Friday, October 30, 2009

Salam bayu Labuan...





Alhamdulillah, kanda dan beberapa orang sahabat MPP berkesempatan bertamu di tanah Labuan yang bertujuan untuk meninjau permasalahan dan isu-isu kemahasiswaan adik-beradik kita di Kampus Antarabangsa Labuan, UMS...


Apapun, kanda sifatkan kunjungan ini amat bermakna kerana dapat melihat dan mendengar sendiri hal ehwal kampus yang selama ini memberi kebahagiaan mahupun membelenggu sahabat-sahabat KAL.



Resolusi daripada tinjauan ini, akan dibawa untuk perbincangan bersama Y.Bhg. Prof. Madya Dr. Hj. Kassim b. Hj. Md. Mansur selaku Timbalan Naib Canselor HEP UMS, dengan harapan wujudnya tindakan susulan demi kebaikan kita bersama.

InsyaAllah, kami di MPP sesi 0809 akan berusaha walupun hingga ke saat terakhir untuk kebajikan dan kesejahteraan sahabat-sahabat semua:)














Monday, October 26, 2009

Sehari di Lok Kawi...





Depan pintu gerbang Taman Botani...

Ishhh! tengok Ton kt belakang tu.. tgh intai ape cik ton??



Dengan Cik Ton... (roomate teman bicaraku..)



Gajah... gajah..!




Memoir seorang perindu...




Senyum..









Sunday, October 25, 2009

Subhanallah!


22 Oktober 2009 @ 7pm, Hosp. Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Dalam hidup,
Ingatlah!

Kita akan pergi menghadap Ilahi pada bila-bila masa,
Mungkin nanti, esok, mahupun lusa...
Justeru,
Sedarlah bahawa..
Harta kekayaan tidak membawa apa-apa makna melainkan jasad yang terbujur kaku & harta yang dilaburkan menuju keredhaan Allah,
Berbuat baiklah sesama manusia setiap detik dan waktu,
Sentiasalah beristighfar kepada Allah SWT & menginsafi kebesaran serta keagunganNya,
Mohon ampun kepada ibu-bapa, saudara, sahabat & insan sekeliling,
Ungkaplah perasaan sayang & maaf kepada insan kerana kita khuatir tidak akan berkesempatan melakukannya untuk kali yang kedua.
& paling penting...
bersedialah menghadapi detik kematian pada bila-bila masa samaada pada diri sendiri mahupun mereka yang amat dikasihi
kerna mungkin ini buat yang terakhir kali...

Astaghfirullahalazim!
Subhanallah!
Allahuakbar!

Wednesday, October 21, 2009

Zikir dan Doa mententeramkan jiwa...


Betapa pun sibuknya aktiviti kehidupan kita setiap hari, jauh di sudut hati kita perlukan saat-saat bersendiri yang tenang.
Namun, awas! Usah dibiarkan hati kita kosong dan mengelamun dengan sia-sia.
Keadaan sedemikian memberikan ruang untuk syaitan menyelinap memasuki ruang hati..., membisik dan memperdayakan kita. Nauzubillah!
Sewajarnya kita sentiasa meletakkan hati dalam keadaan peka terhadap ayat-ayat Allah;

“Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama Allah), zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang”.
(QS Al-Ahzab)
Mengapakah kita perlu berzikir? Ketahuilah, antara faedah berzikir;
  • Diri rasa hampir dengan Allah dan jiwa rasa tenteram,
  • Merasa selamat kerana Allah sentiasa bersama hambaNya yang ingat padaNya,
  • Dengan menyebut salah satu nama dan sifat Allah yang Maha Mulia, meninggalkan kesan istimewa dalam jiwa dan mendorong kita berusaha menghiasi diri dengan sifat-sifat yang menepati asma’ Allah,
  • Apabila berzikir, syaitan lari jauh bersama was-was dan prasangka yang dibawanya,
  • Dengan berzikir kita sentiasa dilimpahi rahmat dan sakinah (ketenangan)
  • Sekiranya kita terlalai dari berzikir, syaitan akan mendorong kita melakukan maksiat serta berbagaikan kejahatan lain.
  • Sedangkan selagimana kita berzikir, kita dikelilingi malaikat juga di dalam lindungan Allah. Pada hakikatnya, zikir yang kita praktikan tidak sekadar ungkapan di lidah saja, malahan yang utama zikir itu berpusat di hati.
  • Kemudian akan terungkap pada lisan. Seterusnya mengalir pada anggota pancaindera lain secara menyeluruh.
  • Lidah akan hanya menyebut perkara yang baik saja.
  • Mata hanya akan memandang yang halal dan digalakkan.
  • Telinga hanya akan mendengar yang dibolehkan dan diredhai Allah.
  • Tangan hanya akan bergerak melakukan kebaikkan.
  • Kaki tidak akan bergerak menuju maksiat dan kemungkaran.
  • Otak tidak akan memikirkan hal-hal yang diharamkan.
  • Hati hanya mengingati Allah dan berazam terus menerus melakukan perkara-perkara yang diredhai Allah.
  • Renungkan sedalam-dalamnya...
  • Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang menciptakan kita dengan anugerah berbagai bentuk nikmat meliputi langit dan bumi, Disediakan pula petunjuk ke jalan kebenaran dan keredhaanNya.
  • Wajarkah ada sesuatu yang lain yang lebih utama kita sebut dan ingati dalam setiap detik denyutan nadi kita?
    Ketahuilah Allah sentiasa memuji orang-orang yang beriman di dalam firmanNya;
    “Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau di dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi lalu berkata: ya Tuhan kami sesungguhnya tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharakanlah kami dari siksa neraka”. (QS Al-Imran:191)

Renungi juga firman Allah dalam surah Ar-Ra’d ayat 28:
“Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati akan menjadi tenteram”.

