Monday, November 2, 2009

Adik-beradik angkat kanda di UMS
(lelaki) Dari kiri Alang(kanda), Acik, Azhar & Ucu…
(perempuan) Dari kiri Uda(dah grade), Along.. Angah xda dlm gmbr)
Thanks to kak afzan sebab tolong ambil gambar!

Semenjak peristiwa cemas yang pernah kanda alami pada bulan lepas di sebuah hospital, kanda seringkali mengingatkan diri sendiri supaya sentiasa bersedia untuk menghadapi apa jua detik dan keadaan samada pada insan sekeliling mahupan diri sendiri..

Suka kanda remind diri supaya meluahkan rasa sayang terhadap insan sekeliling kerana khuatir tidak berkesempatan melakukannya lagi...


Maklumlah, kebesaran Allah SWT siapa duga?

Kenyataan ini disokong...

Dari Anas r.a, bahawasanya ada seorang sahabat duduk di hadapan Rasulullah s.a.w. kemudian ada seseorang yang melintasi kawasan itu.


Berkata sahabat yang sedang duduk bersama Rasullullah s.a.w:


“Wahai Rasulullah, saya mencintai orang itu,


“Maka, Rasulullah bertanya kepadanya: “Apakah kamu sudah memberitahunya?” Ia menjawab: “Belum”...


Rasulullah bersabda, maksudnya: “Beritahulah kepadanya”..

Kanda juga menyarankan kepada semua agar membaca Artikel Soal Cinta oleh Saudara Pahrol Mohamad Juoi dalam majalah kesayangan kanda...


Solusi, Isu ke 12..


..Bercintalah Berkali-kali! :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...