Tuesday, June 30, 2009

Hembusan bayu meniup lembut di pipi ini...

Biarlah untuk aku terus berada disini
Menanti dan terus mencari
Erti sebuah imaginasi
Konflik yang wujud sememangnya tidak dinafi
Namun cuba diterjemah melalui mata hati...

Tapi sampai bilakah harus wujud perasaan ini?
Mungkin jiwa ini selalu menyendiri
Hingga terasa sepi
Lalu terbawa dalam mimpi
Pelbagai ilusi yang ngeri...

Dia tersenyum dan aku membalas senyuman itu
Namun adakah segalanya benar dari hati?
Atau sekadar pengubat kegelisahan jiwa yang kian membukit...
Siapa? Apa? Sebenarnya aku disini?
Mungkin juga balasan Ilahi
Untuk menyuci kekotoran nurani
Yang tidak terjaga dengan sempurna sejak dahulu lagi...

Ya Tuhanku..
Aku bukanlah hambaMu yang terbaik untuk dipilih menerima segala nikmat dunia hari ini..
Namun begitu, janganlah aku diuji dengan dugaan yang tidak mampu ku tempuhi..
Aku terima takdirMu andai telah tersirat sejak azali..

Ya Tuhanku..
Sememangnya aku sangkakan telah bersedia untuk menghadapi semua ini
tapi rupanya tidak!
Syukur ku panjatkan padaMu kerana telah mendatangkan semua ini kepada ku
Mungkin juga kau ingin mendatangkan hujan tatkala matahari ku pohon
Mungkin juga kau ingin mendatangkan kaktus tatkala mawar ku minta
Mungkin juga kau ingin mendatangkan beluncas tatkala rama-rama ku idamkan...

Akan aku gagahi jua kaki ini untuk terus melangkah demi masa silam yang indah
Kepada insan yang benar2 memahami..
Terima kasih!

Kurniakanlah aku kekuatan untuk terus melangkah dalam kerapuhan jiwa dan hubungan ini...

Teori Maslow... Moga dapat dihayati bersama

Teori Motivasi Maslow Struktur dan fungsi di dalam badan organisme mempunyai keperluan yang tertentu. Telah diakui bahawa manusia sebagai makhluk yang paling tinggi mempunyai keperluan yang kompleks. Berdasarkan Atan Long ( 1976 : 131 ), Maslow (1954) telah menjelaskan bahawa keperluan-keperluan manusia itu berperingkat-peringkat. Sesuatu peringkat keperluan yang lebih tinggi tidak mungkin diperolehi sebelum keperluan yang lebih rendah peringkatnya dipenuhi terlebih dahulu. Pada peringkat yang paling asas terdapat keperluan hayat ataupun keperluan fisiologi. Setelah keperluan ini dipenuhi baharulah keperluan keselamatan, diikuti keperluan kasih-sayang, seterusnya peringkat penghargaan kendiri atau penghormatan diri dan peringkat tertinggi atau puncak bagi keperluan manusia adalah peringkat keperluan bagi penyempurnaan kendiri. Peringkat keperluan manusia mengikut teori Maslow ini dapat dilihat seperti berikut:

1. Keperluan Estetik
2. Keperluan Mengetahui
3. Penyempurnaan Diri
4. Penghargaan Kendiri
5. Kasih Sayang
6. Keselamatan
7. Fisiologi

Model Maslow yang berbentuk peringkat itu merupakan perkembangan ‘ontological’ individu kerana setiap peringkat perkembangan perlu dilalui oleh individu misalnya pada masa bayi atau kanak-kanak, individu memerlukan perlindungan dan keselamatan, diikuti dengan kasih-sayang, dan penghormatan diri dan keperluan ini terus bertambah sehingga kepada peringkat penyempurnaan kendiri. Kajiannya mendapati semakin tinggi keperluan individu itu maka semakin kurang pergantungan kepada persekitaran social kerana dalam hal ini individu menggunakan pengalaman lampau untuk menentukan tingkah-lakunya. Pada masa ini motivasi bergantung kepada kemahuan dalaman, kemampuan, potensi, bakat, dan kreativiti impuls individu. Sementara itu persekitaran sosial merupakan faktor desakan dalam mencapai kemahuan ini. Maka dengan itulah juga Maslow menamakan keperluan peringkat terbawah sebagai keperluan kekurangan dan peringkat paling tinggi sebagai keperluan perkembangan

Renungan hari ini....


