Monday, October 3, 2011

Elak kemarahan kuasai diri


ORANG yang lekas marah ialah orang yang tidak sabar dan apabila kurang sabar, selalunya kita akan cepat marah. Akibatnya, banyak perkara dilakukan atau keputusan dibuat didorong emosi bukan rasional akal fikir kita.

Rasa marah bukan saja kepada mereka yang ada di sekeliling kita disebabkan pelbagai punca, malah perasaan itu turut ditunjukkan kepada Allah terutama apabila kehendak dan permintaan tidak dipenuhi selepas puas berdoa memohon.

Ubat marah ialah sabar tetapi apabila apabila hendak marah juga kita akan kata, sabar memang sabar tetapi ada hadnya. Itulah kita manusia yang sentiasa berdepan dugaan dan bagaimana kita menghadapinya yang membezakan kita dengan orang lain

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: “Berwasiatlah kepadaku. Lalu Nabi SAW menjawab: Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah. Orang itu mengulangi permintaan beberapa kali, Nabi SAW menjawab: Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Berbeza dengan kebanyakan kita, apabila ada yang cuba mententeramkan jiwa yang sedang bergolak dengan perasaan marah, rasa itu bukan semakin berkurangan, sebaliknya terus membara hingga api kemarahan sukar dikawal.

Perubahan gaya hidup hari ini tidak dinafikan lebih mencabar berbanding dulu kerana masa yang bergerak pantas menuntut kita terkejar-kejar. Akibatnya, banyak benda membuatkan kita mudah dicuit rasa marah.

Kesesakan lalu lintas, buat kita marah. Beratur panjang untuk membayar bil, membeli makanan atau berurusan di bank juga selalu menimbulkan rasa hendak marah. Boleh kata, jika tiada kesabaran, agaknya kita asyik marah-marah saja.
Oleh itu, ubat marah ialah sabar tetapi apabila hendak marah juga kita akan kata, sabar memang sabar tetapi ada hadnya. Itulah kita manusia yang sentiasa berdepan dugaan dan bagaimana kita menghadapinya yang membezakan kita dengan orang lain.

Hakikatnya, bukan mudah untuk membina sifat sabar dalam diri tetapi nilai murni itu boleh dipupuk jika kita sentiasa berlapang dada apabila berdepan dengan ujian dan tidak mudah berputus asa.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan itu.” (Hadis riwayat al-Hakim)

Berfikiran positif juga boleh membantu kita menyemai sifat sabar terutama apabila kita menyedari hakikat ujian yang didatangkan Allah adalah untuk mengukur sejauh mana keimanan kita kepada-Nya bukan saja melalui tindakan tetapi juga perkataan.

Semuanya itu menuntut kesabaran dan yang pasti dalamnya ada ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT dengan syarat kita reda serta ikhlas.

Lagi satu, lawan bagi sabar ialah mengeluh dan ia perbuatan yang amat dilarang kerana mengeluh membuatkan semangat menjadi lemah, terbitnya perasaan kecewa dan putus asa. Mengeluh juga boleh menyebabkan kita suka menyalahkan keadaan.

Saya pasti semua kita biasa mendengar nasihat bahawa Allah tidak mendatangkan ujian kepada hamba-Nya yang di luar kemampuan mereka. Maknanya, ujian yang datang sebenarnya mampu kita tanggung berbekalkan ketabahan serta kesabaran.

Jika diteliti, setiap kesukaran dihadapi selalunya diakhiri dengan kemudahan dan nikmat dirasakan apabila kita berjaya mengatasi segala kesusahan tidak dapat digambarkan atau diluahkan dengan kata-kata.

Berserta dengan nikmat itu juga selalunya akan hadir perasaan syukur yang mendekatkan lagi kita dengan Allah kerana apabila berdepan musibah, kuasa yang paling layak kita berpaling memohon pertolongan ialah Allah SWT.

Alangkah bangganya perasaan kita sebagai hamba apabila doa serta permohonan dimakbulkan Allah. Itu tanda kita termasuk dalam golongan yang dikasihi kerana permintaan kita dipenuhi.

Oleh itu, biar betapa besar dugaan, kesusahan atau kesakitan yang terpaksa kita tanggung, jangan mudah marah. Sebaliknya, cuba tangani dengan sabar serta berusaha mencari jalan keluar kerana janji Allah setiap kesukaran akan ada jalan keluarnya.

Malah, ada antaranya yang kita tidak pernah terduga. Jadi bagi yang kecewa kerana doa masih belum makbul, jangan putus asa. Perancangan Allah adil untuk hambanya. Jika bukan di dunia, hadiahnya menanti di akhirat nanti. Bersamalah kita berusaha mengawal marah dan menyemai sabar.


-Saya rumuskan drp artikel2 motivasi tertentu.

Thursday, September 22, 2011

Cara Allah Memproses Doa Seseorang Hambanya

Sesudah manusia niat mengerjakan sesuatu dan mempunyai rasa optimis (Husnul Zhon) terhadap Allah, maka manusia dituntut untuk berdoa memohon diterima segala apa yang ia kerjakan kerana Allah Maha Kuasa sedangkan manusia makhluk yang sangat lemah yang selalu bergantung kepada-Nya.

Sebagai makhluk Allah yang lemah, manusia sangatlah sombong jika tidak mahu berdoa, Allah sangatlah murka terhadap orang-orang yang sombong.

Allah telah berfirman: “Berdoalah kepadaku pasti Aku perkenankan”.

