmu, nama yang baik, pangkat yang tinggi tetapi zikrullah mestilah menjadi teras dan asasnya.
Insya-Allah, dengan zikrullah hati kita akan lapang sekalipun duduk di dalam pondok yang sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yang luas. Inilah bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah – sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita. Dengan itu semua orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya. Rupa-rupanya yang di cari terlalu dekat… hanya berada di dalam hati sendiri!

~moga bermanfaat perkongsian ini.. kanda rumus hasil dr pembacaan beberapa buah buku~


Wednesday, June 22, 2011

Hayati kenangan kala kejauhan...

Alhamdulillah... Lafaz keramat yang perlu diukir sekiranya hadir rasa syukur kepada Pencipta. Bermula dengan hampir 2 bulan tertangguh,
akhirnya terlaksana juga Kem Jati Diri Pelajar Asrama SMK Alor Akar Kuantan.
Bemula dr 17 hinggalah 19 Jun 2011, kami semua berkampung di Alor Akar Resort...
(bak
kata ibu syireen).. ^_^

Kanda dgn smkaa khususnya asrama, bukanlah org lain.. kerana kanda juga merupakan 'produk' keluaran aspura pd 2006. Hingga ke hari ini, perasaan syg & kasih kpd asrama masih tidak berpenghujung.. kerana itu, kanda & team fasilitator mencuba segala yg tbaik pd kem kali ini utk adik2 peserta. semoga sedikit sebanyak ia mampu menambahbaik 'suasana' positif asrama.

Tahniah & syabas diucapkan kepada semua yg terlibat atas komitmen yg amat bermakna.



Beradanya kanda di sekolah ini selama 3 hari, bererti kanda telah dibawa pulang ke suatu daerah paling memberi kesan kepada jiwa kecil yg merasa.

Hanya empunya cerita dapat melakar kisah & peristiwa..

5 tahun berlalu, kisah suka & duka tidak pernah terpadam dr kelopak mata yg telah merakam setiap detik & sudut. Umpama yg pernah kanda lafazkan, memori silam yg dibayangi dgn kasih sayang amat sukar utk luput dr lensa yg telah merealitikan cereka.

Setiap sudut bangunan sekolah & asrama yg dilalui dengan diiringi detik masa yg pasti tidak akn kembali untuk selama-lamanya...

~kumpulan terbaik kem..~

Kanda merasakn kem ini ada kesannya yg amat positif, bukan hanya kepada fasilitator team yg hebat.. tetapi juga kpd dinda2 peserta kini & selamanya... kerana.... (suspen sikit...!)..

Pd malam itu.. (mlm kedua kem, antara jam 12-2pg) kanda, zhafran, zulhilmi & abg fuad telah menjalankan sesi family therapy (sociologycal terms) .. setelah segalanya terluah, resolusi yg telah sama2 kami capai ialah utk menubuhkan 'alumni asrama smkaa'... cerita lanjut bkenaan alumni ini dlm edisi akan dtg! ^_^ sabar...

detik2 terindah sepanjang program

zhafran & arie.. 2 jasad yg bersatu dlm 1 jiwa

2 wajah inilah (zhaf & arie) yg telah bertanggungjawab sepenuhnya mengulit lembaran sejarah diri kanda..melihatkan tingkahlaku mereka dr jauh.. sudah mampu utk membuatkn kanda tersenyum sendiri kala hati dirundum sepi.. nk tahu knp?
hanya empunya kisah miliki segala rahsia...

Kpd adik2 kanda yg telah ditinggalkan 5 tahun yg lalu.. ketika mereka masih di tingkatan 1, & kini mereka sudah mengambil alih tempat
kanda di pra-u (form6)..
Arif, Zulhilmi & uda... kanda bangga dgn kalian!

~arif & uda~ wajah x jauh bezanya dr 5 tahun lalu.. ^_^

Yg berlalu biarlah ia berlalu.. maafkan salah & silap 'abg hasra' kiranya tak mampu menyentuh hati kecil suci kalian bertiga 5 tahun lalu... kesilapan, akan terus dijadikan pedoman masa kini..
Benarlah kata pujangga, memilih 'teman' umpama mencari permata dlm kilauan kaca..kesilapan melangkah menyebabkan kita terluka dlm keasyikan membelai..

