Thursday, August 27, 2009

Suara Siswa @ UNIMAP

Sedikit ulasan tentang isu yang dibincangkan dalam Suara Siswa pada malam 25 Ogos yang lalu, iaitu antara lain tajuknya berbunyi, Kecemerlangan: Akademik @ Sahsiah...

Kanda agak tertarik dengan ulasan yang diberikan oleh ketiga-tiga ahli panel IPT utara tanah air pada malam itu yang keudarakan siaran secara ulangan dari Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP).

Akademik @ Sahsiah?
Ya, persoalannya, bagaimana kita menterjemah kecemerlangan antara keduanya?
Tidak berminat untuk mengulas isi perbincangan, akan tetapi lebih tertarik kepada usul yang ditimbulkan oleh salah seorang ahli panel berkenaan.
Tandatanya tentang releven lagikah Sistem Pendidikan Negara kita?
Pada kanda secara peribadi, kewajaran soalan seperti ini sebenarnya perlu dipertikai
Bukan Sistem Pendidikan yang perlu dikambing hitamkan tetapi tunjang utama kepada kurang berkesannya sistem ini adalah sejauhmanakah pengisian dan penghayatan nilai dalam Sistem Pendidikan ini dalam kalangan sebahagian warga pelajar dan pendidik?

Jika kita lihat, bermula dari rumah pelajar mencium tangan kedua ibu dan bapa untuk ke sekolah,
sampai sahaja di pintu pagar sekolah, pengawas dan guru disiplin memastikan pelajar berpakaian kemas, berlencana, berabut pendek, kuku bersih, memakai stokin & kasut yang sesuai dan sebagainya,
sejurus itu pelajar ke kelas dan mengadakan gotong royong pagi di kelas,
ada yang menyapu sampah, membuang sampah, mengelap tingkap, mengemaskini perabut kelas dan sebagainya,
berdering sahaja loceng, pelajar dan guru bergegas ke tapak perhimpunan untuk mengikuti perhimpunan pagi yang mana boleh dikatakan majoriti sekolah pada hari ini mengadakan perhimpunan pagi pada setiap hari, disitulah pelajar berbaris dan berhimpun dengan teratur bawah pantauan pengawas dan guru disiplin untuk mendengar amanat para guru pada hari itu dan sekali lagi lembaga disiplin sekolah memastikan mereka mematuhi etika perhimpunan dan sekolah,
Melangkah sahaja ke kelas dan terdengar hayunan kasut guru menghala ke kelas, pelajar bersedia untuk menghadapi pengajaran dan pembelajaran sesuatu subjek, dengan iringan doa penerang hati dan ucapan selamat kepada guru, pelajar dengan tertib duduk menghadap guru serta tekun mendengar setiap bibit bicara luahan guru mereka,

Berbunyi sekali lagi loceng, menandakan waktu rehat sudah bermula, palajar bergegas pula ke kantin untuk memenuhi keperluan fisiologi disamping tidak lupa pesanan guru untuk memadam peralatan elektrik didalam kelas, dan sekali lagi tahap ketertiban mereka dipantau oleh lembaga disiplin sekolah,
beratur membeli makanan, makan dengan tertib, tidak berbuat bising, menyimpan semula perkakas makanan ke tempat yang disediakan, menyorong kerusi ke tempatnya dan sebagainya.
Waktu rehat juga ada pelajar mengambil kesempatan ke perpustakaan.
Di perpustakaan juga ketertiban pelajar dituntu sepenuhnya sama seperti di kantin tadi,

Begitulah perjalanan sehingga masuk sesi kedua persekolahan pada hari itu dan sekali lagi loceng berdering tanda sesi persekolahan telah tamat,
Berjalan pulang ke luar sekolah, sekali lagi pelajar dikawal selia oleh pihak disiplin sekolah untuk mememastikan pelajar tetap bersopan lagi santun,

Segala perkara yang memerlukan pelajar untuk saling menghormati sesama mereka dan guru, berinteraksi dan berkomunikasi, berdisiplin, berpakaian kemas, berjimat cermat, menjaga kebersihan, menghargai masa dan baaanyak lagi!
Pakej yang hampir lengkap untuk menyemai nilai2 murni...

Jadi, apakah jawapan yang sewajarnya untuk persoalan relevan lagikah Sistem Pendidikan Negara kita?
Atau kita hanya mampu melahirkan cerdik pandai yang berpemikiran bonsai!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...