Sunday, December 4, 2011
( ISNIN - 10 MUHARRAM 1433 bersamaan 5 Dis 2011 )
1. Hari pertama Allah menciptakan alam.
2. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
3. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
4. Allah menjadikan 'Arasy.
5. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
6. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
7. Nabi Adam a.s. dicipta.
8. Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana
melanggar larangan Allah.
9. Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
10. Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan
bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
11. Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
12. Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
13. Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
14. Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
15. Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
16. Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
17. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
18. Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
19. Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
20. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
21. Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
22. Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid
-SUMBER
Tuesday, November 29, 2011
Amalan bersama...

Assalamualaikum,
bismillahirrahmannirrahim"
Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
- Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahuahad. Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwanahad.) sebanyak 3 kali.
- Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
- Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
- Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
- Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya :Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengkhatam Qur'an dalam begitu cepat.Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.
- Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
- Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
Diam!

Berdiam adalah lebih baik jika tak tahu berkata baik tentang orang.
Berdiam adalah lebih baik dari cakap banyak tetapi menyakitkan hati orang.
Adakalanya hati seseorang itu sakit jika ada org bercakap yang tidak betul tentang dirinya, tetapi mengambil keputusan utk berdiam kerana ada 1001 hikmah jika berdiam dan tidak layankan org yang bercakap itu. Dan mereka akan dapati ia, org yang bercakap akan berhenti bercakap. Dan orang2 ini hanya akan mempamerkan kelemahan diri sendiri. Lambat laun, makan diri.
Kita dikurniakan lidah oleh Pencipta kita bukan utk digunakan sewenang-wenangnya dan mengeluarkan kata-katab yang sia-sia. Berhati-hatilah menggunakan lidah yang diberi. Setiap perkataan di hitung.
BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,
BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK,
KERANA KECERDIKKAN ITU BUAH FIKIRAN,
ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK
DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.
MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK
SALAH.
YANG SALAH ADALAH APABILA MEMIKIRKAN KESALAHAN
ORANG LAIN.
“Manusia tidak akan dapat mengalahkan
syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang
terbaik ialah diam kalau kita tidak
dapat bercakap kearah perkara-perkara
yang baik. Bicara yang baik adalah
lambang hati yang baik dan bersih yang
bergantung kepada kekuatan iman pada
diri manusia”
Antara kelebihan berdiam diri:
1. Sebagai ibadah tanpa bersuah payah
2. Perhiasan tanpa berhias
3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada
orang
6. Istirehat bagi kedua malaikat
pencatat amal
7. Menutupi segala aib
Hadis Rasulullah: ” Barangsiapa yang banyak perkataannya, maka banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, maka banyaklah dosanya, dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka adalah utama baginya”
Itu sahaja utk hari ini. Ambil yang baik, buang yang buruk. Allah Maha Besar.
-Perkongsian hasil dari pembacaan artikel2 & buku2 motivasi.
Jangan Mengeluh
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB,
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB,
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
- Surah Al-Baqarah ayat 286
KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB,
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB,
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB,
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang2 yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB,
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111
KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB,
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129
KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB,
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB,
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yg dusta."
- Surah Al-Ankabut ayat 2-3
Perkongsian bersama dari kanda.
Dipetik dari buku2 & artikel motivasi tertentu.
Monday, November 28, 2011
Bola
Sunday, November 27, 2011
Konvokesyen

Tahniah & slmt dtg ke dunia pasca siswazah!
Keluar dr U akademik, kini anda mendaftar pula di 'universiti' sebenar kehidupan.
Tersenyum & bergembiralah selagi mana anda boleh tersenyum ketika masih 'berbulan madu' sempena konvokesyen.
Hadapilah konflik penempatan kerjaya slps ini dgn penuh ketenangan & sifat matang.
Gunakan gelaran graduan bukan hanya pd maklumat PNGK & PNGS yg tercatat pd transkrip, tp keprofesionalan kita & kalian menghadapi sesuatu.
Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui segala sesuatu & Dia juga maha pemurah lg penyayang.
Happy konvokesyen! Take care. ^_^
Thursday, November 17, 2011
Monday, October 3, 2011
Elak kemarahan kuasai diri

ORANG yang lekas marah ialah orang yang tidak sabar dan apabila kurang sabar, selalunya kita akan cepat marah. Akibatnya, banyak perkara dilakukan atau keputusan dibuat didorong emosi bukan rasional akal fikir kita.
Ubat marah ialah sabar tetapi apabila apabila hendak marah juga kita akan kata, sabar memang sabar tetapi ada hadnya. Itulah kita manusia yang sentiasa berdepan dugaan dan bagaimana kita menghadapinya yang membezakan kita dengan orang lain
Berbeza dengan kebanyakan kita, apabila ada yang cuba mententeramkan jiwa yang sedang bergolak dengan perasaan marah, rasa itu bukan semakin berkurangan, sebaliknya terus membara hingga api kemarahan sukar dikawal.
Perubahan gaya hidup hari ini tidak dinafikan lebih mencabar berbanding dulu kerana masa yang bergerak pantas menuntut kita terkejar-kejar. Akibatnya, banyak benda membuatkan kita mudah dicuit rasa marah.
