Monday, August 3, 2009

HEP VS MAHASISWA

Bersua di udara pada malam (28 Julai @ 9 malam, RTM 1)
Rancangan Suara Siswa yang di hos kan oleh Dr. Fadzley Yaakob membicarakan suatu isu yang agak ‘panas’ dalam kalangan masyarakat siswa pada hari ini iaitu HEP VS SISWA...
Siapa yang harus didahulukan dan siapa pula yang wajar diutamakan?
Itu persoalan yang cuba kanda bawa mungkin sedikit sebanyak dapat membuka minda kita semua berkenaan isu layu yang disegarkan kembali ini...

Penangan Dr. Fadzley sebagai perantara diskusi ilmiah siswa ini tidak boleh dinafikan. Walaupun pada mulanya ahli panel seolah2 cuba untuk menyembunyikan sesuatu.., akan tetapi ia dapat dihidu dengan jelas dan mula goyah dengan soalan-soalan dan pandangan balas yang dikemukakan oleh pengacara dan penonton samada melalui soalan langsung, telefon mahupun face book.

Pada kanda sendiri, hubungan antara HEP dan Siswa tidak ubah seperti hubungan antara ibu, ayah dan anak. Akan tetapi, yang mencalarkan lagi menggoyahkan perhubungan ini adalah ’ayah dan anak’ ini sendiri apabila tidak tahu dan tidak jelas akan peranan yang dibawa oleh masing-masing. Sekiranya warga HEP gagal mengetahui peranan mereka, pelajar pula berlebih-lebih dengan apa yang diminta, itulah yang menjadi punca kepada masalah yang melanda lagi kian meruncing dalam dunia universiti ini.

Berada di HEP sebenarnya melebihi dari jangkaan asal sebagai seorang kakitangan biasa.
Teringat kanda akan kata-kata Y.Bhg Prof. Dr. Mohd Fauzi b.Ramlan, Pengarah Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar KPT, ketika berbual bersamanya suatu ketika dahulu (Kebetulan Prof. datang UMS untuk pelancaran program “Jom Masuk U” di One Borneo)

“Kalau berada di bahagian HEP, jangan fikir soal lapar, kenyang, selesa dan tidur boleh cukup sehari...”

Itu kata-kata hikmat yang kanda rasa wajar dipegang oleh semua warga HEP termasuk pimpinan MPP.

Warga HEP sebenarnya harus tahu matlamat dan objektif berada di HEP bukan lah sekadar bekerja untuk makan gaji... umpama profesion perguruan hari ini.
Berada di HEP umpama menyerahkan diri kepada pelanggan iaitu para pelajar bukan hanya membentuk dan membina hubungan antara HEP dan pelajar, tetapi lebih daripada itu.. yakni umpama ibubapa dan anak, abang dan kakak dengan adik, saudara-mara dengan saudara-maranya yang lain, begitu juga dengan bentuk perhubungan erat yang lain.

Hal Ehwal Pelajar amat penting bukan hanya di institusi pendidikan peringkat rendah dan pertengahan, bahkan disesebuah universiti.
Paradigma PELAJAR dan HEP perlu dianjak agar masing-masing tahu akan peranan yang perlu ditarikan pada pentas universiti agar segalanya boleh seiring untuk mengelak seterusnya menyingkirkan kenyataan kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan & beri betis, hendakkan paha....
Tugas di HEP bukanlah tugas makan gaji semata. Kanda percaya, para pegawai dan kakitangan HEP sebenarnya telah bertungkus-lumus dalam memenuhi kehendak pelajar, Cuma konfliknya wujud akibat fenomena social dislocation(sosiologikal) menurut istilah sosiologikalnya... iaitu sesuatu yang dianggap mustahil adalah perkara biasa bagi sesuatu golongan masyarakat pada hari ini.

Moga segala yang mustahil tetapi membawa kebaikan kepada kedua-dua pihak akan dapat dijadikan sebagai taken for granted(sosiologikal) untuk menjamin kelangsungan ketenteraman interaksi HEP & SISWA....

Ingatah! Tanpa SISWA siapalah HEP & tanpa HEP, kemana halatuju kebajikan SISWA?
Tahniah HEP!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...