"Hari ini kita dimuliakan oleh manusia bukan kerana kehebatan kita,

tetapi kerana Allah SWT yang telah menutup keaiban kita"

Renungkan & selamat mengaplikasi:)

Monday, June 29, 2009

Anda sering berprasangka?

Sememangnya syaitan menyesatkan manusia itu dengan berbagai cara, melalui rayuan2 yang dinyatakan dengan perkataan, pendengaran, pancaindera yang lain dan berusaha memporak-porandakan manusia sehingga lalai dan tidak mematui arahan dan perintahNya...
Ia menanamkan perasaan syak wasangka ke dalam hati manusia seperti mana firman Allah SWT dalam surah An-Naas ayat 5-6 yang bermaksud:
" Yang membisikkan ke dalam hati manusia iaitu bangsa jin dan syaitan"
Bagaimanapun, syaitan hanya boleh mempengaruhi hati yang sakit...
hati yang hidup dan sihat, ia tidak mampu menyesatkannya.
Ini berdasarkan pengakuannya sendiri di hadapan Allah sebaik sahaja ia mohon agar Allah mengabulkan permintaannya untuk menyesatkan sekalian manusia
"Nescaya akan kusesatkan manusia itu semuanya, kecuali hambaMu yang berhati ikhlas.."

Saturday, June 27, 2009

Senyumlah!


1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .
9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, *****a sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
15. Pujangga menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

Thursday, June 25, 2009

Coretan Induksi MSM.....










Bismillahirramanirrahim,


Alhamdulillah! Syukur ke hadrat Allah, tuhan Yang Esa kerana dengan aturan yang ditentukanNya sejak azali lagi telah membawa kita hingga ke hari ini, Khamis (26 jun) iaitu hari bermulanya gerak kerja setiap bahagian MSM, UMS sesi 0910.
Tapi sebelum kanda lanjut tinta, ingin sekali kanda membawa adinda2 yang memantau ruangan ini untuk kembali ke minggu induksi Pembimbing Suai Mesra (PSM) yang bermula pada 19-24 Jun yang lalu. Apabila diselak tabir pentas Induksi PSM ini sudah tentu dan pastinya suka duka, pahit manis, keseronokan dan tidak kurangnya tragedi yang menyayat hati...
Biasalah dalam program kan...


Malam tadi, Majlis Malam Penghargaan Induksi telah berjaya dilaksanakan di Bankuasi, Dewan Canselor UMS. Terima kasih tidak terhingga kepada Y.Bhg Datuk Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Kamaruzzaman Hj Ampon kerana telah sudi menjadi tetamu utama kami. Moga dengan kehadiran datuk akan menyerikan lagi wajah2 pelaksana MSM kali ini.
Tahniah dan syabas diucapkan juga kepada bahagian Logistik & Persiapan Dewan yang dipimpin Saudara Johari & Anand, telah bertungkus lumus menyediakan dewan seawal jam 8pg, bahagian Teknikal & Siaraya yang diketuai oleh Saudara Raffie & Govi yang memastikan sistem audio majlis berjalan lancar, Bahagian Protokol yang dipelopori oleh Saudara Fanshuri, Chua & Baby yang menyusun atur perjalanan majlis dengan amat tertib, Bahagian Pengangkutan yang disandang oleh Saudara Uwais & Abu Hazril... untuk cik ton & zaidy, tahniah atas penampilan slide show yang amat menarik! ramai yang puji tau ton!
Paling penting... sudah tentunya bahagian jamuan dan makanan yang diusahakan Saudari Debbie & Saudara Kamaruddin.
Enak2 makanannya kan! Tahniah...