Justru itu bersungguh-sungguhlah membiasakan lidah kalian dengan zikrullah dalam apa jua keadaan. Sewaktu kalian makan, minum, memakai pakaian, hendak tidur, bangun tidur, dalam perjalanan maupun ketika berlajar atau bekerja. Elakkan satu saat yang berlalu begitu sahaja tanpa zikrullah. Pastikan setiap saat terisi zikrullah demi memperolehi bekalan taqwa serta rahmat dan keampunan Allah.


Seperkara lagi yang tidak sepatutnya kita lupa dan abaikan ialah keperluan untuk berdoa. Kerelaan hati kita untuk sentiasa berdoa merupakan bukti kesedaran diri kita yang mengakui fakir dan dhaif juga sangat memerlukan kurnia Allah Yang Maha Berkuasa lagi Maha Kaya. Sebaliknya keengganan berdoa menggambarkan kesombongan diri dari pergantungan dan pengharapan kepada Allah.

Oleh itu semestinyalah kita sentiasa bersungguh-sungguh dalam memanjatkan doa dengan menyedari segala anugerah dan kekuasaan berada dalam ketentuan Allah.

Dengannya kita akan beroleh bekalan berterusan di sepanjang hayat. Salah satu anugerah terbesar dari Allah untuk hamba-hambaNya ialah janjiNya memperkenankan doa , apabila kita berdoa kepadaNya.

Ini bertepatan dengan maksud firman Allah dalam surah Al-Mukmin ayat 60;
“Berdoalah kepadaKu, niscaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka dalam keadaan hina dina”.

  • Sentiasa ibu doakan agar kalian terus menerus menjaga hubungan hati dengan Allah demi meraih bekalan yang barakah.
  • Setiap diri yang sentiasa berdoa, akan merasai faedah dan kelebihan yang Allah anugerahkan;
  • Mendapat ketenangan jiwa, perasaan dan fikiran.
  • Tidak mudah menyerah kalah, rasa kecewa dan putus asa.
  • Beroleh perisai diri yang mampu menghadapi berbagai tekanan.
  • Sentiasa dipermudahkan menghadapi apa jua masalah.
  • Menguatkan iman dan tawakkal kepada Allah.
  • Dapat memelihara diri dari perbuatan sia-sia dan berdosa.
  • Perlu juga kalian merebut peluang memanjatkan doa pada waktu-waktu yang terbaik untuk berdoa;
    -Selepas mengerjakan solat fardhu
    -Waktu diantara azan dan iqamah
    -Ketika bersujud di dalam solat
    -Selepas solat subuh Subuh sebelum matahari terbit
    -Waktu tengah malam/ sepertiga malam
    -Ketika berpuasa
    -Sewaktu bermusafir/ dalam perjalanan
    -Pada malam Jumaat dan malam Lailatul Qadar
    -Waktu di antara dua khutbah.
    -Pada waktu kita teraniaya dan dizalimi
    -Di samping itu setiap kali berdoa sebaik-baiknya menepati adab-adab berdoa;
    -Sebelum berdoa sebaiknya dalam keadaan bersih, berwudhu’ dan mengadap kiblat.
    -Memulakan doa dan mengakhirinya dengan memuji Allah SWT dan membaca selawat untuk Rasulullah s.a.w.
    -Hati mesti hadir, khusyuk, tenang dan penuh berharap Allah mengabulkan doa kita.
    -Berdoa dengan suara perlahan dan mengangkat tangan separas hidung. Merapatkan kedua tapak tangan dan setelah selesai berdoa, menyapukan tapak tangan ke muka.
    Doa permohonan itu sebaik-baiknya diulang-ulang sebut sebanyak tiga kali.
  • Sesungguhnya zikir dan doa yang diungkapkan sewaktu berseorangan dan sunyi sepi, memberi pengaruh mendalam pada jiwa. Terutama tatkala airmata bercucuran kerana menginsafi kesilapan dan dhaifnya diri di hadapan Allah. Segenap pengharapan memenuhi jiwa memohon limpah hidayah dan rahmat Allah. Keadaan kudus sedemikian membina keyakinan padu serta bekalan yang bermanfaat untuk hari-hari mendatang...
    Juga semoga di akhirat nanti kita akan digolongkan di kalangan hamba-hambaNya yang beroleh naungan dari Allah.
    Sama-sama kita tangguhkan dengan doa;
  • “Ya Allah kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu. Hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu. Serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu.
    Ya Allah kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna dan keyakinan yang benar-benar mantap.
    Ya Allah kurniakalah kami deen (cara hidup) yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka.
    Kami mohon ya Allah kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain. Berikanlah kami ya Allah , iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau. Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa saja yang bersama-sama kami.
  • Jangan ya Allah, Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walau hanya sekelip mata atau kadar masa lebih singkat dari itu.
    Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan, kabulkanlah doa kami”.