Kesesakan lalu lintas, buat kita marah. Beratur panjang untuk membayar bil, membeli makanan atau berurusan di bank juga selalu menimbulkan rasa hendak marah. Boleh kata, jika tiada kesabaran, agaknya kita asyik marah-marah saja.
Oleh itu, ubat marah ialah sabar tetapi apabila hendak marah juga kita akan kata, sabar memang sabar tetapi ada hadnya. Itulah kita manusia yang sentiasa berdepan dugaan dan bagaimana kita menghadapinya yang membezakan kita dengan orang lain.
Hakikatnya, bukan mudah untuk membina sifat sabar dalam diri tetapi nilai murni itu boleh dipupuk jika kita sentiasa berlapang dada apabila berdepan dengan ujian dan tidak mudah berputus asa.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan itu.” (Hadis riwayat al-Hakim)
Berfikiran positif juga boleh membantu kita menyemai sifat sabar terutama apabila kita menyedari hakikat ujian yang didatangkan Allah adalah untuk mengukur sejauh mana keimanan kita kepada-Nya bukan saja melalui tindakan tetapi juga perkataan.
Semuanya itu menuntut kesabaran dan yang pasti dalamnya ada ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT dengan syarat kita reda serta ikhlas.
Lagi satu, lawan bagi sabar ialah mengeluh dan ia perbuatan yang amat dilarang kerana mengeluh membuatkan semangat menjadi lemah, terbitnya perasaan kecewa dan putus asa. Mengeluh juga boleh menyebabkan kita suka menyalahkan keadaan.
Saya pasti semua kita biasa mendengar nasihat bahawa Allah tidak mendatangkan ujian kepada hamba-Nya yang di luar kemampuan mereka. Maknanya, ujian yang datang sebenarnya mampu kita tanggung berbekalkan ketabahan serta kesabaran.
Jika diteliti, setiap kesukaran dihadapi selalunya diakhiri dengan kemudahan dan nikmat dirasakan apabila kita berjaya mengatasi segala kesusahan tidak dapat digambarkan atau diluahkan dengan kata-kata.
Berserta dengan nikmat itu juga selalunya akan hadir perasaan syukur yang mendekatkan lagi kita dengan Allah kerana apabila berdepan musibah, kuasa yang paling layak kita berpaling memohon pertolongan ialah Allah SWT.
Alangkah bangganya perasaan kita sebagai hamba apabila doa serta permohonan dimakbulkan Allah. Itu tanda kita termasuk dalam golongan yang dikasihi kerana permintaan kita dipenuhi.
Oleh itu, biar betapa besar dugaan, kesusahan atau kesakitan yang terpaksa kita tanggung, jangan mudah marah. Sebaliknya, cuba tangani dengan sabar serta berusaha mencari jalan keluar kerana janji Allah setiap kesukaran akan ada jalan keluarnya.
Malah, ada antaranya yang kita tidak pernah terduga. Jadi bagi yang kecewa kerana doa masih belum makbul, jangan putus asa. Perancangan Allah adil untuk hambanya. Jika bukan di dunia, hadiahnya menanti di akhirat nanti. Bersamalah kita berusaha mengawal marah dan menyemai sabar.
-Saya rumuskan drp artikel2 motivasi tertentu.
Thursday, September 22, 2011
Cara Allah Memproses Doa Seseorang Hambanya
Sesudah manusia niat mengerjakan sesuatu dan mempunyai rasa optimis (Husnul Zhon) terhadap Allah, maka manusia dituntut untuk berdoa memohon diterima segala apa yang ia kerjakan kerana Allah Maha Kuasa sedangkan manusia makhluk yang sangat lemah yang selalu bergantung kepada-Nya.
Sebagai makhluk Allah yang lemah, manusia sangatlah sombong jika tidak mahu berdoa, Allah sangatlah murka terhadap orang-orang yang sombong.
Allah telah berfirman: “Berdoalah kepadaku pasti Aku perkenankan”.
” Dan orang-orang yang sombong (tidak mahu berdoa) kelak mereka akan masuk kedalam Neraka Jahanam secara hina” (Al-mukmin:60)
“Dan apabila hamba-hambaku menanyakan kepadamu tentang Aku, sesungguhnya Aku dekat . Aku memperkenankan permohonan ( Doa ) seseorang bila ia memohon kepada-Ku. Kerana itu hendaklah ia mentaati segala perintahku dan beriman kepada-Ku semoga ia selalu dalam kebenaran”. (Al-baqarah:186)
Doa yang dikabulkan oleh Allah adalah doa yang dilakukan dengan Ikhlas, Khusyuk penuh Tawadhuk (rendah hati), yakin akan diterima dan dilakukannya sesuai dengan adab-adab doa yang baik.
“Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendahkan diri dan suara lembut (khusyuk). Sesungguhnya Allah tidak menyenangi orang-orang yang berlebihan“. ( Al-a’rof:55 ).
“Padahal mereka tidak diperintahkan sesuatu melainkan untuk beribadah kepada Allah dengan Ikhlas (tulus) dan Tekun”. (Al-bayyinah:5).
