Thursday, January 21, 2010

Lelaki Bersalaman Dengan Wanita

Amalan kunjung-mengunjung dan ziarah-menziarahi ialah satu amalan mulia. Namun, dalam menghubungkan tali silaturrahim ini masih ramai yang tidak mengetahui beberapa hukum penting berkenaan adab-adab Islam terutama berkaitan batas pergaulan lelaki dan wanita.
Walaupun kita digalakkan merapatkan hubungan antara kaum kerabat terdekat, hubungan tersebut ada batasnya. Salah satunya ialah hukum ajnabi. Ramai dikalangan masyarakat tidak menyedari perbuatan bersalam-salaman antara sepupu lelaki dan wanita atau antara seorang wanita dengan bapa saudara suaminya atau sebaliknya termasuk dalam hukum larangan bersalaman wanita dengan lelaki ajnabi.
Umaimah pernah berkata " Kami berkata bahawa Allah dan RasulNya lebih mengasihani kami daripada diri kami, ayuhlah kami ingin berbaiah dengan mu wahai Rasulullah."
Lalu Nabi s.a.w menjawab: "Sesungguhnya aku tidak bersalaman dengan wanita, sesungguhnya perkataanku kepada seratus orang wanita adalah seperti prkataanku kepada seorang wanita."

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...