Jom! renungkan bersama...;-)

Thursday, August 27, 2009

Kudat oh Kudat!




Berpeluang menjejakkan kaki ke Daerah Kudat untuk kali yang keduanya setelah hampir 3 tahun bergelar mahasiswa UMS adalah merupakan kenangan terindah buat kanda dan sahabat-sahabat Sosiologi & Antropologi Sosial (ANSOS)… apatah lagi apabila hadirnya kami disitu dengan harapan yang amat besar untuk mengumpul seberapa banyak maklumat bagi kajian lapangan subjek Sosiologi Luar Bandar bawah seliaan En.Paul Porodong. Paling menyeronokkan adalah apabila projek ini dijalankan pada hari pertama dan kedua kita berpuasa Ramadan dan merasai pengalaman menginap dan bersahur di rumah panjang:)

Ikutilah kenangan terindah kami, keluarga ansos dalam langkah bergelar sosiologist...


Rumah Panjang Rungus...

Mengkaji Sosioekonomi Masyarakat melalui Moral & Politikal Ekonomi



Masa beradu... best! nyaman & tenteram:)

Sosiologist...

Suara Siswa @ UNIMAP

Sedikit ulasan tentang isu yang dibincangkan dalam Suara Siswa pada malam 25 Ogos yang lalu, iaitu antara lain tajuknya berbunyi, Kecemerlangan: Akademik @ Sahsiah...

Kanda agak tertarik dengan ulasan yang diberikan oleh ketiga-tiga ahli panel IPT utara tanah air pada malam itu yang keudarakan siaran secara ulangan dari Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP).

Akademik @ Sahsiah?
Ya, persoalannya, bagaimana kita menterjemah kecemerlangan antara keduanya?
Tidak berminat untuk mengulas isi perbincangan, akan tetapi lebih tertarik kepada usul yang ditimbulkan oleh salah seorang ahli panel berkenaan.
Tandatanya tentang releven lagikah Sistem Pendidikan Negara kita?
Pada kanda secara peribadi, kewajaran soalan seperti ini sebenarnya perlu dipertikai
Bukan Sistem Pendidikan yang perlu dikambing hitamkan tetapi tunjang utama kepada kurang berkesannya sistem ini adalah sejauhmanakah pengisian dan penghayatan nilai dalam Sistem Pendidikan ini dalam kalangan sebahagian warga pelajar dan pendidik?

Jika kita lihat, bermula dari rumah pelajar mencium tangan kedua ibu dan bapa untuk ke sekolah,
sampai sahaja di pintu pagar sekolah, pengawas dan guru disiplin memastikan pelajar berpakaian kemas, berlencana, berabut pendek, kuku bersih, memakai stokin & kasut yang sesuai dan sebagainya,
sejurus itu pelajar ke kelas dan mengadakan gotong royong pagi di kelas,
ada yang menyapu sampah, membuang sampah, mengelap tingkap, mengemaskini perabut kelas dan sebagainya,
berdering sahaja loceng, pelajar dan guru bergegas ke tapak perhimpunan untuk mengikuti perhimpunan pagi yang mana boleh dikatakan majoriti sekolah pada hari ini mengadakan perhimpunan pagi pada setiap hari, disitulah pelajar berbaris dan berhimpun dengan teratur bawah pantauan pengawas dan guru disiplin untuk mendengar amanat para guru pada hari itu dan sekali lagi lembaga disiplin sekolah memastikan mereka mematuhi etika perhimpunan dan sekolah,
Melangkah sahaja ke kelas dan terdengar hayunan kasut guru menghala ke kelas, pelajar bersedia untuk menghadapi pengajaran dan pembelajaran sesuatu subjek, dengan iringan doa penerang hati dan ucapan selamat kepada guru, pelajar dengan tertib duduk menghadap guru serta tekun mendengar setiap bibit bicara luahan guru mereka,

Berbunyi sekali lagi loceng, menandakan waktu rehat sudah bermula, palajar bergegas pula ke kantin untuk memenuhi keperluan fisiologi disamping tidak lupa pesanan guru untuk memadam peralatan elektrik didalam kelas, dan sekali lagi tahap ketertiban mereka dipantau oleh lembaga disiplin sekolah,
beratur membeli makanan, makan dengan tertib, tidak berbuat bising, menyimpan semula perkakas makanan ke tempat yang disediakan, menyorong kerusi ke tempatnya dan sebagainya.
Waktu rehat juga ada pelajar mengambil kesempatan ke perpustakaan.
Di perpustakaan juga ketertiban pelajar dituntu sepenuhnya sama seperti di kantin tadi,

Begitulah perjalanan sehingga masuk sesi kedua persekolahan pada hari itu dan sekali lagi loceng berdering tanda sesi persekolahan telah tamat,
Berjalan pulang ke luar sekolah, sekali lagi pelajar dikawal selia oleh pihak disiplin sekolah untuk mememastikan pelajar tetap bersopan lagi santun,

Segala perkara yang memerlukan pelajar untuk saling menghormati sesama mereka dan guru, berinteraksi dan berkomunikasi, berdisiplin, berpakaian kemas, berjimat cermat, menjaga kebersihan, menghargai masa dan baaanyak lagi!
Pakej yang hampir lengkap untuk menyemai nilai2 murni...