Menurut Ahli tafsir : Berdasarkan ayat diatas semua permohonan (doa) hamba Allah pasti diterima, Cuma cara Allah menerima doa hambanya berbeza-beza.
Ada tiga cara Allah menerima doa hambanya:
1. Dikabulkan Secara Langsung.
Doa yangyang diterima secara langsung adalah doa seorang hamba Allah yang sangat dekat kepada Allah SWT, dilakukan dengan baik dan Allah menganggap permintaannya harus segera diterima. Doa para Wali Allah dan doa orang yang sedang dianiaya sedangkan ia dalam keadaan lemah dan terdesak biasanya Allah menerima doa mereka secara langsung. “Ketahuilah sesungguhnya Wali-wali Allah itu tidak merasa takut dan tidak pula merasa duka cita terhadap Tuhannya ( Allah ).
Mereka adalah orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Untuk mereka berita gembira dalam kehidupan di dunia dan akhirat, tidak ada perubahan sedikitpun dalam janji-janji Allah ( terhadapnya ). Itulah keberuntungan yang sangat besar”. ( Yunus:61-64 ).
Sabda Nabi SAW: ” Doanya orang yang teraniaya (lemah dan terdesak) tidak ada Hijab / dinding antaranya dan Allah SWT”.
2. Dikabulkan dengan Cara Berproses.
Allah mempunyai rahsia yang tersembunyi yang tidak dapat diketahui hakikatnya oleh manusia kecuali atas kehendak-Nya, manusia hanya diperintahkan untuk berdoa memohon sesuatu yang baik . Allah SWT yang menentukan menurut kehendaknya Yang Maha Kuasa. Kata seorang Ahli tauhid: ” Manusia hidup mempunyai harapan dan doa sedangkan Allah mempunyai Iradat ( Kehendak )” .
Secara Biologi manusia diciptakan Allah SWT mempunyai sifat tergesa-gesa dan segala sesuatunya ingin secara ringkas dan cepat, padahal segala sesuatu harus melalui proses , kesabaran dan ketekunan ( mujahadah ) yang tinggi untuk mendapatkan hasil yang baik dan sempurna. “Dan manusia itu diciptakan oleh Allah bersifat lemah”. (An-nisa:28) “Sesungguhnya manusia diciptakan dengan sifat gelisah dan kedekut. Manakala ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah. Dan manakala mendapat keuntungan ia menjadi kedekut. Tidak demikian dengan orang-orang yang mendirikan sholat”. ( Al-maarij:19-22 ).
Apabila manusia memohon sesuatu, contohnya: “Ya Allah sembuhkan penyakit kami atau Ya Allah berilah kami rezeki yang melimpah” tanpa diiringi dengan ketekunan dan usaha serta tidak bertaqwa kepadaNya maka Allah akan menolak doa tersebut sehingga orang tersebut sungguh-sungguh berusaha dan bertaqwa.sebab Allah Maha Mengetahui , jika orang tersebut doanya segera diterima kemungkinan ia akan lupa kepadaNya dan melakukan kejahatan.
3. Doa disimpan sebagai Amal Shaleh di Luh Mahfuz.
Doa disamping bersifat memohon sesuatu juga mempunyai Dimensi ibadah kerana doa sesungguhnya adalah ibadah yang mendapat pahala apabila dikerjakan dan pahala itu akan kita ambil nanti di akhirat. Sabda Nabi : “Doa itu adalah ibadah”. “Doa adalah otaknya ibadah”. Kata seorang pujangga: “Dunia ini tempat bercucuk tanam dan akhirat tempat memungut hasilnya”….. berdoalah kepada Allah dalam semua keadaan, Allah lebih suka kita berdoa ketika kita dalam kesenangan kerana ia lebih Ikhlas jika dibanding dengan doa dalam keadaan kesempitan.Wednesday, September 21, 2011
Elak Sikap Pesimis...

Buang yang buruk-buruk, masukkan yang baik-baik. Ubah perangai lama, gantikan dengan perangai baru..Ubah diri Anda!
Sikap pesimis adalah sikap-sikap negatif, seperti suka bersangka buruk, suka berfikir yang bukan-bukan, pendengus, panas baran, tak menerima pendapat orang, ego, sombong dan hidung tinggi.
Kita kena berubah. Ambil sedikit masa kaji dulu diri kita ni cemana sebelum kita berubah.
Kaji dalam-dalam perangai kita ni dengan menganalisa tabiat diri. Cara paling bagus, ambil sehelai kertas kosong dan tulis perangai yang kita nak ubah. Tulis satu-satu. Jujur dengan diri sendiri.
Sebagai contoh, jika pada mulanya kita suka bersangka buruk, ubah menjadi suka bersangka baik.
Jika dulu kita suka memandang rendah pada orang, tukar perangai tu menjadi tabiat suka mengagumi orang lain dan selalu menghormati orang lain, walau siapapun dia.
aidilfitri bersama bonda norizan...
Jika dulu ada sikit-sikit ego atau suka menunjuk, tukar menjadi tabiat suka bersederhana dan low profile. Sikap bersederhana lebih dihormati orang di sekeliling.