Menyingkap kembali detik pertemuan antara kami semua sudah tentu menggamit memori yang amat dalam. Mungkin hanya mampu dilihat di permukaan, tetapi bagi yang memahami, dipersilakan untuk menyelam ke dasarnya..



Seringkali kanda nasihatkan adinda2 j/kuasa pelaksana MSM kali ini agar tidak bertindak mengikut emosi dan perasaan kerana ktia merupakan golongan akademik dalam dunia ilmu. Jadi tidak sewajarnya untuk kita menzahirkan perbuatan dan tingkahlaku yang tidak mencerminkan golongan profesional..
Sewajarnya kita pandai untuk menerima, mentafsir & seterusnya menterjemah segala apa yang berlaku dalam aspek yang lebih positif..
Usahlah kita menurut kehendak hati yang penuh dengan emosi lantaran imaginasi tidak seindah realiti... sebagaimana yang pernah berlaku kepada 'seseorang', kerana tak boleh terima teguran, terus jadi batu api untuk memecahbelahkan kanda dan sahabat2 yang lain.. bagus bangat kan!
biarlah tuhan menilai....:)
Kanda turut berterima kasih kepada adinda2 pelaksana yang sering mengulangi kata2 yang pernah kanda ungkapkan suatu ketika dahulu pada awal persidangan kita bersama..
”Biar orang marah kita, jangan kita marah sesama kita”...
Kanda berasa bangga dan puas kerana dinda2 semua menjadikan kata2 itu sebagai panduan adinda sekalian. Begitu juga dengan ungkapan yang sering kali kanda ungkapkan sebelum berakhirnya persidagan malam kita, ” Maafkan orang sebelum tidur”, nampaknya dinda semua amat berpegang kepada nasihat itu... kanda puas....

Begitu juga dengan terapi minda kanda, jangan lupa amalkan selalu ya!

Kanda puas dengan itu.. cukuplah dinda semua yang menjadi penghibur hati kanda dalam suka dan duka!
Kalian adalah pengubat dan penguat kanda! Terima kasih diucapkan...

Berada sebagai posisi orang kedua dalam MSM kali ini bukanlah semudah tugas yang disangkakan.
Amat mencuit hati kanda apabila ada antara kalian yang minta kanda untuk memujuk bos dalam sesuatu keputusan!
Kanda dan adinda zul akan cuba lakukan yang terbaik untuk kalian semua!


sahabat2 sekalian, ingatlah dalam kita sibuk terkejar2 melaksanakan tugas bahagian masing2, jangan diabaikan kebajikan dan keperluan dinda2 j/kuasa bawah pimpinan bahagian kita.
pastikan mereka mempunyai rehat yang cukup, makan minum, pakai & santapan rohani sebagaimana yang selalu kanda lakukan kepada dinda pengarah2 & timbalan2 pengarah.
ingat ya! kita bukanlah bekerja dengan mesin yang boleh di 'set' fungsi mereka.
Akan tetapi kita bekerja bersama dengan gabungan sistem2 biologi yang dicipta Allah swt yang akhirnya membentuk satu kelangsungan fungsi antara zahir dan batin, fizikal dan juga mental.

Kanda cadangkan agar kita semua merujuk kembali Teori Keperluan Maslow kerana kanda amat yakin dan percaya akan keperluan2 itu.
Kepada sumber inspirasi dan kekuatan kanda, adinda azizul, t,kasih banyak2 kanda ucapkan kerana sudi memberi ruang dan peluang untuk kanda sebagai orang nombor 2 dalam MSM.
kanda akan cuba yang terbaik untuk dinda dan kita bersama.
Mohon maaf andai kanda masih gagal berperanan sebagai pembantu dinda.
tapi, kanda janji untuk berada di belakang memberi sokongan padu kepada dinda dan adik beradik kita yang lain! percayalah!
Sedikit luahan isi hati kanda, adakalanya terasa juga 'kerimasan' apabila pada waktu2 begini didatangi dengan pelbagai persoalan yang menduga akal untuk menterjemahnya samada secara langsung mahupun tidak.
setiap pergerakan dan tingkahlaku kita dalam keadaan 'berdarah manis' ini memang amat diperhatikan...
wajah muram, suram, pucat, senyum, tenang, dan mimik muka yang lain akan sentiasa menjadi tandatanya kepada mata yang memerhati...
ayat yang selalu kanda dengar... 'senyum la sikit Hasra!'
Insyaallah, akan kanda ikat bibir ini hingga ke telinga untuk tatapan sahabat sekalian..:)
jumpa lagi untuk coretan seterusnya!