Jadi, apakah jawapan yang sewajarnya untuk persoalan relevan lagikah Sistem Pendidikan Negara kita?
Atau kita hanya mampu melahirkan cerdik pandai yang berpemikiran bonsai!

Tuesday, August 25, 2009

Sudah tiba masanya...


Sahabat2 yang kanda kasihi sekalian sempena Ramadan yang mulia ini,
Dah lama tak jengok dan ziarah blog sendiri dek kerana kekangan masa dengan izin Allah SWT.
Terdetik pada hati kanda untuk berkongsi bersama dengan sahabat setia sekalian tentang sedikit isi hati dengan harapan ia dapat dimanfaatkan sebagai pengajaran bersama..

Mungin sudah tiba masanya untuk kita berfikir tentang diri sendiri setelah sekian lama penat berfikir untuk kepentingan insan lain...
Mana tidaknya, bukan mengharapkan balasan baik daripada sesiapa melainkan hanya pada Allah..
Tapi ini adalah dunia, segalanya mungkin untuk diertikan..
Setelah penat kita berjuang untuk kepentingan bersama, namun kepentingan insan lain juga yang dilihat..

Berulang kali rasa terkilan berkunjung tiba, namun digagahkan dengan wajah-wajah semangat sahabat-sahabat kanda yang amat dikasihi..

Monday, August 3, 2009



Pada hujung minggu lalu, tanggal 24 – 26 Julai, kanda berkesempatan mengikuti program Jejak Pra-Siswa di SMK Kuhara, Tawau yang dianjurkan oleh sahabat kanda di Exco Projek & Protokol, MPP, saudara Mohamma Nor.

Menarik & mencabar!
Itulah ungkapan yang dapat kanda luahkan ketika perjalanan pergi dan pulang dari Tawau...
Sebabnya? Hehehe... hanya kami, keluarga Pra-sis yang tahu?




Jika perjalanannya sahaja sudah mencuit hati, apatah lagi dengan perjalanan programnya,
Banyak pengalaman dan kenangan yang dapat dirungkaikan daripada program ini.
Kanda sendiripun diberikan 2 slot untuk dikendalikan iaitu 1 slot motivasi yang bertajuk
Pengurusan Masa Pelajar Cemerlang & Persiapan Menjelang Peperiksaan.
Namun, slot yang disifatkan mencabar bagi kanda adalah pada Malam Penghayatan.



Ala.. malam nangis-nangis tu...
SMK Kuhara, adalah sekolah dan program ke3 yang telah kanda kendalikan slot nangis2 ni... pertama dulu di SK Sungai Ular, Kuantan.. kemudian SMK Sepagaya, Lahad Datu seterusnya SMK Kuhara, Tawau..

Mencabar juga sebenarnya nak kendalikan slot macamni.. bimbang2 tak masuk kod! (trade mark mpp adam)

Kita betul2 kena teliti dari segi masa, mood peserta, situasi, kedudukan peserta dan sebagainya.. sebenarnya bagi yang dah pakar mungkin tak menjadi masalah perkara2 macam ni. Tapi bagi kanda yang baru nk belajar ni... ia amat penting kerana ia akan mempengaruhi suasana. Kanda amat tekankan sistem suara dan muzik latar yang digunakan. Alhamdulillah... slot pada malam tu benar2 mencapai objektif yang disasarkan.. hingga ada peserta yang pengsan! Petuanya, kita betul-betul menyelami jiwa serta mood peserta dan meletakkan emosi kita sebaris dengan emosi mereka. Terima kasih atas kerjasama dan sokongan padu keluarga fasilitator.

Untuk program kali ini, kanda juga membawa terapa kanda hasra... hingga sahabat fasi cipta lagu khas untu terapi tu.. lirik yang kanda ingat..

“Tarik nafas dalam...dalam.. panjang..panjang...”


Tak lupa juga, kanda turut menjaga buah durian yang diamanahkan (nama kumpulan kanda)...
Sememangnya mereka semua adalah adik-adik yang baik..
Terhibur dengan telatah dan gelagat mereka..


Apa-apa pun, kanda sifatkan Pra-sis pada kali ini adalah berjaya mencapai matlamatnya.
Tahniah kepada Jawatankuasa Pelaksananya bawah pimpinan EPP.
HEP VS MAHASISWA

Bersua di udara pada malam (28 Julai @ 9 malam, RTM 1)
Rancangan Suara Siswa yang di hos kan oleh Dr. Fadzley Yaakob membicarakan suatu isu yang agak ‘panas’ dalam kalangan masyarakat siswa pada hari ini iaitu HEP VS SISWA...
Siapa yang harus didahulukan dan siapa pula yang wajar diutamakan?
Itu persoalan yang cuba kanda bawa mungkin sedikit sebanyak dapat membuka minda kita semua berkenaan isu layu yang disegarkan kembali ini...