Bila dah berubah, cemana kita nak jadikan perubahan tu kekal, bukan sehari dua saja? Jawapannya, buat selalu dan lakukannya dengan kerap!
Seperti contoh di atas, selalulah bersangka baik, suka mengagumi kelebihan orang lain, hormati semua orang, selalu bersederhana dan selalu low profile. Amalkan kesemuanya selalu!.
Lama-kelamaan, bila dah terbiasa, sikap Anda berubah menjadi lebih positif akhirnya!
-Perkongsian ini saya petik dr artikel2 motivasi & buku2 berkenaan.
Usaha Menjadikan Hari Ini Hari Yang Bahagia

Tahukah Anda, setiap hari kita ada peluang yang BESAR untuk menjadikan hari ini hari yang bahagia?
Adakah Anda menyedarinya? Sudah tentu tidak, atau sedar sikit-sikit saja.
Sebab, pagi-pagi lagi Anda sudah memikirkan kesibukan kerja, bil-bil yang perlu dibayar pada ujung bulan, kos semakin naik, assignment bertimbun, sales target yang perlu dicapai, lecturer yang Anda tak suka, kopi Anda yang kurang gula, trafik jem sewaktu ke tempat kerja atau leteran isteri Anda yang membingitkan telinga.
Anda LUPA untuk memasang niat supaya hari ini jadi hari yang bahagia untuk Anda.
Anda lupa sematkan dalam hati yang Anda mahu rasa sungguh bahagia hari ini.
Apa yang saya maksudkan dengan rasa bahagia ? Ia adalah rasa gembira, happy, ceria, seronok, energetik, simply rasa yang buat Anda feel good .
Yup, feel good!. Semudah itu.
Mulai hari ini, apa kata Anda berubah sikap?. Bangun pagi, niatkan dalam hati yang Anda mahu rasa bahagia hari ini , Anda mahu feel good hari ini.
Selepas berniat, pasang tekad Anda mahu jadikan hari ini hari yang bahagia buat Anda. Tekad biar teguh! Jangan tukar-tukar.
Bila start keluar dari rumah, start nak bekerja, start ke kelas atau start memulakan perniagaan Anda, usahalah menjadikan hari ini yang bahagia , Anda rasa bahagia dari pagi sampai ke malam.
Jangan biarkan satu apa merubah mood “feel good” itu. Jangan biarkan hal yang kecil, remeh temeh meragut kehepian Anda, kebahagiaan Anda pagi itu.
Anda rasa bahagia melihat ibu atau bapa Anda, Anda rasa bahagia melihat wajah kekasih Anda, Anda rasa bahagia, rasa hepi dikelilingi kawan-kawan Anda.
Usaha agar perasaan itu sentiasa ada, sentiasa membara tiap masa.
Feel good, akan membentuk sikap Anda menjadi positif. Hadirkan rasa bahagia dalam hati, yang lain, semuanya akan muncul sendiri.
Law Of Attraction always in action!
Sibukkan Diri Berfikir Bagaimana Memperbaiki Hidup
Tips motivasi kali ni yg ingin saya kongsikan adalah bagaimana membina sikap positif. Hasil rumusan sy dr beberapa buah buku & artikel motivasi yg telah saya baca.
ha.. ni berfikir macamana nak atur keadaan! (sy yg segak berbaju melayu coklat tu.. ^_^)
Ikuti idea ini..
Tabiat suka berkata tentang hal orang lain adalah satu tabiat negatif sebenarnya. Bila kita sudah terbiasa berkata tentang hal orang lain, biasanya kita akan kata hal yang buruk-buruk, yang kita seringkali tak puas hati.
Ini penting!
Jadi, setiap kali kita berkata tentang sesuatu yang kita tak puas hati, ada emosi amarah disitu. Lebih kerap Anda melakukannya, lebih banyak emosi negatif bersarang di fikiran Anda.
Kesannya, Anda susah nak berubah jadi orang yang bersikap positif . Mulai hari ini, kikis tabiat suka berkata tentang hal orang lain.
ceria beraya bersama 'the' tercinta..
Saya faham, nak mengikisnya tu mengambil masa. Biar kita berubah langkah demi langkah, biar pelan-pelan, jadi ada kesan!
Biarlah mereka dengan hal mereka, kita pula, biar kita sibuk dengan hal kita.
Doakan kejayaan mereka, kesejahteraan mereka, kerana itu lebih bermakna dari asyik berkata tentang hal mereka.
Usaha untuk memgikis tabiat suka berkata tentang hal orang lain.
Macamana? Nampak isu ini mudah kan? Tapi kesannya...
Makna LUAR BIASA
Mari sama2 kita kongsikan di sebalik mana lagu yang dinyanyikan oleh Shahir ini... Luar Biasa..
Perkataan luar biasa maksudnya lebih dari yang biasa, yang ekstreme. Bila dia melakukan sesuatu, dia melakukannya dengan dua kali ganda kesungguhan, lebih kuat dari yang biasa dilakukan oleh ramai orang.
Lance Armstrong berlatih 6 jam sehari, dari pagi sampai ke tengahari sedangkan atlit lumba basikal yang lain berlatih 2 jam di waktu pagi dan dua jam di waktu petang.