Petua sentiasa ceria:)

  • Patuh perintah Allah
  • Berdoa untuk ceria
  • Maafkan semua orang sebelum tidur
  • Programkan minda sebelum tidur
  • Senyum dan berdoa selepas bangun tidur
  • Memakai warna yang sesuai
  • Memilih butang-butang keceriaan
  • Membuat kerja sebaik mungkin
  • Menggembirakan orang lain
  • Menjaga kesihatan dan kebersihan
  • Tidak melihat masalah sebagai masalah tetapi cabaran & peluang untuk kehadapan
  • Rutin harian yang fleksibel!

Oleh, Dr. Fadzilah Kamsah

Wednesday, June 24, 2009

salam kemaafan...

Nampaknya, bayu cina selatan telah mula menyapa lembut di tubuh dan pipi sejak kebelakangan ini.. kadangkala juga kelembutan ini bertukar keras secara tiba-tiba, namun masih boleh dikawal... setelah dianalisis, tiupan monsun ini bukanlah dari samudera China Selatan itu sendiri, tetapi daripada lautan Hindi yang entah macamana tiba-tiba sesat!
Mungkin CEMBURU melihat ketenangan, kedamaian, kesaljuan, dan keharmonian bahtera yang melaluinya.
Pada kesempitan ruangan ini, kanda ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat samaada secara langsung dan tidak berkenaan beberapa insiden yang tidak diingini berlaku.
Khususnya kepada sahabat2 seperjuangan pimpinan pelajar.
Cuma apa yang dikesalkan disini adalah mengapa kita suka untuk membuat keputusan yang sangat berpihak kepada kepentingan diri sendiri. Itu jelas kelihatan sejak dahulu. segalanya mempunyai kepentingan peribadi. Kita dengan megah mengatakan tentang kepimpinan negara yang kronism & berkepentingan diri... tetapi bagaimana pula dengan kita? cermin diri & hati disarankan disini. Terima kasih kepada pihak yang sengaja mengapi-apikan dengan emosi sendiri sehingga memutuskan silaturrahim orang lain... puaskan?
Pengadilan dibuat bersandarkan retorik sebelah pihak sahaja seolah2 terlalu hina diri ini hingga dikatakan tiada nilai agama yang diterapkan oleh ibu bapa empunya diri.... bayangkan jika anda dikatakan begitu? dimana nilai islam, tudung, kopiah dan alunan ayat2 suci al-Quran anda?
Apakah makna disebalik senyuman @ kerutan wajah anda?
Mohon maaf.

Tuesday, June 23, 2009

Bisikan di lubuk hati...