” Dan orang-orang yang sombong (tidak mahu berdoa) kelak mereka akan masuk kedalam Neraka Jahanam secara hina” (Al-mukmin:60)

“Dan apabila hamba-hambaku menanyakan kepadamu tentang Aku, sesungguhnya Aku dekat . Aku memperkenankan permohonan ( Doa ) seseorang bila ia memohon kepada-Ku. Kerana itu hendaklah ia mentaati segala perintahku dan beriman kepada-Ku semoga ia selalu dalam kebenaran”. (Al-baqarah:186)

Doa yang dikabulkan oleh Allah adalah doa yang dilakukan dengan Ikhlas, Khusyuk penuh Tawadhuk (rendah hati), yakin akan diterima dan dilakukannya sesuai dengan adab-adab doa yang baik.

“Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendahkan diri dan suara lembut (khusyuk). Sesungguhnya Allah tidak menyenangi orang-orang yang berlebihan“. ( Al-a’rof:55 ).

“Padahal mereka tidak diperintahkan sesuatu melainkan untuk beribadah kepada Allah dengan Ikhlas (tulus) dan Tekun”. (Al-bayyinah:5).

Menurut Ahli tafsir : Berdasarkan ayat diatas semua permohonan (doa) hamba Allah pasti diterima, Cuma cara Allah menerima doa hambanya berbeza-beza.

Ada tiga cara Allah menerima doa hambanya:

1. Dikabulkan Secara Langsung.

Doa yangyang diterima secara langsung adalah doa seorang hamba Allah yang sangat dekat kepada Allah SWT, dilakukan dengan baik dan Allah menganggap permintaannya harus segera diterima. Doa para Wali Allah dan doa orang yang sedang dianiaya sedangkan ia dalam keadaan lemah dan terdesak biasanya Allah menerima doa mereka secara langsung. “Ketahuilah sesungguhnya Wali-wali Allah itu tidak merasa takut dan tidak pula merasa duka cita terhadap Tuhannya ( Allah ).

Mereka adalah orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Untuk mereka berita gembira dalam kehidupan di dunia dan akhirat, tidak ada perubahan sedikitpun dalam janji-janji Allah ( terhadapnya ). Itulah keberuntungan yang sangat besar”. ( Yunus:61-64 ).

Sabda Nabi SAW: ” Doanya orang yang teraniaya (lemah dan terdesak) tidak ada Hijab / dinding antaranya dan Allah SWT”.

2. Dikabulkan dengan Cara Berproses.

Allah mempunyai rahsia yang tersembunyi yang tidak dapat diketahui hakikatnya oleh manusia kecuali atas kehendak-Nya, manusia hanya diperintahkan untuk berdoa memohon sesuatu yang baik . Allah SWT yang menentukan menurut kehendaknya Yang Maha Kuasa. Kata seorang Ahli tauhid: ” Manusia hidup mempunyai harapan dan doa sedangkan Allah mempunyai Iradat ( Kehendak )” .

Secara Biologi manusia diciptakan Allah SWT mempunyai sifat tergesa-gesa dan segala sesuatunya ingin secara ringkas dan cepat, padahal segala sesuatu harus melalui proses , kesabaran dan ketekunan ( mujahadah ) yang tinggi untuk mendapatkan hasil yang baik dan sempurna. “Dan manusia itu diciptakan oleh Allah bersifat lemah”. (An-nisa:28) “Sesungguhnya manusia diciptakan dengan sifat gelisah dan kedekut. Manakala ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah. Dan manakala mendapat keuntungan ia menjadi kedekut. Tidak demikian dengan orang-orang yang mendirikan sholat”. ( Al-maarij:19-22 ).

Apabila manusia memohon sesuatu, contohnya: “Ya Allah sembuhkan penyakit kami atau Ya Allah berilah kami rezeki yang melimpah” tanpa diiringi dengan ketekunan dan usaha serta tidak bertaqwa kepadaNya maka Allah akan menolak doa tersebut sehingga orang tersebut sungguh-sungguh berusaha dan bertaqwa.sebab Allah Maha Mengetahui , jika orang tersebut doanya segera diterima kemungkinan ia akan lupa kepadaNya dan melakukan kejahatan.

3. Doa disimpan sebagai Amal Shaleh di Luh Mahfuz.

Doa disamping bersifat memohon sesuatu juga mempunyai Dimensi ibadah kerana doa sesungguhnya adalah ibadah yang mendapat pahala apabila dikerjakan dan pahala itu akan kita ambil nanti di akhirat. Sabda Nabi : “Doa itu adalah ibadah”. “Doa adalah otaknya ibadah”. Kata seorang pujangga: “Dunia ini tempat bercucuk tanam dan akhirat tempat memungut hasilnya”….. berdoalah kepada Allah dalam semua keadaan, Allah lebih suka kita berdoa ketika kita dalam kesenangan kerana ia lebih Ikhlas jika dibanding dengan doa dalam keadaan kesempitan.

Wednesday, September 21, 2011

Elak Sikap Pesimis...

meskipun di puncak gunung Thursina (mesir) kita mesti POSITIF!

Buang yang buruk-buruk, masukkan yang baik-baik. Ubah perangai lama, gantikan dengan perangai baru..Ubah diri Anda!

Sikap pesimis adalah sikap-sikap negatif, seperti suka bersangka buruk, suka berfikir yang bukan-bukan, pendengus, panas baran, tak menerima pendapat orang, ego, sombong dan hidung tinggi.

Kita kena berubah. Ambil sedikit masa kaji dulu diri kita ni cemana sebelum kita berubah.

Kaji dalam-dalam perangai kita ni dengan menganalisa tabiat diri. Cara paling bagus, ambil sehelai kertas kosong dan tulis perangai yang kita nak ubah. Tulis satu-satu. Jujur dengan diri sendiri.

Sebagai contoh, jika pada mulanya kita suka bersangka buruk, ubah menjadi suka bersangka baik.