Azizi Ali, membaca lebih 700 buku tentang wang, pengurusan kewangan dan apa saja yang berkaitan dengan jutawan. Bahkan, ada beberapa buku yang dibaca olehnya lebih dari 100 kali. Kebanyakan orang cuma membaca 100-400 buku, tapi Azizi Ali kini dah membaca lebih 700 buah buku!
ni semua sedang berfikir secara Luar Biasa dlm senyuman!
(mesyuarat pra-mpp kebangsaan, ipt2 Malaysia)
Ahadiat Akashah, menulis dan menerbitkan lebih 55 buah novel dalam setahun, sedangkan penulis novel lain biasanya menerbitkan 3 novel setahun.
Orang luar biasa senang di kenalpasti. Mereka rajin, sanggup belajar dan sanggup berusaha keras, sanggup menerima kritikan, sanggup bangkit dari kegagalan dan setiap saat, sentiasa bersyukur atas semua yang dikurniakan pada mereka.
Adakah kita luar biasa?? Nah... tanyalah bulan, siapa baginya cahaya utk bersinar? (Eh, ada kaitan ke....?) ^_^
Friday, August 12, 2011
21 cara berkesan untuk meningkatkan motivasi
Alhamdulillah, berkesempatan juga kita bertemu dengan 12 Ramadhan tahun ini. Tapi, tiada siapa tahu, sampaikah nyawa yang Allah swt berikan hingga ke penghujung Ramadhan 2011? Ramai sahabat kita yang tidak sempat bertemu dengan Ramadhan tahun ini. Bagi yang membaca perkongsian kali ini, bermakna umur anda masih panjang! Sampai bila? Wallahualam..
Berkesempatan ini juga, ingin saya kongsi artikel motivasi yang memaparkan 21 cara berkesan untuk meningkatkan motivasi atau memotivasikan diri kita terutamanya tatkala perasaan lemah, tidak berdaya, atau putus asa melanda diri kita!
Selamat membaca menerusi skrin anda! ^_^
- Baca buku motivasi terutamanya biografi orang-orang yang berjaya. (Ingatlah bahawa orang-orang yang berjaya pernah melalui suasana kemurungan dan kebuntuan sebelum mereka mencapai kejayaan.)
- Tulis artikel motivasi > Ini yg selalu saya amalkan!
- Dirikan sembahyang / solat khusus untuk mendapat taufik, keampunan dan petunjuk dari Allah S.W.T.
- Berdoa dan memohon kekuatan dan hidayah dari Allah.
- Cipta satu ritual – misalnya “Jika orang lain boleh, saya pun pasti boleh.”
- Dengar lagu-lagu yang dapat memberi semangat dan inspirasi kepada anda.
- Bermain musik kegemaran anda sekiranya anda pandai bermain alat musik - mana tahu dapat pula mencipta suatu musik atau lagu yang hebat!
- Tatap gambar-gambar yang dapat memberi inspirasi dan semangat baru kepada anda.
- Meditasi.
- Pergi tidur sehingga anda benar-benar sihat dan mendapat semula tenaga anda. Kurang tidur boleh menyebabkan kelesuan dan kebosanan.
- Bersenam atau melakukan aktiviti-akitiviti fizikal sekurang-kurangnya 3 kali seminggu supaya badan dan minda sentiasa sihat cergas dan cerdas.
- Bertekad untuk menyiapkan semua kerja anda yang tertunggak / menyelesaikan masalah yang anda hadapi dengan penuh kesungguhan sehingga selesai!
- Buat atau kaji semula perancangan kerja atau hidup anda.
- Susunatur pejabat / rumah / fail, kemas rumah dsb.
- Jumpa kaunselor untuk mendapat khidmat nasihat.
- Jumpa kawan-kawan yang positif untuk mendapat pandangan atau nasihat.
- Keluar makan dengan keluarga atau dengan kawan-kawan rapat.
- Pergi beriadah - bersiar-siar bersama ahli keluarga - satu tempat yang baik untuk melakukan ini ialah bersiar-siar di Mall yang besar dengan berjalan agak laju sedikit - exercise, elakkan daripada terlalu meneliti barangan-barangan yang dijual - takut nanti tambah penat otak.
- Ikuti seminar motivasi.
- Adakan kenduri doa selamat.
- Pergi melancong di dalam atau ke luar negara.
Selamat Mencuba!
Thursday, August 11, 2011
What goes around comes around!
Ada orang runsing setiap kali memikirkan satu cara untuk berbuat baik.
Nah!, salah satu cara menunjukkan kemurahan hati adalah dengan melontarkan fikiran yang baik dan tidak fikirkan perkara yang negatif, gelap dan jahat!
Memberkati orang lain adalah tindakan yang baik, dan kebaikanlah juga yang akan ditarik ke dalam hidup kita.
Ada pepatah yang mengatakan ‘what goes around comes around'
Apa yang ditabur itulah juga yang akan dituai. Ia akan kembali seperti gayanya tarikan magnet. Apabila kita berdoa dan melakukan kebaikan, maka fikiran dan tindakan kita itu melahirkan kebaikan: kasih, sukacita, damai sejahtera, kesabaran, kemurahan, kebaikan, kesetiaan, kelemahlembutan, penguasaan diri.
