Daripada Aisyah r.ha., Nabi bersabda:
"Wahai manusia, lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu,. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu.
Amalan yang paling Allah sukai ilaha amalan yang berterusan walaupun sikit"
(HR al-Bukhari dan Muslim)
keterangan:
-Allah S.W.T. tidak akan jemu memberikan ganjaran sesuatu amalan selagi mana seseorang itu tidak jemu beramal.
- Amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi terputus.
ini kerana amalan berkenaan menyebabkan seseorang itu melakukan ketaatan,berzikir, berwaspada dan mendampingkan diri kepada Allah secara berterusan

(sumber: 300 Hadis bimbingan oleh ustaz Zahazan Mohamad dan Ahmad Hasan)
Daripada Anas in Malik r.a., Nabi S.A.W. bersabda:
"Permudahkanlah, Janganlah menyusahkan, tenangkanlah dan janganlah melakukan sesuatu yang menyebabkan orang menjauhkan diri dari kamu"
(HR al-Bukhari dan Muslim)
keterangan:
"Permudahkanlah, Janganlah menyusahkan, tenangkanlah dan janganlah melakukan sesuatu yang menyebabkan orang menjauhkan diri dari kamu"
(HR al-Bukhari dan Muslim)
keterangan:
- Disebut lafas-lafas ini dan lafas-lafas yang berlawanan dengannya keran kadang-kadang seseorang itu mempermudahkan hanya suatu ketika, manakala pada waktu-waktu yang lain ia sering melakukan perkara yang menyusahkan orang lain. Apabila disebut "jangan menyusahkan" maka tertegahlah segala jenis perbuatan yang menyusahkan. Demikianlah juga halnya pada lafaz "tenangkanlah" dan lafaz berlawan dengannya
- Hadis ini menggesa agar berlemah-lembut dan bersefahaman. Ini kerana, kebanyakan kemaslahatan terhasil dengan cara persetujuan dan persefahaman. Apabila wujud perselisihan maka hilanglah kemaslahatan.
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
"Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi
antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah...
kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang
muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan
menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali -
Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap
orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya..."
(Hadis riwayat al-lmam Muslim)
No comments:
Post a Comment