Thursday, August 27, 2009

Kudat oh Kudat!




Berpeluang menjejakkan kaki ke Daerah Kudat untuk kali yang keduanya setelah hampir 3 tahun bergelar mahasiswa UMS adalah merupakan kenangan terindah buat kanda dan sahabat-sahabat Sosiologi & Antropologi Sosial (ANSOS)… apatah lagi apabila hadirnya kami disitu dengan harapan yang amat besar untuk mengumpul seberapa banyak maklumat bagi kajian lapangan subjek Sosiologi Luar Bandar bawah seliaan En.Paul Porodong. Paling menyeronokkan adalah apabila projek ini dijalankan pada hari pertama dan kedua kita berpuasa Ramadan dan merasai pengalaman menginap dan bersahur di rumah panjang:)

Ikutilah kenangan terindah kami, keluarga ansos dalam langkah bergelar sosiologist...


Rumah Panjang Rungus...

Mengkaji Sosioekonomi Masyarakat melalui Moral & Politikal Ekonomi



Masa beradu... best! nyaman & tenteram:)

Sosiologist...

Suara Siswa @ UNIMAP

Sedikit ulasan tentang isu yang dibincangkan dalam Suara Siswa pada malam 25 Ogos yang lalu, iaitu antara lain tajuknya berbunyi, Kecemerlangan: Akademik @ Sahsiah...

Kanda agak tertarik dengan ulasan yang diberikan oleh ketiga-tiga ahli panel IPT utara tanah air pada malam itu yang keudarakan siaran secara ulangan dari Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP).

Akademik @ Sahsiah?
Ya, persoalannya, bagaimana kita menterjemah kecemerlangan antara keduanya?
Tidak berminat untuk mengulas isi perbincangan, akan tetapi lebih tertarik kepada usul yang ditimbulkan oleh salah seorang ahli panel berkenaan.
Tandatanya tentang releven lagikah Sistem Pendidikan Negara kita?
Pada kanda secara peribadi, kewajaran soalan seperti ini sebenarnya perlu dipertikai
Bukan Sistem Pendidikan yang perlu dikambing hitamkan tetapi tunjang utama kepada kurang berkesannya sistem ini adalah sejauhmanakah pengisian dan penghayatan nilai dalam Sistem Pendidikan ini dalam kalangan sebahagian warga pelajar dan pendidik?

Jika kita lihat, bermula dari rumah pelajar mencium tangan kedua ibu dan bapa untuk ke sekolah,
sampai sahaja di pintu pagar sekolah, pengawas dan guru disiplin memastikan pelajar berpakaian kemas, berlencana, berabut pendek, kuku bersih, memakai stokin & kasut yang sesuai dan sebagainya,
sejurus itu pelajar ke kelas dan mengadakan gotong royong pagi di kelas,
ada yang menyapu sampah, membuang sampah, mengelap tingkap, mengemaskini perabut kelas dan sebagainya,
berdering sahaja loceng, pelajar dan guru bergegas ke tapak perhimpunan untuk mengikuti perhimpunan pagi yang mana boleh dikatakan majoriti sekolah pada hari ini mengadakan perhimpunan pagi pada setiap hari, disitulah pelajar berbaris dan berhimpun dengan teratur bawah pantauan pengawas dan guru disiplin untuk mendengar amanat para guru pada hari itu dan sekali lagi lembaga disiplin sekolah memastikan mereka mematuhi etika perhimpunan dan sekolah,
Melangkah sahaja ke kelas dan terdengar hayunan kasut guru menghala ke kelas, pelajar bersedia untuk menghadapi pengajaran dan pembelajaran sesuatu subjek, dengan iringan doa penerang hati dan ucapan selamat kepada guru, pelajar dengan tertib duduk menghadap guru serta tekun mendengar setiap bibit bicara luahan guru mereka,

Berbunyi sekali lagi loceng, menandakan waktu rehat sudah bermula, palajar bergegas pula ke kantin untuk memenuhi keperluan fisiologi disamping tidak lupa pesanan guru untuk memadam peralatan elektrik didalam kelas, dan sekali lagi tahap ketertiban mereka dipantau oleh lembaga disiplin sekolah,
beratur membeli makanan, makan dengan tertib, tidak berbuat bising, menyimpan semula perkakas makanan ke tempat yang disediakan, menyorong kerusi ke tempatnya dan sebagainya.
Waktu rehat juga ada pelajar mengambil kesempatan ke perpustakaan.
Di perpustakaan juga ketertiban pelajar dituntu sepenuhnya sama seperti di kantin tadi,