Niat kita yang diberi tumpuan akan menjadi jelas. Perhatikan apa terjadi pada sebuah
benda jika ia diletak di bawah mikroskop. Subjek yang dikaji itu difokuskan dan ia kelihatan jelas berkali ganda. Begitulah juga yang anda lakukan jika kita mengamalkan Law of Attraction!.
Dengan niat yang betul, fikiran kita harus menjadi sangat fokus dan padat lagi bertenaga.
Kita memahami bahawa semua keinginan boleh dicapai atau dimiliki. Law of Attraction sentiasa bertanggungjawab terhadap apa saja yang kita fikirkan atau rasakan.
Tenangkan fikiran kita. Jernihkan minda kita. Law of Attraction tidak berat sebelah
kerana apa saja yang kita fikirkan akan menjadi kenyataan.
Fikiran buruk yang dipusatkan terhadap kehidupan & individu akan menarik peristiwa negatif atau individu yang juga negatif dalam hidup kita.
Kita tidak sengaja mengajak perkara negatif mendekati diri.
InsyaAllah, berbekalkan pengalaman.. kita akan mula memahami cara berfikir mempengaruhi apa yang akan kita capai dalam hidup!
Bermonologlah secara positif!

Alhamdulillah rakan2 blogger semua, kita telah berada pada separuh masa terakhir Ramadhan, bulan mulia.
Berkesempatan menulis ini, ingin saya berkongsi artikel rumusan daripada fahaman saya setelah membaca beberapa buah buku motivasi karya pakar motivasi ulung negara. (Bulan puasa adlh bulan membaca!) ^_^
bersama team 'wonder-first!' kem jatidiri pelajar smkaa
Rakan2,
Samada percaya @ tidak, jika sekiranya kita ingin menjelmakan sesuatu yg diimpikan selama ini di dalam hidup, kita wajib menwujudkan lingkungan, suasana atau lapangan untuk hal itu berlaku.
Dengan kata lain, kita wajar menyediakan ruang yang sesuai, bersih dan terang untuk menerima benda itu, atau wujudkan lingkungan yang tepat untuk menerimanya, sebelum ia benar2 berlaku. Berimaginasi secara POSITIF!
Contohnya: Anak yg soleh/ah, cemerlang dalam pelajaran, gaji naik, pasangan yang mengasihi, melanjut pelajaran ke peringkat PhD dan sebagainya.
Jika kita menyediakan ruang ini di dalam hidup kita untuk menerima sesuatu, maka alam semesta pula akan bersedia untuk memenuhi ruang itu dengan perkara yg kita ingini.
Ha! Ini penting...
Jika kita sedang mengalami kekurangan/kegagalan setelah kita memperolehinya, periksa dahulu fikiran kita. Adakah fikiran kita adalah fikiran yang positif?
Atau, adakah kita secara tidak sedar mewujudkan halangan-halangan yg sebenarnya tak wajar wujud! ?
Jika ya, ketepikan semua halangan itu. Sebaliknya wujudkan ruang dalam minda untuk hal
yang kita inginkan itu: Kejayaan akhirat & dunia, kesihatan, kebahagiaan, pasangan yg setia dan apa sahaja yg kita mahukan!
minda kita ada macam2 warna.. mcm warna bulu arnab ni.. ^_^
Oleh itu, berusahalah untuk menjadikan warna minda kita sentiasa putih, cerah & berseri!
Law of Attraction @ Hukum Tarikan pasti & pasti berjanji menariknya kepada kita iaitu apabila kita berniat dengan sengaja berkerjsama dengannya.
Konklusinya, fikiran adalah tenaga yang kuat dan berkuasa. Melalui niat yang kuat dan sejajar dengan Hukum Tarikan, mungkin kita juga mampu BANGKIT dan menarik diri sendiri kepada perkara yang kita ingini.
serikan dunia kita dengan imaginasi yg realistik & bersih hanya utk Yang Maha Kuasa
Cuma, jangan tarik benda yang tidak baik!
Ada kuasa pada setiap detik setiap hari untuk mengubah corak fikiran anda. Ujilah hukum ini untuk diri sendiri.
Berimaginasilah secara positif!
Sunday, July 17, 2011
Memaafkan untuk SYURGA...
Jika kita seorang ibu yang bekerjaya, selalunya kita akan berhadapan dengan suami, anak-anak, rakan sekerja dan ramai lagi.
Pastinya dalam hubungan itu, kadangkala hati kita disakiti atau muncul perasaan benci kerana berlaku salah faham.
Kadangkala amat sukar untuk kita memaafkan. Apatah lagi melupakan sesuatu yang menyakitkan hati dan perasaan.
Kita selalu memberi alasan bahawa iman kita bukanlah sehebat iman seorang Nabi.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW duduk bersama sahabat di dalam masjid lalu baginda bersabda dengan ertinya: “Sekarang ini seorang lelaki penghuni syurga akan muncul dari sebelah pintu itu.”
Maka muncullah seorang lelaki yang baru sahaja selesai mengambil wuduk.