Penangan Dr. Fadzley sebagai perantara diskusi ilmiah siswa ini tidak boleh dinafikan. Walaupun pada mulanya ahli panel seolah2 cuba untuk menyembunyikan sesuatu.., akan tetapi ia dapat dihidu dengan jelas dan mula goyah dengan soalan-soalan dan pandangan balas yang dikemukakan oleh pengacara dan penonton samada melalui soalan langsung, telefon mahupun face book.

Pada kanda sendiri, hubungan antara HEP dan Siswa tidak ubah seperti hubungan antara ibu, ayah dan anak. Akan tetapi, yang mencalarkan lagi menggoyahkan perhubungan ini adalah ’ayah dan anak’ ini sendiri apabila tidak tahu dan tidak jelas akan peranan yang dibawa oleh masing-masing. Sekiranya warga HEP gagal mengetahui peranan mereka, pelajar pula berlebih-lebih dengan apa yang diminta, itulah yang menjadi punca kepada masalah yang melanda lagi kian meruncing dalam dunia universiti ini.

Berada di HEP sebenarnya melebihi dari jangkaan asal sebagai seorang kakitangan biasa.
Teringat kanda akan kata-kata Y.Bhg Prof. Dr. Mohd Fauzi b.Ramlan, Pengarah Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar KPT, ketika berbual bersamanya suatu ketika dahulu (Kebetulan Prof. datang UMS untuk pelancaran program “Jom Masuk U” di One Borneo)

“Kalau berada di bahagian HEP, jangan fikir soal lapar, kenyang, selesa dan tidur boleh cukup sehari...”

Itu kata-kata hikmat yang kanda rasa wajar dipegang oleh semua warga HEP termasuk pimpinan MPP.

Warga HEP sebenarnya harus tahu matlamat dan objektif berada di HEP bukan lah sekadar bekerja untuk makan gaji... umpama profesion perguruan hari ini.
Berada di HEP umpama menyerahkan diri kepada pelanggan iaitu para pelajar bukan hanya membentuk dan membina hubungan antara HEP dan pelajar, tetapi lebih daripada itu.. yakni umpama ibubapa dan anak, abang dan kakak dengan adik, saudara-mara dengan saudara-maranya yang lain, begitu juga dengan bentuk perhubungan erat yang lain.

Hal Ehwal Pelajar amat penting bukan hanya di institusi pendidikan peringkat rendah dan pertengahan, bahkan disesebuah universiti.
Paradigma PELAJAR dan HEP perlu dianjak agar masing-masing tahu akan peranan yang perlu ditarikan pada pentas universiti agar segalanya boleh seiring untuk mengelak seterusnya menyingkirkan kenyataan kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan & beri betis, hendakkan paha....
Tugas di HEP bukanlah tugas makan gaji semata. Kanda percaya, para pegawai dan kakitangan HEP sebenarnya telah bertungkus-lumus dalam memenuhi kehendak pelajar, Cuma konfliknya wujud akibat fenomena social dislocation(sosiologikal) menurut istilah sosiologikalnya... iaitu sesuatu yang dianggap mustahil adalah perkara biasa bagi sesuatu golongan masyarakat pada hari ini.

Moga segala yang mustahil tetapi membawa kebaikan kepada kedua-dua pihak akan dapat dijadikan sebagai taken for granted(sosiologikal) untuk menjamin kelangsungan ketenteraman interaksi HEP & SISWA....

Ingatah! Tanpa SISWA siapalah HEP & tanpa HEP, kemana halatuju kebajikan SISWA?
Tahniah HEP!

Sunday, July 12, 2009


wajah-wajah ceria Majlis Pelaksana Pelajar MSM0910...

Perasan atau tidak? kita sebenarnya sama...


Perasan @ tidak dalam pada kita menyebut tingkah laku tidak elok orang2 yang berada atas pada kita... sebenarnya kita juga berada dalam kalangan yang sama..
Kenyataan ini bolehlah dilandaskan kepada pengalaman dan pemerhatian sendiri sebagai seorang ahli sosiologi yang sedang dalam pentauliahan..

Sedar atau tidak sudah menjadi trend kita semua untuk menjadi pengkritik yang hebat setelah meninggalkan sesuatu organisasi..
Perkara ini jelas dapat dilihat pada apa jua jenis pimpinan, kecil mahupun besar..
Persoalannya, mengapa pada ketika kita sudah hampir dilupakan oleh organisasi, baru itulah kita lantang menyuarakan itu dan ini berkenaan sesuatu isu?
itu, ini, sana, sini yang dibawakan pimpinan baru segalanya tidak betul!
Mengapa tidak ketika kita masih bergelar sebahagian daripada warga organisasi berkenaan?
Mungkin ini salah satu daripada strategi POPULARIS agar diri yang semakin gersang tidak terus dilupakan...