Sesungguhnya...
Memori bersama suatu ketika dahulu,
pasti & pasti tidak akan pernah sepi walau untuk ia kembali hanyalah
umpama mimpi dalam igauan yg tidak bertepi..

T,kasih kpd wajah-wajah 5 tahun lalu yg pernah bersemi & mewarnai hidup kanda dalam institusi perhubungan sejati... kanda syg kalian semua

Biarlah ia terus menjadi rahsia!

Thursday, June 16, 2011

Tip Pilihan: Risau Membawa Stress

cuba bilang brp giginya... ^_^

Pernah tak anda merasa stress atau tension? Punca utama stress datangnya daripada kita "risau" sesuatu. Bila kita selalu risau, itu yang menyebabkan stress. Dan stress pula banyak mengakibatkan penyakit :(

Ada research mengenai "risau" mengatakan:

  • 40% orang risau pada sesuatu, tetapi sesuatu yang dirisaukan itu tidak terjadi pun
  • 30% orang risau pada perkara-perkara yang sudah lepas dan tidak boleh diubahkan pun
  • 12% orang risau tentang kesihatan
  • 10% orang risau tentang perkara-perkara yang amat kecil
  • 4% pula risau tentang perkara yang akan datang dan tidak boleh kita ubah pun
  • Manakala 4% lagi adalah risau yang boleh kita lakukan sesuatu!

Jadi, next time anda risau dan terasa stress, lihat kembali statistik ini. Risau anda dalam % yang mana? Mudah-mudahan ianya akan mengurangkan stress anda!

Bila kita gembira dan senang hati selalu, lebih mudah untuk kita mencapai apa sahaja cita-cita kita.

Senyum selalu! :)

-sumber

Thursday, June 9, 2011

Tidurlah dalam senyuman ^_^

pic ni diambil dr perkarangan rumah sy waktu malam...
maklumlah, artikel pun berkaitan dgn tidur kan! ^_^
~temerloh~

SETIAP orang berhak untuk bahagia! Ya.. itu ayat pertama saya. Jadi,
ingin tahu bagaimana menjadikan hidup anda lebih ceria? Ikuti beberapa tip di bawah.
Mungkin ia dapat membantu kita menjalani kehidupan dengan
Align Centrelebih baik... InsyaAllah..



1. Buka hari anda dengan sebuah senyuman!
Senyumlah, anda akan berasa lebih segar. Sebaik anda buka mata, senyumlah pada yang tersayang. Mungkin dia juga menunggu untuk senyum kepada anda. Atau, bukalah tingkap dan pandanglah pada mentari yang sedang menanti anda.
Ukirlah senyuman manis di bibir anda apabila melihat sinarannya.
Pastikan hari anda lebih indah daripada sebelumnya.
Anda berkuasa sepenuhnya bagaimana untuk mencorakkan hari anda.
Jadi, pilihlah untuk mulakan hari anda dengan sedikit gerakan pada bahagian bibir. Biasanya, sesuatu yang bermula dengan baik akan berakhir dengan lebih baik!

2. Hadapi semua masalah dengan hati terbuka.
Kemudian, barulah bertindak. Mungkin hari ini anda sedang menghadapi detik-detik sukar dalam hidup anda. Sekalipun kita tidak mampu mengelak daripada masalah tersebut, kita mesti berjaya berdepan dengannya. Yakinilah, jika anda telah berusaha keras untuk menanganinya, hasilnya juga pasti berbaloi. Anda hanya perlu bersabar sahaja menunggu ganjaran itu datang kepada anda. Ia tetap datang. Cepat atau lambat sahaja.
Hidup ini memang begitu! Dan sebenarnya, kehidupan kita pada hari ini hasil daripada apa yang telah kita lakukan pada hari sebelumnya.