Jika dulu kita suka memandang rendah pada orang, tukar perangai tu menjadi tabiat suka mengagumi orang lain dan selalu menghormati orang lain, walau siapapun dia.

aidilfitri bersama bonda norizan...

Jika dulu ada sikit-sikit ego atau suka menunjuk, tukar menjadi tabiat suka bersederhana dan low profile. Sikap bersederhana lebih dihormati orang di sekeliling.

Bila dah berubah, cemana kita nak jadikan perubahan tu kekal, bukan sehari dua saja? Jawapannya, buat selalu dan lakukannya dengan kerap!

Seperti contoh di atas, selalulah bersangka baik, suka mengagumi kelebihan orang lain, hormati semua orang, selalu bersederhana dan selalu low profile. Amalkan kesemuanya selalu!.

Lama-kelamaan, bila dah terbiasa, sikap Anda berubah menjadi lebih positif akhirnya!

-Perkongsian ini saya petik dr artikel2 motivasi & buku2 berkenaan.

Usaha Menjadikan Hari Ini Hari Yang Bahagia


Tahukah Anda, setiap hari kita ada peluang yang BESAR untuk menjadikan hari ini hari yang bahagia?

Adakah Anda menyedarinya? Sudah tentu tidak, atau sedar sikit-sikit saja.

Sebab, pagi-pagi lagi Anda sudah memikirkan kesibukan kerja, bil-bil yang perlu dibayar pada ujung bulan, kos semakin naik, assignment bertimbun, sales target yang perlu dicapai, lecturer yang Anda tak suka, kopi Anda yang kurang gula, trafik jem sewaktu ke tempat kerja atau leteran isteri Anda yang membingitkan telinga.

Anda LUPA untuk memasang niat supaya hari ini jadi hari yang bahagia untuk Anda.

Anda lupa sematkan dalam hati yang Anda mahu rasa sungguh bahagia hari ini.

Apa yang saya maksudkan dengan rasa bahagia ? Ia adalah rasa gembira, happy, ceria, seronok, energetik, simply rasa yang buat Anda feel good .


Yup, feel good!. Semudah itu.

Mulai hari ini, apa kata Anda berubah sikap?. Bangun pagi, niatkan dalam hati yang Anda mahu rasa bahagia hari ini , Anda mahu feel good hari ini.

Selepas berniat, pasang tekad Anda mahu jadikan hari ini hari yang bahagia buat Anda. Tekad biar teguh! Jangan tukar-tukar.

Bila start keluar dari rumah, start nak bekerja, start ke kelas atau start memulakan perniagaan Anda, usahalah menjadikan hari ini yang bahagia , Anda rasa bahagia dari pagi sampai ke malam.

Jangan biarkan satu apa merubah mood “feel good” itu. Jangan biarkan hal yang kecil, remeh temeh meragut kehepian Anda, kebahagiaan Anda pagi itu.

Anda rasa bahagia melihat ibu atau bapa Anda, Anda rasa bahagia melihat wajah kekasih Anda, Anda rasa bahagia, rasa hepi dikelilingi kawan-kawan Anda.

Usaha agar perasaan itu sentiasa ada, sentiasa membara tiap masa.

Feel good, akan membentuk sikap Anda menjadi positif. Hadirkan rasa bahagia dalam hati, yang lain, semuanya akan muncul sendiri.

Law Of Attraction always in action!

Sibukkan Diri Berfikir Bagaimana Memperbaiki Hidup

Tips motivasi kali ni yg ingin saya kongsikan adalah bagaimana membina sikap positif. Hasil rumusan sy dr beberapa buah buku & artikel motivasi yg telah saya baca.

Bagaimana ye?

ha.. ni berfikir macamana nak atur keadaan! (sy yg segak berbaju melayu coklat tu.. ^_^)

Ikuti idea ini..

Tabiat suka berkata tentang hal orang lain adalah satu tabiat negatif sebenarnya. Bila kita sudah terbiasa berkata tentang hal orang lain, biasanya kita akan kata hal yang buruk-buruk, yang kita seringkali tak puas hati.

Ini penting!

Jadi, setiap kali kita berkata tentang sesuatu yang kita tak puas hati, ada emosi amarah disitu. Lebih kerap Anda melakukannya, lebih banyak emosi negatif bersarang di fikiran Anda.

Kesannya, Anda susah nak berubah jadi orang yang bersikap positif . Mulai hari ini, kikis tabiat suka berkata tentang hal orang lain.


ceria beraya bersama 'the' tercinta..

Saya faham, nak mengikisnya tu mengambil masa. Biar kita berubah langkah demi langkah, biar pelan-pelan, jadi ada kesan!

Biarlah mereka dengan hal mereka, kita pula, biar kita sibuk dengan hal kita.

Doakan kejayaan mereka, kesejahteraan mereka, kerana itu lebih bermakna dari asyik berkata tentang hal mereka.

Usaha untuk memgikis tabiat suka berkata tentang hal orang lain.

Macamana? Nampak isu ini mudah kan? Tapi kesannya...

Makna LUAR BIASA

Mari sama2 kita kongsikan di sebalik mana lagu yang dinyanyikan oleh Shahir ini... Luar Biasa..

Perkataan luar biasa maksudnya lebih dari yang biasa, yang ekstreme. Bila dia melakukan sesuatu, dia melakukannya dengan dua kali ganda kesungguhan, lebih kuat dari yang biasa dilakukan oleh ramai orang.

Lance Armstrong berlatih 6 jam sehari, dari pagi sampai ke tengahari sedangkan atlit lumba basikal yang lain berlatih 2 jam di waktu pagi dan dua jam di waktu petang.