Seterusnya, perasan atau tidak ramai dalam kalangan kita pada hari ini berlumba2 untuk menjadi tokoh agama dalam membicarakan soal agama dan masalah umat..
Tetapi yang disandarkan hanyalah tidak ubah seperti cicak man yang dengan sekelip mata menyarungkan topeng masing2...
Secara prinsipnya, kita sendiri pun keliru dan boleh dikatakan dalam situasi
’bengong’ dengan situasi ini kerana sudah ramai yang mengikut trend ini sebagai pegangan hidup..
keliru pada siapa yang patut kita hormat & ikut..
jadikan contoh tauladan..
jadikan panduan..

Itulah jadi apabila terlalu megah bercakap tentang ideologi
beretorik sana sini seolah diri pejuang & pemimpin sejati
tapi realiti tak seindah imaginasi
tak dinamakan ketua sejati
kalau tanggungjawab masih tak tahu nak dierti
ke sana ke mari cari publisiti
berhujah umpama ulama sejati
tapi realiti?
yang tinggal juga susah hati!

ada benarnya ayat2 cinta ini...
kita boleh jadi hang jebat, hang lekir, hang lekiu, hang nadim...
dan segala hang yang lain apabila berbicara.. tapi perlaksanaannya?
Hanya yang benar2 memerhati akan tahu..

tak lupa juga soal kepentingan diri..
perasan @ tidak... dalam kalangan ’kita’ pada hari ini membuat keputusan atas dasar kepentingan diri sendiri..
apa yang baik untuk diri dan kroni.. itulah yang diagung-agungkan..
kanda tak hairan ’orang atas’ kita
tapi nilailah diri kita pada hari ini dalam berorganisasi
kesannya? Akan dapat dilihat setelah pendirian, keadaan dan situasi serta rutin hidup kita berubah..
segalanya akan turut berubah dan tak dizahirkan sebagaimana yang dilaungkan sebelum ini..
Tujuan membawa isu2 seperti ini bukanlah bertujuan memberi keaiban kepada mana-mana pihak, cuma mungkin sedikit sebanyak dapat membuka minda dan hati kita semua dalam menilai siapa yang patut dikagumi dan dihormati..
marilah kita sama2 buka mata hati agar tidak terus diperdaya ilusi yang indah sekadar dalam imaginasi...

Saturday, July 4, 2009

63 Petua Bahagia..

TANPA sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan..
Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.
Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.
Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan bercinta atau mereka yang melayari rumah tangga

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49.. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

Renungan kita bersama...

"kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi"

Tuesday, June 30, 2009

Hembusan bayu meniup lembut di pipi ini...

Biarlah untuk aku terus berada disini
Menanti dan terus mencari
Erti sebuah imaginasi
Konflik yang wujud sememangnya tidak dinafi
Namun cuba diterjemah melalui mata hati...

Tapi sampai bilakah harus wujud perasaan ini?
Mungkin jiwa ini selalu menyendiri
Hingga terasa sepi
Lalu terbawa dalam mimpi
Pelbagai ilusi yang ngeri...

Dia tersenyum dan aku membalas senyuman itu
Namun adakah segalanya benar dari hati?
Atau sekadar pengubat kegelisahan jiwa yang kian membukit...
Siapa? Apa? Sebenarnya aku disini?
Mungkin juga balasan Ilahi
Untuk menyuci kekotoran nurani
Yang tidak terjaga dengan sempurna sejak dahulu lagi...

Ya Tuhanku..
Aku bukanlah hambaMu yang terbaik untuk dipilih menerima segala nikmat dunia hari ini..
Namun begitu, janganlah aku diuji dengan dugaan yang tidak mampu ku tempuhi..
Aku terima takdirMu andai telah tersirat sejak azali..

Ya Tuhanku..
Sememangnya aku sangkakan telah bersedia untuk menghadapi semua ini
tapi rupanya tidak!
Syukur ku panjatkan padaMu kerana telah mendatangkan semua ini kepada ku
Mungkin juga kau ingin mendatangkan hujan tatkala matahari ku pohon
Mungkin juga kau ingin mendatangkan kaktus tatkala mawar ku minta
Mungkin juga kau ingin mendatangkan beluncas tatkala rama-rama ku idamkan...

Akan aku gagahi jua kaki ini untuk terus melangkah demi masa silam yang indah
Kepada insan yang benar2 memahami..
Terima kasih!

Kurniakanlah aku kekuatan untuk terus melangkah dalam kerapuhan jiwa dan hubungan ini...

Teori Maslow... Moga dapat dihayati bersama

Teori Motivasi Maslow Struktur dan fungsi di dalam badan organisme mempunyai keperluan yang tertentu. Telah diakui bahawa manusia sebagai makhluk yang paling tinggi mempunyai keperluan yang kompleks. Berdasarkan Atan Long ( 1976 : 131 ), Maslow (1954) telah menjelaskan bahawa keperluan-keperluan manusia itu berperingkat-peringkat. Sesuatu peringkat keperluan yang lebih tinggi tidak mungkin diperolehi sebelum keperluan yang lebih rendah peringkatnya dipenuhi terlebih dahulu. Pada peringkat yang paling asas terdapat keperluan hayat ataupun keperluan fisiologi. Setelah keperluan ini dipenuhi baharulah keperluan keselamatan, diikuti keperluan kasih-sayang, seterusnya peringkat penghargaan kendiri atau penghormatan diri dan peringkat tertinggi atau puncak bagi keperluan manusia adalah peringkat keperluan bagi penyempurnaan kendiri. Peringkat keperluan manusia mengikut teori Maslow ini dapat dilihat seperti berikut:

1. Keperluan Estetik
2. Keperluan Mengetahui
3. Penyempurnaan Diri
4. Penghargaan Kendiri
5. Kasih Sayang
6. Keselamatan
7. Fisiologi

Model Maslow yang berbentuk peringkat itu merupakan perkembangan ‘ontological’ individu kerana setiap peringkat perkembangan perlu dilalui oleh individu misalnya pada masa bayi atau kanak-kanak, individu memerlukan perlindungan dan keselamatan, diikuti dengan kasih-sayang, dan penghormatan diri dan keperluan ini terus bertambah sehingga kepada peringkat penyempurnaan kendiri. Kajiannya mendapati semakin tinggi keperluan individu itu maka semakin kurang pergantungan kepada persekitaran social kerana dalam hal ini individu menggunakan pengalaman lampau untuk menentukan tingkah-lakunya. Pada masa ini motivasi bergantung kepada kemahuan dalaman, kemampuan, potensi, bakat, dan kreativiti impuls individu. Sementara itu persekitaran sosial merupakan faktor desakan dalam mencapai kemahuan ini. Maka dengan itulah juga Maslow menamakan keperluan peringkat terbawah sebagai keperluan kekurangan dan peringkat paling tinggi sebagai keperluan perkembangan

Renungan hari ini....


"Hari ini kita dimuliakan oleh manusia bukan kerana kehebatan kita,

tetapi kerana Allah SWT yang telah menutup keaiban kita"

Renungkan & selamat mengaplikasi:)

Monday, June 29, 2009

Anda sering berprasangka?

Sememangnya syaitan menyesatkan manusia itu dengan berbagai cara, melalui rayuan2 yang dinyatakan dengan perkataan, pendengaran, pancaindera yang lain dan berusaha memporak-porandakan manusia sehingga lalai dan tidak mematui arahan dan perintahNya...
Ia menanamkan perasaan syak wasangka ke dalam hati manusia seperti mana firman Allah SWT dalam surah An-Naas ayat 5-6 yang bermaksud:
" Yang membisikkan ke dalam hati manusia iaitu bangsa jin dan syaitan"
Bagaimanapun, syaitan hanya boleh mempengaruhi hati yang sakit...
hati yang hidup dan sihat, ia tidak mampu menyesatkannya.
Ini berdasarkan pengakuannya sendiri di hadapan Allah sebaik sahaja ia mohon agar Allah mengabulkan permintaannya untuk menyesatkan sekalian manusia
"Nescaya akan kusesatkan manusia itu semuanya, kecuali hambaMu yang berhati ikhlas.."

Saturday, June 27, 2009

Senyumlah!


1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .
9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, *****a sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
15. Pujangga menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

Thursday, June 25, 2009

Coretan Induksi MSM.....










Bismillahirramanirrahim,


Alhamdulillah! Syukur ke hadrat Allah, tuhan Yang Esa kerana dengan aturan yang ditentukanNya sejak azali lagi telah membawa kita hingga ke hari ini, Khamis (26 jun) iaitu hari bermulanya gerak kerja setiap bahagian MSM, UMS sesi 0910.
Tapi sebelum kanda lanjut tinta, ingin sekali kanda membawa adinda2 yang memantau ruangan ini untuk kembali ke minggu induksi Pembimbing Suai Mesra (PSM) yang bermula pada 19-24 Jun yang lalu. Apabila diselak tabir pentas Induksi PSM ini sudah tentu dan pastinya suka duka, pahit manis, keseronokan dan tidak kurangnya tragedi yang menyayat hati...
Biasalah dalam program kan...


Malam tadi, Majlis Malam Penghargaan Induksi telah berjaya dilaksanakan di Bankuasi, Dewan Canselor UMS. Terima kasih tidak terhingga kepada Y.Bhg Datuk Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Kamaruzzaman Hj Ampon kerana telah sudi menjadi tetamu utama kami. Moga dengan kehadiran datuk akan menyerikan lagi wajah2 pelaksana MSM kali ini.
Tahniah dan syabas diucapkan juga kepada bahagian Logistik & Persiapan Dewan yang dipimpin Saudara Johari & Anand, telah bertungkus lumus menyediakan dewan seawal jam 8pg, bahagian Teknikal & Siaraya yang diketuai oleh Saudara Raffie & Govi yang memastikan sistem audio majlis berjalan lancar, Bahagian Protokol yang dipelopori oleh Saudara Fanshuri, Chua & Baby yang menyusun atur perjalanan majlis dengan amat tertib, Bahagian Pengangkutan yang disandang oleh Saudara Uwais & Abu Hazril... untuk cik ton & zaidy, tahniah atas penampilan slide show yang amat menarik! ramai yang puji tau ton!
Paling penting... sudah tentunya bahagian jamuan dan makanan yang diusahakan Saudari Debbie & Saudara Kamaruddin.
Enak2 makanannya kan! Tahniah...