3. Hulurlah tangan kepada sesiapa yang memerlukan.
Meringankan penderitaan seseorang akan dapat meringankan hati anda. Andainya anda terlihat seekor rama-rama terkapai-kapai di permukaan air dengan badannya yang terbalik ke atas, ambillah sedikit masa untuk menyelamatkannya. Jika tergerak naluri anda untuk menyelamatkan seekor rama-rama yang hampir kelemasan, tentulah anda tidak sampai hati membiarkan seorang manusia seperti anda menanggung kesusahannya seorang diri.
Paling tidak, berilah sokongan kepadanya sekalipun anda tidak mampu menghulurkan bantuan yang lebih dari itu. Hari ini seseorang memerlukan anda, tapi pada hari esok anda pasti memerlukan seseorang. Oleh itu, patuhilah fitrah alam bahawa kita saling memerlukan.

4. Belajarlah untuk berkata benar.
Kebenaran itu indah. Tapi harus berpada-pada. Pastikan kebenaran itu tidak melukai sesiapa. Mungkin kebenaran itu bermakna bagi satu pihak, tapi menyakitkan bagi satu pihak yang lain. Letakkan diri anda di tempat pihak tersebut dan cubalah fahami situasinya jika berdepan dengan kebenaran yang bakal anda bentangkan. Tidak salah berkata benar, malah memang anda dituntut untuk berbuat demikian.
Tapi, nyatakannya dengan berhemah agar tidak melukai hati sesiapa.

5. Cuba hadkan keinginan harian anda.
Keinginan yang terlampau banyak dan tinggi hanya akan menambahkan tekanan dan kerisauan. Janganlah dalam sehari itu anda mengerah segala tumpuan dan usaha untuk memiliki rumah besar, kereta mewah dan wang berjuta.
Semua ini boleh menyebabkan anda tidak senang duduk.
Jangan sesekali membebankan hidup dengan memikirkan bagaimana caranya untuk mendapatkan semua itu serentak, pada hari itu juga. Penuhi keperluan asas anda dan keluarga terlebih dahulu. Kemudian, barulah fokus kepada kehendak tersebut satu per satu.

6. Hargai dan fahamilah bahawa Tuhan merupakan pemilik yang agung.
Anda perlu menerima hakikat bahawa apa yang menjadi milik anda pada hari ini hanyalah milikan sementara. Tiada yang kekal. Hari ini anda disayangi keluarga, rakan-rakan, teman sepejabat, tidak mustahil suatu hari nanti situasi akan berubah.
Mungkin hari ini anda mempunyai kereta yang cantik atau rumah yang besar tapi belum tentu anda akan memiliki benda yang sama pada hari esok.
Anggap saja ia sebagai amanat yang dipertanggungjawabkan oleh Tuhan kepada anda. Dan suatu hari nanti, anda akan memulangkannya kepada yang hak iaitu Tuhan.
Hargai dan syukuri apa yang ada dalam genggaman anda hari ini dan biarkan ia pergi jika memang itu yang telah dilakdirkan.

7. Sekiranya anda berjumpa seseorang yang lebih baik daripada anda, jangan sesekali biarkan perasaan dengki menyelubungi diri anda.
Kagumi kejayaannya. Dalam masa yang sama, fikirkan orang lain yang jauh lebih teruk berbanding anda. Anda sebenarnya bernasib baik jika dibandingkan dengan sesetengah orang yang terpaksa hidup, dalam penderitaan dan kesengsaraan. Jika anda fikirkan anda manusia malang, ketahuilah bahawa di luar sana ramai lagi yang lebih malang.

8. Berani mengakui kesalahan sendiri.
Ketepikan sejenak ego yang ada dalam diri, hati anda akan lebih tenang. Tiada sesiapa yang dapat lari daripada membuat kesilapan. Itulah fitrah manusia seperti kita.

9. Sebelum melelapkan mata, insafilah semua rahmat yang telah dianugerahkan-Nya
kepada anda sepanjang hari itu.

Ingatlah semua yang telah anda lakukan pada hari ini. Bermohonlah kepada Yang Maha Kuasa supaya anda akan kekal dalam rahmatnya untuk menempuh hari-hari yang mendatang. Jangan lupa mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana menjadikan diri anda seperti anda pada hari ini. Setelah itu, pejamkan mata dengan bibir yang tersenyum serta hati yang bersih dan ceria.


