Thursday, June 25, 2009

Coretan Induksi MSM.....










Bismillahirramanirrahim,


Alhamdulillah! Syukur ke hadrat Allah, tuhan Yang Esa kerana dengan aturan yang ditentukanNya sejak azali lagi telah membawa kita hingga ke hari ini, Khamis (26 jun) iaitu hari bermulanya gerak kerja setiap bahagian MSM, UMS sesi 0910.
Tapi sebelum kanda lanjut tinta, ingin sekali kanda membawa adinda2 yang memantau ruangan ini untuk kembali ke minggu induksi Pembimbing Suai Mesra (PSM) yang bermula pada 19-24 Jun yang lalu. Apabila diselak tabir pentas Induksi PSM ini sudah tentu dan pastinya suka duka, pahit manis, keseronokan dan tidak kurangnya tragedi yang menyayat hati...
Biasalah dalam program kan...


Malam tadi, Majlis Malam Penghargaan Induksi telah berjaya dilaksanakan di Bankuasi, Dewan Canselor UMS. Terima kasih tidak terhingga kepada Y.Bhg Datuk Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Kamaruzzaman Hj Ampon kerana telah sudi menjadi tetamu utama kami. Moga dengan kehadiran datuk akan menyerikan lagi wajah2 pelaksana MSM kali ini.
Tahniah dan syabas diucapkan juga kepada bahagian Logistik & Persiapan Dewan yang dipimpin Saudara Johari & Anand, telah bertungkus lumus menyediakan dewan seawal jam 8pg, bahagian Teknikal & Siaraya yang diketuai oleh Saudara Raffie & Govi yang memastikan sistem audio majlis berjalan lancar, Bahagian Protokol yang dipelopori oleh Saudara Fanshuri, Chua & Baby yang menyusun atur perjalanan majlis dengan amat tertib, Bahagian Pengangkutan yang disandang oleh Saudara Uwais & Abu Hazril... untuk cik ton & zaidy, tahniah atas penampilan slide show yang amat menarik! ramai yang puji tau ton!
Paling penting... sudah tentunya bahagian jamuan dan makanan yang diusahakan Saudari Debbie & Saudara Kamaruddin.
Enak2 makanannya kan! Tahniah...

Menyingkap kembali detik pertemuan antara kami semua sudah tentu menggamit memori yang amat dalam. Mungkin hanya mampu dilihat di permukaan, tetapi bagi yang memahami, dipersilakan untuk menyelam ke dasarnya..



Seringkali kanda nasihatkan adinda2 j/kuasa pelaksana MSM kali ini agar tidak bertindak mengikut emosi dan perasaan kerana ktia merupakan golongan akademik dalam dunia ilmu. Jadi tidak sewajarnya untuk kita menzahirkan perbuatan dan tingkahlaku yang tidak mencerminkan golongan profesional..
Sewajarnya kita pandai untuk menerima, mentafsir & seterusnya menterjemah segala apa yang berlaku dalam aspek yang lebih positif..
Usahlah kita menurut kehendak hati yang penuh dengan emosi lantaran imaginasi tidak seindah realiti... sebagaimana yang pernah berlaku kepada 'seseorang', kerana tak boleh terima teguran, terus jadi batu api untuk memecahbelahkan kanda dan sahabat2 yang lain.. bagus bangat kan!
biarlah tuhan menilai....:)
Kanda turut berterima kasih kepada adinda2 pelaksana yang sering mengulangi kata2 yang pernah kanda ungkapkan suatu ketika dahulu pada awal persidangan kita bersama..
”Biar orang marah kita, jangan kita marah sesama kita”...
Kanda berasa bangga dan puas kerana dinda2 semua menjadikan kata2 itu sebagai panduan adinda sekalian. Begitu juga dengan ungkapan yang sering kali kanda ungkapkan sebelum berakhirnya persidagan malam kita, ” Maafkan orang sebelum tidur”, nampaknya dinda semua amat berpegang kepada nasihat itu... kanda puas....

Begitu juga dengan terapi minda kanda, jangan lupa amalkan selalu ya!

Kanda puas dengan itu.. cukuplah dinda semua yang menjadi penghibur hati kanda dalam suka dan duka!
Kalian adalah pengubat dan penguat kanda! Terima kasih diucapkan...

Berada sebagai posisi orang kedua dalam MSM kali ini bukanlah semudah tugas yang disangkakan.
Amat mencuit hati kanda apabila ada antara kalian yang minta kanda untuk memujuk bos dalam sesuatu keputusan!
Kanda dan adinda zul akan cuba lakukan yang terbaik untuk kalian semua!


sahabat2 sekalian, ingatlah dalam kita sibuk terkejar2 melaksanakan tugas bahagian masing2, jangan diabaikan kebajikan dan keperluan dinda2 j/kuasa bawah pimpinan bahagian kita.
pastikan mereka mempunyai rehat yang cukup, makan minum, pakai & santapan rohani sebagaimana yang selalu kanda lakukan kepada dinda pengarah2 & timbalan2 pengarah.
ingat ya! kita bukanlah bekerja dengan mesin yang boleh di 'set' fungsi mereka.
Akan tetapi kita bekerja bersama dengan gabungan sistem2 biologi yang dicipta Allah swt yang akhirnya membentuk satu kelangsungan fungsi antara zahir dan batin, fizikal dan juga mental.

Kanda cadangkan agar kita semua merujuk kembali Teori Keperluan Maslow kerana kanda amat yakin dan percaya akan keperluan2 itu.
Kepada sumber inspirasi dan kekuatan kanda, adinda azizul, t,kasih banyak2 kanda ucapkan kerana sudi memberi ruang dan peluang untuk kanda sebagai orang nombor 2 dalam MSM.
kanda akan cuba yang terbaik untuk dinda dan kita bersama.
Mohon maaf andai kanda masih gagal berperanan sebagai pembantu dinda.
tapi, kanda janji untuk berada di belakang memberi sokongan padu kepada dinda dan adik beradik kita yang lain! percayalah!
Sedikit luahan isi hati kanda, adakalanya terasa juga 'kerimasan' apabila pada waktu2 begini didatangi dengan pelbagai persoalan yang menduga akal untuk menterjemahnya samada secara langsung mahupun tidak.
setiap pergerakan dan tingkahlaku kita dalam keadaan 'berdarah manis' ini memang amat diperhatikan...
wajah muram, suram, pucat, senyum, tenang, dan mimik muka yang lain akan sentiasa menjadi tandatanya kepada mata yang memerhati...
ayat yang selalu kanda dengar... 'senyum la sikit Hasra!'
Insyaallah, akan kanda ikat bibir ini hingga ke telinga untuk tatapan sahabat sekalian..:)
jumpa lagi untuk coretan seterusnya!





1 comment:

TKH said...

Hi, Hasra. Rupa-rupanya bahagian makanan bahagian paling penting, haha! Betul juga, program boleh ditangguh, tapi, makanan tidak boleh diabaikan. Nama saya dieja dengan salah, nanti tak bagi kamu makan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...