Azizi Ali, membaca lebih 700 buku tentang wang, pengurusan kewangan dan apa saja yang berkaitan dengan jutawan. Bahkan, ada beberapa buku yang dibaca olehnya lebih dari 100 kali. Kebanyakan orang cuma membaca 100-400 buku, tapi Azizi Ali kini dah membaca lebih 700 buah buku!

ni semua sedang berfikir secara Luar Biasa dlm senyuman!

(mesyuarat pra-mpp kebangsaan, ipt2 Malaysia)

Ahadiat Akashah, menulis dan menerbitkan lebih 55 buah novel dalam setahun, sedangkan penulis novel lain biasanya menerbitkan 3 novel setahun.

Orang luar biasa senang di kenalpasti. Mereka rajin, sanggup belajar dan sanggup berusaha keras, sanggup menerima kritikan, sanggup bangkit dari kegagalan dan setiap saat, sentiasa bersyukur atas semua yang dikurniakan pada mereka.

Adakah kita luar biasa?? Nah... tanyalah bulan, siapa baginya cahaya utk bersinar? (Eh, ada kaitan ke....?) ^_^

Friday, August 12, 2011

21 cara berkesan untuk meningkatkan motivasi

team yang menjadikan kita lebih bermotivasi!
(memori bersama kanda fasilitator team)

Alhamdulillah, berkesempatan juga kita bertemu dengan 12 Ramadhan tahun ini. Tapi, tiada siapa tahu, sampaikah nyawa yang Allah swt berikan hingga ke penghujung Ramadhan 2011? Ramai sahabat kita yang tidak sempat bertemu dengan Ramadhan tahun ini. Bagi yang membaca perkongsian kali ini, bermakna umur anda masih panjang! Sampai bila? Wallahualam..

Berkesempatan ini juga, ingin saya kongsi artikel motivasi yang memaparkan 21 cara
berkesan untuk meningkatkan motivasi atau memotivasikan diri kita terutamanya tatkala perasaan lemah, tidak berdaya, atau putus asa melanda diri kita!

Selamat membaca menerusi skrin anda! ^_^
  1. Baca buku motivasi terutamanya biografi orang-orang yang berjaya. (Ingatlah bahawa orang-orang yang berjaya pernah melalui suasana kemurungan dan kebuntuan sebelum mereka mencapai kejayaan.)
  2. Tulis artikel motivasi > Ini yg selalu saya amalkan!
  3. Dirikan sembahyang / solat khusus untuk mendapat taufik, keampunan dan petunjuk dari Allah S.W.T.
  4. Berdoa dan memohon kekuatan dan hidayah dari Allah.
  5. Cipta satu ritual – misalnya “Jika orang lain boleh, saya pun pasti boleh.”
  6. Dengar lagu-lagu yang dapat memberi semangat dan inspirasi kepada anda.
  7. Bermain musik kegemaran anda sekiranya anda pandai bermain alat musik - mana tahu dapat pula mencipta suatu musik atau lagu yang hebat!
  8. Tatap gambar-gambar yang dapat memberi inspirasi dan semangat baru kepada anda.
  9. Meditasi.
  10. Pergi tidur sehingga anda benar-benar sihat dan mendapat semula tenaga anda. Kurang tidur boleh menyebabkan kelesuan dan kebosanan.
  11. Bersenam atau melakukan aktiviti-akitiviti fizikal sekurang-kurangnya 3 kali seminggu supaya badan dan minda sentiasa sihat cergas dan cerdas.
  12. Bertekad untuk menyiapkan semua kerja anda yang tertunggak / menyelesaikan masalah yang anda hadapi dengan penuh kesungguhan sehingga selesai!
  13. Buat atau kaji semula perancangan kerja atau hidup anda.
  14. Susunatur pejabat / rumah / fail, kemas rumah dsb.
  15. Jumpa kaunselor untuk mendapat khidmat nasihat.
  16. Jumpa kawan-kawan yang positif untuk mendapat pandangan atau nasihat.
  17. Keluar makan dengan keluarga atau dengan kawan-kawan rapat.
  18. Pergi beriadah - bersiar-siar bersama ahli keluarga - satu tempat yang baik untuk melakukan ini ialah bersiar-siar di Mall yang besar dengan berjalan agak laju sedikit - exercise, elakkan daripada terlalu meneliti barangan-barangan yang dijual - takut nanti tambah penat otak.
  19. Ikuti seminar motivasi.
  20. Adakan kenduri doa selamat.
  21. Pergi melancong di dalam atau ke luar negara.
Pilihlah mana satu yang sesuai bila-bila masa anda memerlukan suntikan motivasi. Insya-Allah, semangat dan mood diri anda akan berkembang dan segar kuat semula.

Selamat Mencuba!

Thursday, August 11, 2011

What goes around comes around!

nabila, hasra & james... mengorak langkah yg sama selepas bergelar graduan... tipsnya? POSITIF!

Ada orang runsing setiap kali memikirkan satu cara untuk berbuat baik.

Nah!, salah satu cara menunjukkan kemurahan hati adalah dengan melontarkan fikiran yang baik dan tidak fikirkan perkara yang negatif, gelap dan jahat!

Memberkati orang lain adalah tindakan yang baik, dan kebaikanlah juga yang akan ditarik ke dalam hidup kita.

Ada pepatah yang mengatakan ‘what goes around comes around'

Apa yang ditabur itulah juga yang akan dituai. Ia akan kembali seperti gayanya tarikan magnet. Apabila kita berdoa dan melakukan kebaikan, maka fikiran dan tindakan kita itu melahirkan kebaikan: kasih, sukacita, damai sejahtera, kesabaran, kemurahan, kebaikan, kesetiaan, kelemahlembutan, penguasaan diri.