Petikan ini saya kongsikan hasil daripada kefahaman saya
setelah membaca beberapa buah buku & artikel motivasi.
~Moga bermanfaat ilmu daripada Ilahi ini~

Himpunan hadis-hadis berkaitan... Sombong!

tengok ultraman ni.. sedang mengalahkan raksasa yg sombong! ^_^

ALHAMDULILLAH.. kali ini mari sama2 kita berkongsi ilmu dengan petikan artikel yang saya postkan khas untuk peminat setia kandahasra.blogspot.com

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Tidak akan masuk syurga, siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan. ” Maka seseorang berkata: “Bagaimana dengan seseorang yang suka memakai baju dan selipar yang cantik?” Maka berkata Rasulullah: Sesungguhnya Allah itu maha indah dan cinta pada keindahan (maksudnya, pakaian indah tidak selalu bererti kesombongan) . Alkibr (kesombongan) itu adalah menolak kebenaran dan memandang rendah remeh orang lain.” – (Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Tiga golongan yang tidak ditegur Allah, tidak disucikan, dah tidak diperhatikanNya kelak di hari kiamat, dan mendapat seksa yang pedih iaitu: orang tua yang tetap berzina, penguasa (pemimpin) yang dusta, dan fakir yang sombong.” -(Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadisnya bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa merasa dirinya besar, atau angkuh dalam berjalan, dia akan berjumpa dengan Allah dalam keadaan Allah murka kepadanya.” -(Hadis riwayat Muslim)

AlSurah al-Qashash; ayat 83;
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Negeri Akhirat itu (kebahagiannya dan keni’matannya) Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak menyombongkan diri dan tidak berbuat kerosakan dimuka bumi.”

Surah Luqman; ayat 18; Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.

Thursday, May 19, 2011

Seminar Kepimpinan Pengawas SK Balok

Alhamdulillah, pd 14 Mei yang lalu.. kanda berpeluang diundang ke 1 lg program kepimpinan pelajar yg dianjurkan oleh SK Balok, Kuantan.. di De Rhu Beach Resort.
T,kasih atas kepercayaan pihak sekolah melalui kaunselornya, cikgu Haris..

Kanda sebenarnya 'first time' kendalikan slot kepimpinan pelajar sekolah rendah ni.. sebelum ni, jika sekolah rendah, slot motivasi belajar UPSR..
Kalau sekolah menengah & ipt tu.. berpengalaman la juga..

Makanya, 'jenoh' jg la kanda prepare power point.. Bimbang juga kalau2 cara penyampaian terlalu tinggi & sukar difahami...
Namun, alhamdulillah.. semuanya bjalan lancar..

Slot 2 jam yg diberikan terasa 'kesekejapannya' apabila berceramah sambil melayan celoteh adik2 pemimpin pelajar yg mcm2 ragam.. sungguh menyeronokkan!

Moga adik2 semua sentiasa ingat akan cerita2 yg disampaikan, & perkongsian pengalaman kanda sendiri dlm bidang kepimpinan yg tidak seadanya..
Insya Allah..

pemimpin masa hadapan Malaysia!

Sunday, May 15, 2011

Kanda ada menerima pertanyaan daripada para pengunjung blog yang ingin mengadakan Kursus Motivasi Pelajar @ Kepemimpinan Pemimpin Pelajar Sekolah.

Para tetamu blog yang kanda hormati sekalian, boleh terus menghubungi kanda di talian 019-9739362 @ email: drhasraibrahim@yahoo.com
ATAU mesej sahaja di laman sosial Facebook..

InsyaAllah.. kita akan sama2 berdiskusi tentang konsep program terbaik!

Kursus Kepemimpinan Pemimpin Pelajar SMK Beserah, Kuantan.

Alhamdulillah.. akhirnya Kursus Kepemimpinan Pemimpin Pelajar SMK Beserah Kuantan selamat diadakan dengan jayanya.. Bermula seawal 7.15pg, para fasilitator telah mula mengambil peranan dgn tugas masing2 sehinggalah ke jam 5ptg.. T,kasih yg teramat sangat kepada team fasi atas komitmen yg tidak terhitung. Hanya Allah mampu menilainya. Amin.

Syukran kpd pihak SMKB.. Cikgu Zuarina & kaunselor.. Dinda2 pemimpin pelajar, kalian adalah yg terhebat! Buktikan kpd sekeliling bahawa 'kita' mampu duduk sama gagah, berdiri sama megah dgn izin Allah swt.. insyaAllah.. kanda doakan.