Begitulah perjalanan sehingga masuk sesi kedua persekolahan pada hari itu dan sekali lagi loceng berdering tanda sesi persekolahan telah tamat,
Berjalan pulang ke luar sekolah, sekali lagi pelajar dikawal selia oleh pihak disiplin sekolah untuk mememastikan pelajar tetap bersopan lagi santun,

Segala perkara yang memerlukan pelajar untuk saling menghormati sesama mereka dan guru, berinteraksi dan berkomunikasi, berdisiplin, berpakaian kemas, berjimat cermat, menjaga kebersihan, menghargai masa dan baaanyak lagi!
Pakej yang hampir lengkap untuk menyemai nilai2 murni...

Jadi, apakah jawapan yang sewajarnya untuk persoalan relevan lagikah Sistem Pendidikan Negara kita?
Atau kita hanya mampu melahirkan cerdik pandai yang berpemikiran bonsai!

Tuesday, August 25, 2009

Sudah tiba masanya...


Sahabat2 yang kanda kasihi sekalian sempena Ramadan yang mulia ini,
Dah lama tak jengok dan ziarah blog sendiri dek kerana kekangan masa dengan izin Allah SWT.
Terdetik pada hati kanda untuk berkongsi bersama dengan sahabat setia sekalian tentang sedikit isi hati dengan harapan ia dapat dimanfaatkan sebagai pengajaran bersama..

Mungin sudah tiba masanya untuk kita berfikir tentang diri sendiri setelah sekian lama penat berfikir untuk kepentingan insan lain...
Mana tidaknya, bukan mengharapkan balasan baik daripada sesiapa melainkan hanya pada Allah..
Tapi ini adalah dunia, segalanya mungkin untuk diertikan..
Setelah penat kita berjuang untuk kepentingan bersama, namun kepentingan insan lain juga yang dilihat..

Berulang kali rasa terkilan berkunjung tiba, namun digagahkan dengan wajah-wajah semangat sahabat-sahabat kanda yang amat dikasihi..

Monday, August 3, 2009



Pada hujung minggu lalu, tanggal 24 – 26 Julai, kanda berkesempatan mengikuti program Jejak Pra-Siswa di SMK Kuhara, Tawau yang dianjurkan oleh sahabat kanda di Exco Projek & Protokol, MPP, saudara Mohamma Nor.

Menarik & mencabar!
Itulah ungkapan yang dapat kanda luahkan ketika perjalanan pergi dan pulang dari Tawau...
Sebabnya? Hehehe... hanya kami, keluarga Pra-sis yang tahu?




Jika perjalanannya sahaja sudah mencuit hati, apatah lagi dengan perjalanan programnya,
Banyak pengalaman dan kenangan yang dapat dirungkaikan daripada program ini.
Kanda sendiripun diberikan 2 slot untuk dikendalikan iaitu 1 slot motivasi yang bertajuk
Pengurusan Masa Pelajar Cemerlang & Persiapan Menjelang Peperiksaan.
Namun, slot yang disifatkan mencabar bagi kanda adalah pada Malam Penghayatan.



Ala.. malam nangis-nangis tu...
SMK Kuhara, adalah sekolah dan program ke3 yang telah kanda kendalikan slot nangis2 ni... pertama dulu di SK Sungai Ular, Kuantan.. kemudian SMK Sepagaya, Lahad Datu seterusnya SMK Kuhara, Tawau..

Mencabar juga sebenarnya nak kendalikan slot macamni.. bimbang2 tak masuk kod! (trade mark mpp adam)

Kita betul2 kena teliti dari segi masa, mood peserta, situasi, kedudukan peserta dan sebagainya.. sebenarnya bagi yang dah pakar mungkin tak menjadi masalah perkara2 macam ni. Tapi bagi kanda yang baru nk belajar ni... ia amat penting kerana ia akan mempengaruhi suasana. Kanda amat tekankan sistem suara dan muzik latar yang digunakan. Alhamdulillah... slot pada malam tu benar2 mencapai objektif yang disasarkan.. hingga ada peserta yang pengsan! Petuanya, kita betul-betul menyelami jiwa serta mood peserta dan meletakkan emosi kita sebaris dengan emosi mereka. Terima kasih atas kerjasama dan sokongan padu keluarga fasilitator.

Untuk program kali ini, kanda juga membawa terapa kanda hasra... hingga sahabat fasi cipta lagu khas untu terapi tu.. lirik yang kanda ingat..

“Tarik nafas dalam...dalam.. panjang..panjang...”