Adakalanya kehidupan ini amat sukar untuk ditafsirkan,
Bukan hanya sekadar sukar,
bahkan begitu perit untuk memahami segalanya yang tersirat dalam hati sanubari,
Hanya insan yang benar-benar memahami mampu mentafsir lantas menterjemah butiran permata dari hati,
Adakalanya juga aku rasakan seolah-olah ada suatu jurang yang sangat besar menjadi pemisah antara dua hati ini untuk terus memahami ….
Sejauhmana pentafsiran ini?
Memang benar…
Dia yang semakin jauh, telah menjauh aku rasakan dalam hidup ini,
Seolah-olah telah tiada ruang dalam sudut hatinya lagi…
Ya Allah!
Mengapa perasaan ini harus aku rasakan sejak dulu?
Penzahiran melalui mata hati tidak setanding dengan metod-metod yang dijelaskan oleh batin….
Kadangkala terlalu sukar untuk aku meluah rasa melalui tinta lidah tanpa disulami dengan naluri hati yang tidak mampu ditafsir lagi pada dinihari,
Ya Allah! Sesunguhnya apakah perasaan ini?
Bimbing lah aku untuk terus teguh berada di sini tanpa sebarang rasa berdosa,
Perlukah kemurnian hati ini dan dia disalah tafsir,
Terasa seolah-olah diri ini terlalu kerdil dan terus diperkotak-katikkan tanpa sebarang perasaan belas….
Mungkin terlalu hina dan berdosa diri ini Ya Allah!
Aku berserah jika ini takdirMu!
Diri kecil ini sebenarnya tidak mampu untuk bertahan,
Menahan gelodak jiwa rasa yang memburu jiwa,
Adakah ini petunjuk disebalik balasan atas dosa yang kerap kali aku lakukan?
Ya Allah Ya Tuhan ku…
Jika benar Kau merestui perhubungan ini,
Dekatkanlah hatiku dengan hatinya,
Ingin saja ku turutkan hati ini untuk terus membawa diri dan terus menyepi,
Adakalanya ingin ku ungkap kisah silam yang pernah bertamu suatu ketika dahulu..
Sebelum segala-galanya diulit ilusi yang begitu mengasyikkan…





alhamdulillah!

SYUKUR!...... kanda catat sejarah diri sendiri pada pagi ini (23 Jun) krn peserta pertama sampai ke UMS PEAK ( Bukit UMS) sempena program mendaki Bukit UMS peserta Induksi Minggu Suai Mesra 2009/2010! Tahniah pada diri sendiri... hehehehe:)

Tuesday, June 16, 2009


Kita Mohon kekuatan,
Allah beri kesulitan untuk jadikan kita kuat,
kita pohon keteguhan hati,
Allah beri masalah untuk kita atasi,
Kita pohon keyakinan,
Allah beri ujian untuk mantapkan hati, iman & jiwa,
Kita pohon cinta,
Allah berikan insan yang tulus untuk didampingi,
Adakalanya kita tak dapat apa yang diingini,
Namun kita dapat apa yang diperlukan!

Salam sahabat2 sekalian,
adakalanya mata hanya mampu melihat tanpa disulami dengan tafsiran hati yang indah!
mata memandang dan mulut menyebut...
Oh! alangkah indah dunia tatkala segala idaman hati dapat diterjemah lantas dizahir menjadi medium2 konkrit...
Namun, realiti sememangnya tidak seindah fantasi..
terutama bagi pandangan mata yang senantiasa menafi..
Kewujudan dunia hakiki tidak sepertimana imaginasi yang jua tak kenal erti hujungnya
persoalannya mampukah jasad dan jiwa kerdil ini untuk terus menghitung hari2 mendatang dengan beribu pesoalan yang kian mencengkam...

Memang benar kata-kata pujangga..
"Dalam kita melangkah kehadapan, sebenarnya ada sesuatu yang telah kita tinggalkan, tolehlah kembali, kutiplah segala apa yang telah dicicirkan kerana yang telah pergi pasti tidak kembali lagi... jangan menyesal pada kemudian hari..."

Bait2 lirik 'Biarlah Rahsia'....
Pernahkah kau bermimpi seketika berada di tempatku,
membayangkan pahit manis berlalu entah siapa yang tahu,
mungkin nanti kau jua merasakan berdepan dengan kata,
menyesakkan tak kan tugu mu kebal tiada pertimbangan...
keheningan malam membangunkan,
kepayahan jiwa meluahkan...
Andai Kau Jujur Memahami Tiada Ku Menjauhi.........

marilah kita bersama-sama meyingkap segala yang tersirat dalam yang tersurat!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...