Menyingkap kembali detik pertemuan antara kami semua sudah tentu menggamit memori yang amat dalam. Mungkin hanya mampu dilihat di permukaan, tetapi bagi yang memahami, dipersilakan untuk menyelam ke dasarnya..



Seringkali kanda nasihatkan adinda2 j/kuasa pelaksana MSM kali ini agar tidak bertindak mengikut emosi dan perasaan kerana ktia merupakan golongan akademik dalam dunia ilmu. Jadi tidak sewajarnya untuk kita menzahirkan perbuatan dan tingkahlaku yang tidak mencerminkan golongan profesional..
Sewajarnya kita pandai untuk menerima, mentafsir & seterusnya menterjemah segala apa yang berlaku dalam aspek yang lebih positif..
Usahlah kita menurut kehendak hati yang penuh dengan emosi lantaran imaginasi tidak seindah realiti... sebagaimana yang pernah berlaku kepada 'seseorang', kerana tak boleh terima teguran, terus jadi batu api untuk memecahbelahkan kanda dan sahabat2 yang lain.. bagus bangat kan!
biarlah tuhan menilai....:)
Kanda turut berterima kasih kepada adinda2 pelaksana yang sering mengulangi kata2 yang pernah kanda ungkapkan suatu ketika dahulu pada awal persidangan kita bersama..
”Biar orang marah kita, jangan kita marah sesama kita”...
Kanda berasa bangga dan puas kerana dinda2 semua menjadikan kata2 itu sebagai panduan adinda sekalian. Begitu juga dengan ungkapan yang sering kali kanda ungkapkan sebelum berakhirnya persidagan malam kita, ” Maafkan orang sebelum tidur”, nampaknya dinda semua amat berpegang kepada nasihat itu... kanda puas....

Begitu juga dengan terapi minda kanda, jangan lupa amalkan selalu ya!

Kanda puas dengan itu.. cukuplah dinda semua yang menjadi penghibur hati kanda dalam suka dan duka!
Kalian adalah pengubat dan penguat kanda! Terima kasih diucapkan...

Berada sebagai posisi orang kedua dalam MSM kali ini bukanlah semudah tugas yang disangkakan.
Amat mencuit hati kanda apabila ada antara kalian yang minta kanda untuk memujuk bos dalam sesuatu keputusan!
Kanda dan adinda zul akan cuba lakukan yang terbaik untuk kalian semua!


sahabat2 sekalian, ingatlah dalam kita sibuk terkejar2 melaksanakan tugas bahagian masing2, jangan diabaikan kebajikan dan keperluan dinda2 j/kuasa bawah pimpinan bahagian kita.
pastikan mereka mempunyai rehat yang cukup, makan minum, pakai & santapan rohani sebagaimana yang selalu kanda lakukan kepada dinda pengarah2 & timbalan2 pengarah.
ingat ya! kita bukanlah bekerja dengan mesin yang boleh di 'set' fungsi mereka.
Akan tetapi kita bekerja bersama dengan gabungan sistem2 biologi yang dicipta Allah swt yang akhirnya membentuk satu kelangsungan fungsi antara zahir dan batin, fizikal dan juga mental.

Kanda cadangkan agar kita semua merujuk kembali Teori Keperluan Maslow kerana kanda amat yakin dan percaya akan keperluan2 itu.
Kepada sumber inspirasi dan kekuatan kanda, adinda azizul, t,kasih banyak2 kanda ucapkan kerana sudi memberi ruang dan peluang untuk kanda sebagai orang nombor 2 dalam MSM.
kanda akan cuba yang terbaik untuk dinda dan kita bersama.
Mohon maaf andai kanda masih gagal berperanan sebagai pembantu dinda.
tapi, kanda janji untuk berada di belakang memberi sokongan padu kepada dinda dan adik beradik kita yang lain! percayalah!
Sedikit luahan isi hati kanda, adakalanya terasa juga 'kerimasan' apabila pada waktu2 begini didatangi dengan pelbagai persoalan yang menduga akal untuk menterjemahnya samada secara langsung mahupun tidak.
setiap pergerakan dan tingkahlaku kita dalam keadaan 'berdarah manis' ini memang amat diperhatikan...
wajah muram, suram, pucat, senyum, tenang, dan mimik muka yang lain akan sentiasa menjadi tandatanya kepada mata yang memerhati...
ayat yang selalu kanda dengar... 'senyum la sikit Hasra!'
Insyaallah, akan kanda ikat bibir ini hingga ke telinga untuk tatapan sahabat sekalian..:)
jumpa lagi untuk coretan seterusnya!





Petua sentiasa ceria:)

  • Patuh perintah Allah
  • Berdoa untuk ceria
  • Maafkan semua orang sebelum tidur
  • Programkan minda sebelum tidur
  • Senyum dan berdoa selepas bangun tidur
  • Memakai warna yang sesuai
  • Memilih butang-butang keceriaan
  • Membuat kerja sebaik mungkin
  • Menggembirakan orang lain
  • Menjaga kesihatan dan kebersihan
  • Tidak melihat masalah sebagai masalah tetapi cabaran & peluang untuk kehadapan
  • Rutin harian yang fleksibel!

Oleh, Dr. Fadzilah Kamsah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...