Tak lupa juga, kanda turut menjaga buah durian yang diamanahkan (nama kumpulan kanda)...
Sememangnya mereka semua adalah adik-adik yang baik..
Terhibur dengan telatah dan gelagat mereka..


Apa-apa pun, kanda sifatkan Pra-sis pada kali ini adalah berjaya mencapai matlamatnya.
Tahniah kepada Jawatankuasa Pelaksananya bawah pimpinan EPP.
HEP VS MAHASISWA

Bersua di udara pada malam (28 Julai @ 9 malam, RTM 1)
Rancangan Suara Siswa yang di hos kan oleh Dr. Fadzley Yaakob membicarakan suatu isu yang agak ‘panas’ dalam kalangan masyarakat siswa pada hari ini iaitu HEP VS SISWA...
Siapa yang harus didahulukan dan siapa pula yang wajar diutamakan?
Itu persoalan yang cuba kanda bawa mungkin sedikit sebanyak dapat membuka minda kita semua berkenaan isu layu yang disegarkan kembali ini...

Penangan Dr. Fadzley sebagai perantara diskusi ilmiah siswa ini tidak boleh dinafikan. Walaupun pada mulanya ahli panel seolah2 cuba untuk menyembunyikan sesuatu.., akan tetapi ia dapat dihidu dengan jelas dan mula goyah dengan soalan-soalan dan pandangan balas yang dikemukakan oleh pengacara dan penonton samada melalui soalan langsung, telefon mahupun face book.

Pada kanda sendiri, hubungan antara HEP dan Siswa tidak ubah seperti hubungan antara ibu, ayah dan anak. Akan tetapi, yang mencalarkan lagi menggoyahkan perhubungan ini adalah ’ayah dan anak’ ini sendiri apabila tidak tahu dan tidak jelas akan peranan yang dibawa oleh masing-masing. Sekiranya warga HEP gagal mengetahui peranan mereka, pelajar pula berlebih-lebih dengan apa yang diminta, itulah yang menjadi punca kepada masalah yang melanda lagi kian meruncing dalam dunia universiti ini.

Berada di HEP sebenarnya melebihi dari jangkaan asal sebagai seorang kakitangan biasa.
Teringat kanda akan kata-kata Y.Bhg Prof. Dr. Mohd Fauzi b.Ramlan, Pengarah Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar KPT, ketika berbual bersamanya suatu ketika dahulu (Kebetulan Prof. datang UMS untuk pelancaran program “Jom Masuk U” di One Borneo)

“Kalau berada di bahagian HEP, jangan fikir soal lapar, kenyang, selesa dan tidur boleh cukup sehari...”

Itu kata-kata hikmat yang kanda rasa wajar dipegang oleh semua warga HEP termasuk pimpinan MPP.

Warga HEP sebenarnya harus tahu matlamat dan objektif berada di HEP bukan lah sekadar bekerja untuk makan gaji... umpama profesion perguruan hari ini.
Berada di HEP umpama menyerahkan diri kepada pelanggan iaitu para pelajar bukan hanya membentuk dan membina hubungan antara HEP dan pelajar, tetapi lebih daripada itu.. yakni umpama ibubapa dan anak, abang dan kakak dengan adik, saudara-mara dengan saudara-maranya yang lain, begitu juga dengan bentuk perhubungan erat yang lain.

Hal Ehwal Pelajar amat penting bukan hanya di institusi pendidikan peringkat rendah dan pertengahan, bahkan disesebuah universiti.
Paradigma PELAJAR dan HEP perlu dianjak agar masing-masing tahu akan peranan yang perlu ditarikan pada pentas universiti agar segalanya boleh seiring untuk mengelak seterusnya menyingkirkan kenyataan kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan & beri betis, hendakkan paha....
Tugas di HEP bukanlah tugas makan gaji semata. Kanda percaya, para pegawai dan kakitangan HEP sebenarnya telah bertungkus-lumus dalam memenuhi kehendak pelajar, Cuma konfliknya wujud akibat fenomena social dislocation(sosiologikal) menurut istilah sosiologikalnya... iaitu sesuatu yang dianggap mustahil adalah perkara biasa bagi sesuatu golongan masyarakat pada hari ini.

Moga segala yang mustahil tetapi membawa kebaikan kepada kedua-dua pihak akan dapat dijadikan sebagai taken for granted(sosiologikal) untuk menjamin kelangsungan ketenteraman interaksi HEP & SISWA....

Ingatah! Tanpa SISWA siapalah HEP & tanpa HEP, kemana halatuju kebajikan SISWA?
Tahniah HEP!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...