Janggutnya masih basah dan menitiskan air sisa wuduk. Kemudian dia solat sunat dua rakaat dan setelah itu dia duduk.
Pada hari kedua Rasulullah SAW berkata lagi dengan ucapan yang serupa dan begitulah juga pada hari ketiga.
Ibnu Umar RA mengekori lelaki tersebut dan memohon agar dapat tidur di rumahnya. Dia amat hairan kerana lelaki tersebut biasa-biasa sahaja. Seperti orang lain juga yang mendirikan solat, berpuasa, berzikir dan lain-lain.
Tautan ukhuwah hingga syurga.. InsyaAllah
Lalu Ibnu Umar RA bertanya kepadanya, “Wahai saudara! Demi Allah sebenarnya aku ingin mengetahui cara amalanmu kerana aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda sebanyak tiga kali bahawa kamu termasuk salah seorang penghuni syurga. Amalan apakah yang kamu lakukan sehingga kamu boleh meraih penghargaan yang hebat daripada Rasulullah SAW? Setiap malam aku memerhatikan amalanmu, tetapi solat sunatmu tidaklah terlalu banyak, dan begitu juga dengan amalan lain yang tiada beza dengan kebanyakan orang.”
Lelaki itu menjawab, “Demi Allah, tiada tuhan selain Dia! Sebenarnya amalanku biasa-biasa sahaja. Tiada perkara yang perlu dilebihkan dari kebanyakan orang. Namun apa yang terpenting, iaitu ketika aku ingin tidur pada waktu malam, aku tidak pernah menyimpan rasa dendam, tipu daya, hasad dengki dan iri hati kepada mana-mana orang Muslim. Hanya itulah yang aku lakukan sepanjang hidupku.”
Maha Suci Allah, sungguh hebat darjat seorang Muslim yang suci hatinya dari perasaan dendam, hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia.
Mereka tenang di dunia dan juga bahagia di akhirat.
Wednesday, July 13, 2011
Al-Quran

- surah Al-Ankabut, 45.
‘Sesungguhnya Quran ini memberi petunjuk kepada jalan yang lebih lurus (aqwam) dan member khabar gembira kepada orang-orang mukmin yang mengerjakan amal salih bahawa bagi mereka ada pahala yag besar.”
-Surah al-Israk, 9
Quran adalah peta
“Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambanya al-kitab (Quran) dan Dia tidak mengadakan sesuatu yang bengkok di dalamnya.”
-Surah an-Nisak, 82
Fisiologi Quran
“(Quran) merupakan penawar (syifa) dan rahmat bagi mereka yang beriman.” -Surah al-Israk, 82.
Abdullah bi Masud berkata, “sesiapa yang mengkehendaki ilmu pengetahuan maka hendaklah dia membaca Quran. Di dalamnya terdapat ilmu orang-orang terdahulu dan yang kemudian.
Sahabat Abu Hurairah pula berkata,
“Sesungguhnya akan lapanglah penghuni rumah yang dibaca di dalamnya Quran, dan akan banyaklah kebajikan di dalam rumah itu dan akan datanglah para malaikat ke rumah itu dan akan keluarlah syaitan daripadanya. Sebaliknya, rumah yang tidak dibaca di dalamnya Quran akan mendatangkan kesempitan kepada penghuni-penghuninya, di samping itu, kebajikan akan berkurangan, para malaikat akan keluar dan syaitan akan memasuki rumah itu.”

Sunday, July 10, 2011
Kebersihan @ Kekotoran
Itu tak betul! Ini tak betul...!”
”Sepatutnya macamni.. bukan macam tu!”
Pergilah kemana-mana sahaja kedai kopi..
Itulah antara ayat2 azimat yg akan kita dengar..
Bak kata Sang Puteri Buluh Betong dlm cerita Arwah Tan Sri P.Ramlee..
”Jika buat baik, jadinya baik... jika buruk, maka jadinya buruk..”
Di olah dalam fenomena kedai kopi hari ini begitulah...
Jika ke kedai kopi biru, perbualannya biru..
Jika ke kedai kopi hijau, perbualannya juga hijau!
Perasan @ tidak dalam pada kita menyebut tingkah laku tidak elok orang2 yang berada di sekeliling kita...sebenarnya kita juga berada dalam kalangan yang sama..
Kenyataan ini bolehlah dilandaskan kepada pengalaman dan pemerhatian sendiri sebagai seorang ahli sosiologi yang telah hampir setahun ditauliahkan...
Sedar atau tidak sudah menjadi trend kita semua untuk menjadi pengkritik yang hebat setelah meninggalkan sesuatu organisasi..
Perkara ini jelas dapat dilihat pada pimpinan negara, negeri, daerah, kampung dan mungkin juga rumah tangga..
Persoalannya, mengapa pada ketika kita sudah hampir dilupakan oleh organisasi, baru itulah kita lantang menyuarakan itu dan ini berkenaan sesuatu isu?
Mengapa tidak ketika kita masih bergelar sebahagian daripada warga organisasi berkenaan?
Mungkin ini salah satu daripada strategi POPULARIS agar diri yang semakin gersang tidak terus dilupakan...