Berikut kanda selitkan beberapa rakaman gambar utk tatapan para pengunjung sekalian..
Moga mendapat manfaat.. Insya Allah.. ^_^

Resolusi...

Khusyuk mendengar celoteh kanda.. ^_^

Penuh 1 dewan dgn warna biru & ungu..!


T,kasih kpd pihak sekolah... sogan eden... (**)


Monday, April 25, 2011

Motivasi Kecemerlangan Pelajar PMR & SPM SMK Kuala Krau, Temerloh

dinda pelajar pilihan bersama kanda atas pentas.. ^_^

Alhamdulillah, syukur.. SMK Kuala Krau (SMKKK) memberi kepercayaan kpd saya untuk mengendalikan slot kecemerlangan pelajar peperiksaan. Slot ini dijalankan selama 2 hari secara berasingan. Kanda seronok bertemu dengan dinda2 pelajar utk berkongsi ilmu kurniaan Ilahi ini.. T,kasih cikgu Zahirah (Kaunselor) SMKKK & cikgu lily (rakan seperjuangan ketika di ums).

Dinda2 pemimpin pelajar SMKK, nantikan kehadiran kanda utk menggegarkan dewan anda pd 28 April utk program bersama student leader!

bersedia.. sesi terapi ^_^



Program Motivasi UPSR SK Sg. Ular, Kuantan

tak berapa clear gambar ni.. entahlah my p.a ni.. ^_^

Alhamdulillah, berkesempatan & di undang ke Sek. Keb. Sg. Ular Kuantan, untuk 2 jam slot berkongsi ilmu dengan adik2 pelajar.. T,kasih kpd bonda Khalifah atas kerjasama yg sungguh tinggi dari beberapa tahun kebelakangan ini. Moga, ini mampu dikira sumbangan kecil ke arah SKSU Cemerlang Jaya! InsyaAllah..
Majoriti pelajar tahun 6 ini merupakan pelajar saya juga ketika menjawat jawatan sebagai guru ganti di sekolah ini tahun lps.. ketika tu mereka baru tahun 5.. sekejapnya masa berlalukan. rasa 'ketuaan' melanda! hehe..

Takpalah, hidup bukan nak menongkat langit.. 'di sana' juga kekal abadi seabadinya.. tak gitu.. ^_^


Moga kalian semua cemerlang dunia & akhirat.. amin!

15 RAHSIA SENYUM & TAWA(PENAWAR PENYAKIT)

Mampukah anda senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan? Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika anda mampu sekalipun mungkin orang akan mengganggap anda 'tidak siuman'. Bersedih tentusaja dibolehkan tetapi janganlah berterusan bersedih dan menangis sehingga memudaratkan kesihatan.

Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali anda dapat melihat perbezaan. Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar.

Ada sesetengah dari kita bernasib baik kerana dianugerahkan 'wajah senyum' yang mana kalau dia marah sekalipun masih kelihatan seperti tersenyum. Antara contoh artis bollywood yang berwajah senyum ialah"Rani Mukherjee". Memang sukar mencari wajah begini dan jika anda mempunyai wajah sedemikian anda adalah satu dalam sejuta.Cuba anda perhatikan orang yang dilanda masalah misalnya dan ditambah pula hidupnya tak pernah putusditimpa pelbagai masalah. Tentu sekali wajahnya kelihatan murung, berserabut dan nampak tua dari usia sebenar. Jika demikian tidak boleh kah kita bersedih dan menangis? Tentu sekali boleh tetapi perlu ada tempohnya. Kala bersedih menangislah sepuas hati dan bersedihlah semahunya. Mungkin seminggu, dua minggu atau sebulan anda berada dalam keadaan demikian dan selepas itu anda perlu berbuat sesuatu bagi meneruskan hidup.

Seseorang yang dapat menerima dirinya sakit dan hidup sememangnya ada masalah lalu menerima keadaansedemikian dengan tenang dan masih mampu tersenyum sebenarnya mempunyai tindak balas lebih baik terhadap rawatan yang diberikan.

15 fakta menarik :

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 ototmuka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK.
KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".
Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.

-SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...