Niat kita yang diberi tumpuan akan menjadi jelas. Perhatikan apa terjadi pada sebuah
benda jika ia diletak di bawah mikroskop. Subjek yang dikaji itu difokuskan dan ia kelihatan jelas berkali ganda. Begitulah juga yang anda lakukan jika kita mengamalkan Law of Attraction!.

Dengan niat yang betul, fikiran kita harus menjadi sangat fokus dan padat lagi bertenaga.

fikiran yang positif, akan sentiasa mekar bak bunga mawar & dikelilingi dgn keputihan jiwa..

Kita memahami bahawa semua keinginan boleh dicapai atau dimiliki. Law of Attraction sentiasa bertanggungjawab terhadap apa saja yang kita fikirkan atau rasakan.

Tenangkan fikiran kita. Jernihkan minda kita. Law of Attraction tidak berat sebelah
kerana apa saja yang kita fikirkan akan menjadi kenyataan.

Fikiran buruk yang dipusatkan terhadap kehidupan & individu akan menarik peristiwa negatif atau individu yang juga negatif dalam hidup kita.

Kita tidak sengaja mengajak perkara negatif mendekati diri.

InsyaAllah, berbekalkan pengalaman.. kita akan mula memahami cara berfikir mempengaruhi apa yang akan kita capai dalam hidup!

Bermonologlah secara positif!




Alhamdulillah rakan2 blogger semua, kita telah berada pada separuh masa terakhir Ramadhan, bulan mulia.

Berkesempatan menulis ini, ingin saya berkongsi artikel rumusan daripada fahaman saya setelah membaca beberapa buah buku motivasi karya pakar motivasi ulung negara. (Bulan puasa adlh bulan membaca!) ^_^

bersama team 'wonder-first!' kem jatidiri pelajar smkaa

Rakan2,

Samada percaya @ tidak, jika sekiranya kita ingin menjelmakan sesuatu yg diimpikan selama ini di dalam hidup, kita wajib menwujudkan lingkungan, suasana atau lapangan untuk hal itu berlaku.

Dengan kata lain, kita wajar menyediakan ruang yang sesuai, bersih dan terang untuk menerima benda itu, atau wujudkan lingkungan yang tepat untuk menerimanya, sebelum ia benar2 berlaku. Berimaginasi secara POSITIF!

Contohnya: Anak yg soleh/ah, cemerlang dalam pelajaran, gaji naik, pasangan yang mengasihi, melanjut pelajaran ke peringkat PhD dan sebagainya.

Jika kita menyediakan ruang ini di dalam hidup kita untuk menerima sesuatu, maka alam semesta pula akan bersedia untuk memenuhi ruang itu dengan perkara yg kita ingini.

Ha! Ini penting...

Jika kita sedang mengalami kekurangan/kegagalan setelah kita memperolehinya, periksa dahulu fikiran kita. Adakah fikiran kita adalah fikiran yang positif?

Atau, adakah kita secara tidak sedar mewujudkan halangan-halangan yg sebenarnya tak wajar wujud! ?
Jika ya, ketepikan semua halangan itu. Sebaliknya wujudkan ruang dalam minda untuk hal
yang kita inginkan itu: Kejayaan akhirat & dunia, kesihatan, kebahagiaan, pasangan yg setia dan apa sahaja yg kita mahukan!

minda kita ada macam2 warna.. mcm warna bulu arnab ni.. ^_^

Oleh itu, berusahalah untuk menjadikan warna minda kita sentiasa putih, cerah & berseri!

Law of Attraction @ Hukum Tarikan pasti & pasti berjanji menariknya kepada kita iaitu apabila kita berniat dengan sengaja berkerjsama dengannya.

Konklusinya, fikiran adalah tenaga yang kuat dan berkuasa. Melalui niat yang kuat dan sejajar dengan Hukum Tarikan, mungkin kita juga mampu BANGKIT dan menarik diri sendiri kepada perkara yang kita ingini.

serikan dunia kita dengan imaginasi yg realistik & bersih hanya utk Yang Maha Kuasa

Cuma, jangan tarik benda yang tidak baik!

Ada kuasa pada setiap detik setiap hari untuk mengubah corak fikiran anda. Ujilah hukum ini untuk diri sendiri.

Berimaginasilah secara positif!

Sunday, July 17, 2011

Memaafkan untuk SYURGA...

Hati yang memaafkan akan sentiasa mekar...

Setiap hari di bumi Allah, kita berhubungan dengan makhluk lain ciptaan Allah terutamanya sesama manusia.

Jika kita seorang ibu yang bekerjaya, selalunya kita akan berhadapan dengan suami, anak-anak, rakan sekerja dan ramai lagi.

Pastinya dalam hubungan itu, kadangkala hati kita disakiti atau muncul perasaan benci kerana berlaku salah faham.

Kadangkala amat sukar untuk kita memaafkan. Apatah lagi melupakan sesuatu yang menyakitkan hati dan perasaan.

Kita selalu memberi alasan bahawa iman kita bukanlah sehebat iman seorang Nabi.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW duduk bersama sahabat di dalam masjid lalu baginda bersabda dengan ertinya: “Sekarang ini seorang lelaki penghuni syurga akan muncul dari sebelah pintu itu.”

Maka muncullah seorang lelaki yang baru sahaja selesai mengambil wuduk.

Janggutnya masih basah dan menitiskan air sisa wuduk. Kemudian dia solat sunat dua rakaat dan setelah itu dia duduk.

Pada hari kedua Rasulullah SAW berkata lagi dengan ucapan yang serupa dan begitulah juga pada hari ketiga.

Ibnu Umar RA mengekori lelaki tersebut dan memohon agar dapat tidur di rumahnya. Dia amat hairan kerana lelaki tersebut biasa-biasa sahaja. Seperti orang lain juga yang mendirikan solat, berpuasa, berzikir dan lain-lain.