Seterusnya, perasan atau tidak ramai dalam kalangan kita pada hari ini berlumba2 untuk menjadi ulama, mufti mahupun ustaz ustazah dalam membicarakan soal agama dan masalah umat..
Tetapi yang disandarkan hanyalah tidak ubah seperti cicak man yang dengan sekelip mata menyarungkan topeng masing2...
Secara prinsipnya, kanda sendiri pun keliru dan boleh dikatakan dalam situasi
’bengong’ dengan situasi ini kerana sudah ramai yang mengikut trend ini sebagai pegangan hidup..
keliru pada siapa yang patut kita hormat & ikut..
jadikan contoh tauladan..
jadikan panduan..
Itulah jadi apabila terlalu megah bercakap tentang ideologi
beretorik sana sini seolah diri pejuang & pemimpin sejati
tapi realiti tak seindah imaginasi
tak dinamakan ketua sejati
kalau tanggungjawab masih tak tahu nak dierti
ke sana ke mari cari publisiti
berhujah umpama ulama sejati
tapi Realiti?
yang tinggal juga susah hati!
Ada benarnya ayat2 cinta ini... kita boleh jadi hang jebat, hang lekir, hang lekiu, hang nadim...dan segala hang yang lain apabila berbicara.. tapi perlaksanaannya? Hanya yang benar2 memerhati akan tahu..
tujuan kanda membawa isu2 seperti ini bukanlah bertujuan memberi keaiban kepada mana-mana pihak, cuma mungkin sedikit sebanyak dapat membuka minda dan hati kita semua dalam menilai siapa yang patut dikagumi dan dihormati..
tak lupa juga soal kepentingan diri..
perasan @ tidak... dalam kalangan ’kita’ pada hari ini membuat keputusan atas dasar kepentingan diri sendiri..
apa yang baik untuk diri dan kroni.. itulah yang diagung-agungkan..
kanda tak hairan ’orang atas’ kita
tapi nilailah diri kita pada hari ini dalam berorganisasi
kesannya? Akan dapat dilihat setelah pendirian, keadaan dan situasi serta rutin hidup kita berubah..
segalanya akan turut berubah dan tak dizahirkan sebagaimana yang dilaungkan sebelum ini..
PenegasaN!
MENYOKONG PENUH SEKIRANYA PERHIMPUNAN halal/haram DIADAKAN ATAS DASAR PERJUANGAN UNTUK AGAMA, BANGSA & NEGARA.. tapi, PERSOALANNYA, MUNGKIN jika dibuat penyelidikan kepada ahli yang berhimpun, lebih ramai yang hanya tahu menjerit dan ’melalak’ dengan perkataan yang mereka sendiri pn tidak tahu maksudnya!
Wednesday, July 6, 2011
Emansipasi sanubari..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wht..
Alhamdulillah, kita mampu bertemu kembali menerusi taipan karya yg tidak seadanya di kandahasra.blogspot.com.
Kali ini, terdetik dalam hati utk melantunkan jari jemari pd susunan keyboard lattop setelah tersenyum sendiri mengunjungi beberapa blog & fb teman2 seangkatan lg seperjuangan..
ditambah dengan monolog yg tidak berpenghujung..
Akhirnya, muncul kembali idea terpendam sekian lamanya & lebih selesa diluah menerusi taipan alam maya yg lebih memahami berbanding tafsiran dunia realiti...
Perhubungan.. sesama insan!
Kepada yg masih mencari definisi, perkongsian ini ikhlas dari hati sanubari..
bersama jiwa yg sentiasa halus lg berseni..
Suka kanda analogikan.
Sesebuah perhubungan..,
Umpama sekawanan sang semut.. interaksinya tanpa bicara sang suara,
sedang hatinya meronta2.. jiwanya saling bergelora..
menjerit untuk didengar nuraninya.
Namun apakan daya.. hanya itu takdir yg telah ditetapkan utknya..
lambang keagungan Maha Pencipta.
Kita tidak perlukan suatu tempoh 'matang' untuk mendalami seseorang..
Adakalanya, cukup sekadar dengan kata2 ringkas dan beberapa potong ayat yg dapat menyentuh hati..
Yg pasti membuatkannya terleka dalam kelantangan bermadah..
Namun, tak semua drp kita yg mampu utk 'melihat hati' apatah lagi menyentuhnya..
Kadang2, insan yg telah kita kenali bertahun lamanya pun, masih belum mampu memberikan jawapan & makna kpd sebuah perhubungan..
Untuk mengenali & mendapatkan sentuhan hati,
kita tidak perlu untuk 'mengulit'..
sehingga kekadang terlupa bahawa kita akan 'terluka' dlm keasyikan tangan yg membelai..
Cukuplah sekadar kita memerhati 'nya' dari jauh..
menilai seadilnya..
& memutuskan suatu keputusan yg amat tepat!
& juga mungkin, ada 'seseorang' yg baru kita kenali semalam,
telah membuatkan hati kita tersentuh & dengan sewajarnya kita mengatakan bahawa..
Ya! Itulah 'SESEORANG' yg kita cari selama ini!


Malaysia vs Bahrain... kami tetap di Air Port Bahrain!












