Thursday, December 30, 2010

Demam Bola Sepak dah Sembuh...



Alhamdulillah, musim bola sepak Piala AFF telahpun melabuhkan tirainya dengan membawa kemenangan yg amat bermakna utk Malaysia. Berakhirnya perlawanan ini beerti sembuhlah sudah buat sementara waktu demam2 bola yg melanda peminat bola sepak tanah air..
Kenapa sembuh sementara? Iyelah.. nanti muncul musim bola, demam la balik..


Tringat kenangan ketika di hostel 5 tahun yg lalu... adik2 junior sanggup outing hostel scr 'haram' semata2 utk tgok bola di luar..! Umur mmg sedang gila bola, biasa la kn..

Kalau kes mcm ni, jgn tgok salah sbg yg salah aje.. mmg la outing haram tu salah..
sebab tu la pihak SEKOLAH kena berperanan juga..

Mslh pljr yg blaku semua bsebab... jd, sebagai profesionalist di sekolah..
pentadbir berperanan menyediakan bukan hanya keperluan, tp juga kehendak2 asas pljr yg tidak keterlaluan.
Contohnya, tv utk siaran langsung perlawanan bola sepak ni. Bukan setakat pljr, cikgu pn boleh join sekaki.. sekaki je ye.. hehe..

Nama pun sukan menyatukan rakyat..
Slogan kita, tanggungjawab kita.. kn..
Boleh memesrakan cikgu & pljr.. kan seronok tu..

Hmm... berbalik pd bola sepak ni, itulah.. dalam dunia ni, ia adalah 1 FENOMENA..

Majoriti lapisan umur, agama & kaum minat bola sepak..
Sebab tu jg, nk jd glamour skrg, selain jd artis.. jadilah footballer.. negeri or kebangsaan!

Sure dikagumi, diminati & digilai..

Kaum lelaki minat bola ni lain, minat bola sepak utk score & menang..
Tp kaum wanita minat bola ni lain, minat pemain bola nye..
Jgn mrh kakak2..
Pemerhatian & kajian x rasmi yg sy buat mcm tu la..
No la semua, tp sebahagian...
Sempat sy buka bbrapa facebook footballer kebangsaan..

Majoriti komen fanatik drp kaum hawa.. minat kehenseman... huhu..
No komen!

Natijahnya, player bola sepak ni ramai yg jdkan mereka idola..

Jadi, footballer amat berperanan utk tunjuk t/laku yg terbaik utk peminat2 bola sepak.

Bukan hanya para peminat bola, tp juga peminat mereka!...

1 lg isu yg mbabitkan footballer ni ialah soal masa depan.

3 org bapa saudara sy sendiri adalah pemain bola sepak negeri pahang pd era 90-an..
(Sy je yg tak masuk dgn bola ni.. hehe)
Skrg, semua bw haluan masing2...

Seorang, kontraktor yg berjaya memiliki mercedes.. hasil perniagaan..

Seorang lg, pegawai di perodua yg berjaya memiliki serena

& lg seorang, ikut jejak sebagai bakal kontraktor yg berjaya memiliki honda..

Bukan soal kereta yg ingin ditonjolkan, tp hanyalah sebagai metafora berkarya!

Jd itulah, soal masa dpn pemain bola sepak ni yg jd taruhannya..

Ketika masih berbisa, memang senantiasa dipuja...
Setelah tinggal sisa??
Dibiarkan begitu sahaja...

Thats y, knp mereka perlu punya perancangan masa depan yg teliti & mantap!

Gunakan pendapatan mewah masa tgh ’laku’ utk menjana masa depan yg baik..


InsyaAllah, mcm2 boleh dibuat..
Bisnes ke.. sambung bljr ke.. or whatever..
Yang penting, kalian tidak hanya dipuja ketika di puncak

Namun tetap dibanggakan walau telah beralih arah 1 hari nanti..
InsyaAllah..


Walauapapun, sukan menyatukan rakyat!

Buktinya, jurulatih K. Rajagopal seorang yg berbangsa India..
Anak2 buahnya Melayu.. 1 Malaysia.. cantikkan??

Media & org2 besar bola sepak sering mbicarakan isu halatuju bola sepak negara..

Tapi berapa ramaikah antara kita & mereka yg mbincangkan isu halatuju pemain bola sepak negara..

Bukankah soal modal insan dlm bola sepak ini byk kepentingannya?

Segala2nya bermula dgn individu.. jika positif, aka positiflah persekitarannya.

Bebas dadah, bebas isu2 sosial & sabagainya..


Malaysia bukan hanya ingin menjadi benih dlm menumbuhkan pemain bola sepak yg handal, malah jg seorang pemain yg berkarisma..

Ermm.. nk ckp isu karisma ni panjang la pulak nanti..
Akan kita bincangkan utk ptemuan yg akan dtg..

InsyaAllah..
Doakan jari jemari ini sihat walafiat ye...

p/s: rakan2 yg bkunjung jgn lupa komen ye.. di chat box sebelah ni >>> nampak x?? hehe



Friday, December 17, 2010

Salam bertemu kembali..




Hmm.. lama sungguh rasanya jari jemari ini tidak melantun di atas key board lattop utk memberi sedikit input dlm laman blog peribadi ini..
Mungkin diri ini bukan blogger sejati agaknya.. Mungkin...

Sedar x sedar jg dh hampir 3 bulan diri ini bergelar siswazah..

Graduan keluaran universiti tercinta, UMS (Universiti Malaysia Sabah)..
Bukan usm, unimas ataupun universiti malaya cawangan sabah... huhu.

nama2 yg sering disebut oleh yg tidak tahu.
xpalah, mereka tidak tahu. Jadi tanggungjawab yg tahu utk beritahu.. x gitu?

Ya, hidup ini penuh dengan kemungkinan,
Kemungkinan yg mendatang tidak pernah terduga.. pada saat usia akan melonjak setahun lg pd 2011, fikiran masih tertanya2 sampai bila soal duniawi menjadi peneraju diri ingin sekali rasa di hati utk sepenuhnya memiliki hidup sendiri & sepenuhnya berdikari, menghamba diri pd Ilahi.. itu sudah mesti!

Semalam waktu ke kmc (kuantan medicare centre), terserempak di lif dengan 1 keluarga yg berseri2 wajahnya setelah baru sahaja menerima ahli baru..
sempat mata ini mengerling ke arah bayi yg didukung & didakap dgn penuh kasih syg..
fuh.. sungguh comel sekali dgn warna muka yg masih merah..

Sedang si ibu masih berkerusi roda. masih lemah setelah berjuang utk melahirkan seorang lg khalifah di muka bumi Allah swt ini...

Tak sabar rasanya utk menghadapi saat2 dan situasi seperti itu..

Memandangkan diri ini memang suka akn kanak2 kecil..

Bila la saat itu ya..
hanya Allah empunya waktu & masa memilik segala jawapan kepada semua pertanyaan..
Cuma skrg ini, diri perlu kuat & teguh..
setegar karang di persada lautan untuk terus menongkah arus & mencorakkan kehidupan.

Ya Allah, bantulah hamba mu ini utk terus kuat!... amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...