Tautan ukhuwah hingga syurga.. InsyaAllah

Lalu Ibnu Umar RA bertanya kepadanya, “Wahai saudara! Demi Allah sebenarnya aku ingin mengetahui cara amalanmu kerana aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda sebanyak tiga kali bahawa kamu termasuk salah seorang penghuni syurga. Amalan apakah yang kamu lakukan sehingga kamu boleh meraih penghargaan yang hebat daripada Rasulullah SAW? Setiap malam aku memerhatikan amalanmu, tetapi solat sunatmu tidaklah terlalu banyak, dan begitu juga dengan amalan lain yang tiada beza dengan kebanyakan orang.”

Lelaki itu menjawab, “Demi Allah, tiada tuhan selain Dia! Sebenarnya amalanku biasa-biasa sahaja. Tiada perkara yang perlu dilebihkan dari kebanyakan orang. Namun apa yang terpenting, iaitu ketika aku ingin tidur pada waktu malam, aku tidak pernah menyimpan rasa dendam, tipu daya, hasad dengki dan iri hati kepada mana-mana orang Muslim. Hanya itulah yang aku lakukan sepanjang hidupku.”

Maha Suci Allah, sungguh hebat darjat seorang Muslim yang suci hatinya dari perasaan dendam, hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia.

Mereka tenang di dunia dan juga bahagia di akhirat.

-Hasil rumusan pembacaan artikel & buku motivasi.., ikhlas berkongsi

Wednesday, July 13, 2011

Al-Quran



“Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu iaitu al kitab Quran) dan dirikanlah solat.”
- surah Al-Ankabut, 45.

‘Sesungguhnya Quran ini memberi petunjuk kepada jalan yang lebih lurus (aqwam) dan member khabar gembira kepada orang-orang mukmin yang mengerjakan amal salih bahawa bagi mereka ada pahala yag besar.”
-Surah al-Israk, 9

Quran adalah peta

“Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambanya al-kitab (Quran) dan Dia tidak mengadakan sesuatu yang bengkok di dalamnya.”
-Surah an-Nisak, 82

Fisiologi Quran

“(Quran) merupakan penawar (syifa) dan rahmat bagi mereka yang beriman.” -Surah al-Israk, 82.

Abdullah bi Masud berkata, “sesiapa yang mengkehendaki ilmu pengetahuan maka hendaklah dia membaca Quran. Di dalamnya terdapat ilmu orang-orang terdahulu dan yang kemudian.

Sahabat Abu Hurairah pula berkata,
“Sesungguhnya akan lapanglah penghuni rumah yang dibaca di dalamnya Quran, dan akan banyaklah kebajikan di dalam rumah itu dan akan datanglah para malaikat ke rumah itu dan akan keluarlah syaitan daripadanya. Sebaliknya, rumah yang tidak dibaca di dalamnya Quran akan mendatangkan kesempitan kepada penghuni-penghuninya, di samping itu, kebajikan akan berkurangan, para malaikat akan keluar dan syaitan akan memasuki rumah itu.”



Sunday, July 10, 2011

Kebersihan @ Kekotoran

Salam bicara kanda buat sahabat2 sekalian..
Itu tak betul! Ini tak betul...!”
”Sepatutnya macamni.. bukan macam tu!”
Pergilah kemana-mana sahaja kedai kopi..
Itulah antara ayat2 azimat yg akan kita dengar..
Bak kata Sang Puteri Buluh Betong dlm cerita Arwah Tan Sri P.Ramlee..
”Jika buat baik, jadinya baik... jika buruk, maka jadinya buruk..”

Di olah dalam fenomena kedai kopi hari ini begitulah...
Jika ke kedai kopi biru, perbualannya biru..
Jika ke kedai kopi hijau, perbualannya juga hijau!

Perasan @ tidak dalam pada kita menyebut tingkah laku tidak elok orang2 yang berada di sekeliling kita...sebenarnya kita juga berada dalam kalangan yang sama..
Kenyataan ini bolehlah dilandaskan kepada pengalaman dan pemerhatian sendiri sebagai seorang ahli sosiologi yang telah hampir setahun ditauliahkan...

Sedar atau tidak sudah menjadi trend kita semua untuk menjadi pengkritik yang hebat setelah meninggalkan sesuatu organisasi..
Perkara ini jelas dapat dilihat pada pimpinan negara, negeri, daerah, kampung dan mungkin juga rumah tangga..
Persoalannya, mengapa pada ketika kita sudah hampir dilupakan oleh organisasi, baru itulah kita lantang menyuarakan itu dan ini berkenaan sesuatu isu?
Mengapa tidak ketika kita masih bergelar sebahagian daripada warga organisasi berkenaan?
Mungkin ini salah satu daripada strategi POPULARIS agar diri yang semakin gersang tidak terus dilupakan...

Seterusnya, perasan atau tidak ramai dalam kalangan kita pada hari ini berlumba2 untuk menjadi ulama, mufti mahupun ustaz ustazah dalam membicarakan soal agama dan masalah umat..
Tetapi yang disandarkan hanyalah tidak ubah seperti cicak man yang dengan sekelip mata menyarungkan topeng masing2...
Secara prinsipnya, kanda sendiri pun keliru dan boleh dikatakan dalam situasi
’bengong’ dengan situasi ini kerana sudah ramai yang mengikut trend ini sebagai pegangan hidup..
keliru pada siapa yang patut kita hormat & ikut..
jadikan contoh tauladan..
jadikan panduan..

Itulah jadi apabila terlalu megah bercakap tentang ideologi
beretorik sana sini seolah diri pejuang & pemimpin sejati
tapi realiti tak seindah imaginasi
tak dinamakan ketua sejati
kalau tanggungjawab masih tak tahu nak dierti
ke sana ke mari cari publisiti
berhujah umpama ulama sejati
tapi Realiti?
yang tinggal juga susah hati!

Ada benarnya ayat2 cinta ini... kita boleh jadi hang jebat, hang lekir, hang lekiu, hang nadim...dan segala hang yang lain apabila berbicara.. tapi perlaksanaannya? Hanya yang benar2 memerhati akan tahu..

tujuan kanda membawa isu2 seperti ini bukanlah bertujuan memberi keaiban kepada mana-mana pihak, cuma mungkin sedikit sebanyak dapat membuka minda dan hati kita semua dalam menilai siapa yang patut dikagumi dan dihormati..

tak lupa juga soal kepentingan diri..
perasan @ tidak... dalam kalangan ’kita’ pada hari ini membuat keputusan atas dasar kepentingan diri sendiri..
apa yang baik untuk diri dan kroni.. itulah yang diagung-agungkan..
kanda tak hairan ’orang atas’ kita
tapi nilailah diri kita pada hari ini dalam berorganisasi
kesannya? Akan dapat dilihat setelah pendirian, keadaan dan situasi serta rutin hidup kita berubah..
segalanya akan turut berubah dan tak dizahirkan sebagaimana yang dilaungkan sebelum ini..


PenegasaN!

MENYOKONG PENUH SEKIRANYA PERHIMPUNAN halal/haram DIADAKAN ATAS DASAR PERJUANGAN UNTUK AGAMA, BANGSA & NEGARA.. tapi, PERSOALANNYA, MUNGKIN jika dibuat penyelidikan kepada ahli yang berhimpun, lebih ramai yang hanya tahu menjerit dan ’melalak’ dengan perkataan yang mereka sendiri pn tidak tahu maksudnya!

Wednesday, July 6, 2011

Emansipasi sanubari..


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wht..

Alhamdulillah, kita mampu bertemu kembali menerusi taipan karya yg tidak seadanya di kandahasra.blogspot.com.

Kali ini, terdetik dalam hati utk melantunkan jari jemari pd susunan keyboard lattop setelah tersenyum sendiri mengunjungi beberapa blog & fb teman2 seangkatan lg seperjuangan..
ditambah dengan monolog yg tidak berpenghujung..


Akhirnya, muncul kembali idea terpendam sekian lamanya & lebih selesa diluah menerusi taipan alam maya yg lebih memahami berbanding tafsiran dunia realiti...

Perhubungan.. sesama insan!

Kepada yg masih mencari definisi, perkongsian ini ikhlas dari hati sanubari..
bersama jiwa yg sentiasa halus lg berseni..

Suka kanda analogikan.

Sesebuah perhubungan..,
Umpama sekawanan sang semut.. interaksinya tanpa bicara sang suara,
sedang hatinya meronta2.. jiwanya saling bergelora..
menjerit untuk didengar nuraninya.
Namun apakan daya.. hanya itu takdir yg telah ditetapkan utknya..
lambang keagungan Maha Pencipta.

Kita tidak perlukan suatu tempoh 'matang' untuk mendalami seseorang..

Adakalanya, cukup sekadar dengan kata2 ringkas dan beberapa potong ayat yg dapat menyentuh hati..
Yg pasti membuatkannya terleka dalam kelantangan bermadah..

Namun, tak semua drp kita yg mampu utk 'melihat hati' apatah lagi menyentuhnya..
Kadang2, insan yg telah kita kenali bertahun lamanya pun, masih belum mampu memberikan jawapan & makna kpd sebuah perhubungan..

Untuk mengenali & mendapatkan sentuhan hati,
kita tidak perlu untuk 'mengulit'..
sehingga kekadang terlupa bahawa kita akan 'terluka' dlm keasyikan tangan yg membelai..
Cukuplah sekadar kita memerhati 'nya' dari jauh..
menilai seadilnya..
& memutuskan suatu keputusan yg amat tepat!

& juga mungkin, ada 'seseorang' yg baru kita kenali semalam,
telah membuatkan hati kita tersentuh & dengan sewajarnya kita mengatakan bahawa..

Ya! Itulah 'SESEORANG' yg kita cari selama ini!

Wednesday, June 29, 2011

7 Cara Memotivasikan Diri Di Pagi Hari

Perkara terbaik yang kita patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup cas bateri saja! ^_^
Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan (mcm selalu dipesan!)
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan.

~Perkongsian ini dipetik drpd beberapa buah buku motivasi & ceramah motivator2 Malaysia~

Friday, June 24, 2011

Dengan mengingati ALLAH, hati akan menjadi tenang...


Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang.
Ada orang berkata, “ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?”

Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan “membaca” kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli). Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan.

Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli. Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af’al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.

  • Dimensi kata, rasa dan tindak

Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi “hadiah” kepadanya.

Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai…”

-At Tahrim 8


Firman Allah lagi:
“… Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri”

-al baqarah 222

Sifat ini berbeza sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan – forgive yes, forget not! Hendak memberi hadiah kepada orang yang bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kina? Ah, jauh panggang daripada api! Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan sukar memaafkan.

Tidak seperti Allah yang begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qalbi namanya.

Tidak cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga. Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan Allah. Ertinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Yang halal, wajib, harus dan sunat dibuat. Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi. Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah – zikir fikli!

Sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dapat dilakukan, maka kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara:

  • Rasa kehambaan.
  • Rasa bertuhan.
  • Memahami maksud takdir.
  • Mendapat hikmah di sebalik ujian.

Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti. Untuk menjaga kebersihan hati maka kita juga perlu untuk menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

  • Rasa kehambaan.

Rasa kehambaan ialah rasa yang perlu ada di dalam hati seorang hamba Allah terhadap Tuhan-Nya. Antara rasa itu ialah rasa miskin, jahil, lemah, bersalah, hina dan lain-lain lagi. Bila diuji dengan kesakitan, kemiskinan, cercaan misalnya, seorang yang memiliki rasa kehambaan nampak segala-galanya itu datang daripada Allah.

Firman Allah:
“Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman.” At Taubah: 51

Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Bukankah dia seorang hamba? Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku yang diuji? Kenapa aku, bukan orang lain? Ini samalah dengan mempersoalkan Allah yang mendatangkan ujian itu. Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Jika kita “memberontak” hati akan bertambah kacau.

Imam Ghazali rhm pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah “memberontak” kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya.

Misalnya, dia tidak lalu mahu makan-minum secara teratur, tidak mandi, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan misai dan janggut dan lain-lain yang menjadi selalunya menjadi rutin hidupnya. Ungkapan mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang adalah satu “demonstrasi” seorang yang sudah tercabut rasa kehambaannya apabila diuji.

Bila ditimpa ujian kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja’ –

"innalillah wa inna ilaihi rajiun"

Firman Allah:
“…Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali.” Al baqarah 156

Mengapa kita diperintahkan mengucapkan istirja’? Kalimah ini sebenarnya mengingatkan kita agar kembali merasakan rasa kehambaan. Bahawa kita adalah hamba milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini.

  • Rasa bertuhan.

Rasa kehambaan yang serba lemah, miskin, kurang dan jahil itu mesti diimbangi oleh rasa bertuhan. Bila kita rasa lemah timbul pergantungan kepada yang Maha kuat. Bila kita rasa kurang timbul pengharapan kepada yang Maha sempurna. Bila miskin, timbul rasa hendak meminta kepada yang Maha kaya. Rasa pengharapan, pengaduan dan permintaan hasil menghayati sifat-sifat Allah yang Maha sempurna itulah yang dikatakan rasa bertuhan.

Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina, lemah sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan rasa berani, mulia dan kuat. Seorang hamba yang paling kuat di kalangan manusia ialah dia yang merasa lemah di sisi Allah. Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya. Inilah rasa yang dialami oleh Rasulullah SAW yang menenteramkan kebimbangan Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di gua Thaur dengan katanya, “la tahzan innallaha maana – jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita!”

Rasa bertuhan inilah yang menyebabkan para nabi dan Rasul, mujaddid dan mujtahid, para mujahid dan murabbi sanggup berdepan kekuatan majoriti masyarakat yang menentang mereka mahupun kezaliman pemerintah yang mempunyai kuasa. Tidak ada istilah kecewa dan putus asa dalam kamus hidup mereka. Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah.

Firman Allah:
“Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat.” Al Baqarah.

Dalam apa jua keadaan, positif mahupun negatif, miskin ataupun kaya, berkuasa ataupun rakyat biasa, tidak dikenali ataupun popular, hati mereka tetap tenang.

Firman Allah:
“Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.” -Al Fathu 4.

Bila hati tenang berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:
Maksudnya: Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan.” – Al Hadis.

  • Memahami maksud takdir Allah.

Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu.

Ungkapan yang terkenal: We can’t direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.

Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita hati. Hati yang bersifat bolak-balik (terutamanya bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah – yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik.

Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baik kepada Allah berdasarkan firman-Nya:
“Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya”
Surah Al Baqarah : 216


Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya, “barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang.”

Siapa tidak inginkan kekayaan, malah kita dituntut mencari harta. Namun jika setelah berusaha sedaya upaya, masih miskin juga, bersangka baiklah dengan Tuhan… mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala sabar. Begitu juga kalau kita ditakdirkan kita tidak berilmu, maka berusahalah untuk belajar, kerana itulah maksud Allah mentakdirkan begitu.

Kalau kita berkuasa, Allah inginkan kita melaksanakan keadilan. Sebaliknya, kalau kita diperintah (oleh pemimpin yang baik), itulah jalan untuk kita memberi ketaatan. Rupanya cantik kita gunakan ke arah kebaikan. Hodoh? kita terselamat daripada fitnah dan godaan. Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu.

Jadi, kita tidak akan merungut, stres dan tertekan dengan ujian hidup.

Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini:
“Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.”

Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih “kerja Tuhan” yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari semasa ke semasa.

Kata bijak pandai: “It’s not what happens to you, but it’s what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!”

  • Mendapat hikmah bila diuji.

Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh “mehnah” – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya.

Rasulullah s.a.w. bersabda, “perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!”
Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian. Ringkas¬nya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji.


Firman Allah: Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan kegoncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?”
(Surah al-Baqarah: 214)


Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan ber¬dosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu peng¬ampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.


Justeru, telah sering para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang hikmah ujian dengan berkata: “Allah melapangkan bagi mu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.
Apabila keempat-empat perkara ini dapat kita miliki maka hati akan sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.

moga setiap slot & program yg kanda & fasilitator team kendalikan, mampu mengajak rakan2 ke arah mengingati Allah swt.. insyaAllah.

Kesimpulannya...

Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak zikrullah. Itulah satu-satunya jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air.

TANPA ZIKIR, hati akan mati. Tidak salah memburu kekayaan, ilmu, nama yang baik, pangkat yang tinggi tetapi zikrullah mestilah menjadi teras dan asasnya.
Insya-Allah, dengan zikrullah hati kita akan lapang sekalipun duduk di dalam pondok yang sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yang luas. Inilah bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah – sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita. Dengan itu semua orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya. Rupa-rupanya yang di cari terlalu dekat… hanya berada di dalam hati sendiri!

~moga bermanfaat perkongsian ini.. kanda rumus hasil dr pembacaan beberapa buah buku~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...